WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, June 9, 2010

AIR MATA DI BUMI PASIR PUTIH


Air mata sapa yang tumpah?? Bukan air mataku, tapi air mata debater BMku yang sekali lagi dihampakan dalam pertandingan separuh akhir Pesta Piala Perdana Menteri.Sungguh tragik dan sadis apabila kami dipisahkan dengan satu sahaja halangan untuk menjejakkan kaki ke pertandingan akhir di PICC nanti. Pasukan bahas BM dan BI hampir pasti mengulangi sejarah 1988 ketika kedua-dua pasukan memasuki perlawanan akhir. Namun benarlah manusia mentadbir , Allah jua yang mentakdir.

Kami tewas kepada pasukan SBPI Gombak dengan usul Hak Asasi Manusia Menjamin Kesejahteraan Sejagat. Impian untuk sama-sama melangkah ke perlawanan akhir musnah di bumi Pasir Putih, Kelantan. Hati bercampur gembira dan pilu tatkala melihat pasukan BI berjaya ke pentas final bertemu Sekolah Sultan Alam Shah. Apapun tahniah buat pasukan BI yang sedikit-sebanyak berjaya menebus kehampaan dan kekecewaan kami.

Malas lagi nak mengulas tentang mutu penghakiman, takut dikatakan tidak pandai menari, disalahkan lantai yang tinggi rendah. Yang penting, Paman, Azri dan Faizs telah memberi yang terbaik, rezeki tidak memihak kepada mereka. Begitulah, adat yang bermula pasti akan berakhir. PPM terakhir buat anak-anak itu, berakhir dengan kesedihan. Apapun terima kasih buat semua pembahas tingkatan lima HAZIQ JANUDIN, AZRI KAMARUDIN, FAIZS OMAR. Tidak lupa juga buat MIRZA GHANI, ADAM SAMSUDIN, ASRAF IBRAHIM dan HABIBULLAH SAHAROM. Kalian ibarat keluarga saya, tangisan di mata anda, adalah tangisan di hati cikgu. Semoga berjaya dalam SPM hendaknya!!
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

2 GENTA RASA:

Mohammad Aiman said...

bawa bersabar~

sesungguhnya. apa yang Allah beri adalah yang terbaik..

insha allah....

faiz nur shafiq said...

air mata kalian buat saya bangun tunduk untuk hormat akan perjuangan anda semua. kita sama2 doa utk yg ke peringkat seterusnya...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget