WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, May 28, 2010

HOSPITAL IPOH, KENANGAN BERTANDANG LAGI


Hari ini dalam perjalanan pulang dari Medan Kid buat kesekian kalinya aku melalui Hospital Raja Permasiuri Bainun yang suatu ketika pernah dikenali sebagai Hospital Ipoh. Sejujurnya bagi aku hospital bukanlah tempat yang mempunyai banyak kenangan denganku sewaktu kecil ataupun di bangku persekolahan. Seingat aku, berapa kali sahaja aku mengunjungi hospital. Sewaktu sekolah rendah aku pernah di tahan di wad kerana demam kuning. Selebihnya hanyalah mengunjungi sahabat handai dan saudara mara yang terlantar sakit di hospital.

Namun, apabila memulakan tugas sebagai guru di STAR sememangnya hospital mempunyai banyak kenangan yang tak mungkin dilupakan. Selama hampir 7 tahun menjadi warden hampir saban minggu aku dan rakan-rakan akan menghantar para pelajar ke hospital. Entah mana silapnya, saban hari ada sahaja pelajar yang demam, terseliuh, keracunan makanan, athma dan pelbagai jenis penyakit lagi. Makanya tugas kami sebagai warden adalah menghantar mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan di sebelah malam.

Kadang-kadang terpaksa tidur di dalam kereta kerana menunggu giliran bertemu doktor. Antara kenangan yang tak dapat dilupakan adalah apabila seorang pelajar yang pecah bahagian muka setelah tercedera sewaktu bermain bola. Begitu juga apabila berlaku kes keracunan makanan, kami terpaksa berulang alik membawa pelajar ke hospital pada waktu malam. bagi kes kronik seperti athma, lambat bertindak boleh menyebabkan kematian. Juga memori menghantar pelajar yang disengat tebuan yang meraung-raung di dalam kereta. Pernah satu ketika juga, seorang pelajar tertusuk perut dengan besi tajam akibat dikejar anjing sewaktu pulang dari 'fly'.

Itulah antara cebisan kenangan menjadi warden di asrama penuh yang mungkin tak dilupakan. Namun sebagai manusia kadang-kadang ianya cukup mencabar kesabaran. Apa taknya para pelajar yang terseliauh dua hari tiba-tiba datang memohon pertolongan untuk dibawa ke hospital. Pabila ditanya kenapa tidak pergi 2 hari yang lepas, katanya tunggu cikgu duty. Begitu juga apabila sudah ada pelajar yang dihantar ke hospital pada malam itu, namun selepas pulang masih ada lagi pelajar yang ingin dihantar ke hospital. Makanya bebelan mak nenek dan khutbah yang panjang akan diberikan terlebih dahulu. Namun, tugas tetap tugas walaupun mulut bising, namun tugas tetap dilaksanakan.

Sekadar berkongsi rasa dan pengalaman, inilah antara pengorbanan yang dihadapi dalam menjaga anak-anak bangsa. Walaupun kadang-kadang para pelajar mungkin melihat ianya sememangnya tugas yang hakiki bagi seorang warden, namun persoalannya, berapa kerat sangatkah dalam kalangan guru-guru anda yang sanggup menjadi pengganti kepada ayah dan ibu anda?? Tapi saya yakin, asuhan dan didikan yang diterima di STAR akan menjadikan kalian semua anak2 mutid yang tahu berterima kasih dan menghormati guru-guru anda.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

3 GENTA RASA:

Mohammad Aiman said...

yang tertusuk perut tu, bukan dikejar anjing..

itu cume cerita..
haha..

anyway, thanks for everything cikgu!

walau ade yang x menghargai, namun cikgu masih setia membantu murid..

terima kasih..
hanya Allah je yang mampu balas..

(teringat peristiwa saya dimasukkan hospital, kerana mata kiri dimasuki clorox,, mujur xbuta)

Haziq AlFarisi said...

Yang perut bocor tu I tau sape....hahahaha....hmm, takpelah cikgu..insya ALLAH dikenang oleh anak murid yang tersayang...^_^

a kl citizen said...

iman

tak ramai yang sanggup jadi warden
akak pun tak sanggup..
tahniah atas semangat dan kerja2 yang telah dijalankan

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget