WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, April 28, 2010

NI PUN USAHA JUGAK BRADER


Pada hujung minggu yang lepas, saya berkesempatan untuk mengunjungi Memory Lane, iaitu pasar pagi yang menjual pelabagai barangan antik, terpakai dan juga barangan baru yang terkenal di Ipoh. Saya tertarik untuk mengunjungi gerai yang menjual sepatu berjenama "Crocs" tiruan yang dikerumuni oleh ramai pelanggan.

Tiba-tiba seorang brader yang ada di depan saya ingin membeli sepasang Crocs yang dijual. Lalu beliau mengeluarkan wang dari dompetnya untuk membayar selipar tersebut. Tak semena-mena di dalam dompet tersebut ada berkeping-keping kad nombor ekor. Haha, nak tahu apa yang diucapkannya. Saya ingatkan dia akan malu dan cepat-cepat akan menyorokkan kad-kad tersebut. Alahai dengan bangga dan selamba nya beliau berkata,

" Ni pun usaha jugak brader, bukan bulat-bulat serah kat tuhan!! Ini cara usaha aku! Yang penting aku tak mencurik" sambil berseloroh....

Sentap jugalah saya mendengar ucapan dari mulut seorang Melayu dan Islam!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

3 GENTA RASA:

amieiezam said...

heheheh...
sama la pulak...saya ada kuda lumba...tapi saya tak berjudi...saya hanya bersukan...iaitu sukan lumba kuda...kalau kuda saya menang saya dapat wang...yang penting saya tak mencuri...

heheh..
aku baca NST semalam ada la senarai nama jokey lumba kuda...aku layan la baca...rupanya ramai jokey melayu@islam...huh... aku cari juga kuda nama kelantan TAK JUMPA tapi banyak lagi kuda lumba nama melayu...huhuhuh sedey

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum WBT.. MasyaAllah. Doakan sahaja mereka pulang ke pangkal jalan~

iqbalsyarie said...

Gila!!one thing is sure,ramai sgt2222 manusia yg jahil di luar sana.Tanggungjwb kita besar~~

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget