WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, July 16, 2010

ROME: DARI DOHA YANG MENDEBARKAN KE CALLEFFERO YANG MENDAMAIKAN

Kami tiba di Lapangaan Terbang Doha pada jam 2.00 pagi waktu tempatan selepas 7 jam berada dalam pesawat. Inilah pertama kali saya berpeluang menjejakkan kaki ke bumi Arab. Di sana sini kelihatan pak arab yang bekerja di lapangan terbang. Di sana kami dijangkakan transit selama 6 jam. Sesi taklimat diadakan oleh Miss Adzu buat semua ahli rombongan. Kami diingatkan tentang jadual perjalanan seterusnya, solat dan juga sarapan.

Transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha

Selesai taklimat, kami menunaikan solat isya' dan maghrib. Alhamdulillah, kemudahan ruksoh solat yang diberikan oleh Allah kami guna sebaik mungkin. Apa yang menarik tetapi mendebarkan sewaktu pelajar saya mengambil wuduk, mereka telah diherdik dan dimarah dengan kasar oleh pekerja yang mencucui tandas. Rupanya para pelajar saya sewaktu mengambil wuduk telah menggunakan air yang banyak dan membasahkan kawasan tandas. Saya menasihatkan pelajar saya bersabar dan mengambil iktibar betapa lain padang, lain belalang, lain negara, lain caranya. Sememangnya orang Arab agak kasar dalam pertuturan dan perbuatan mereka.
Penyerahan keluarga angkat

Kami meneruskan perjalanan ke Rome pada jam 9.00 pagi waktu Doha.Setelah mengharungi perjalanan hampir 6 jam, akhirnya kami tiba ke destinasi yang dituju iaitu Rome, bandar bersejarah dunia. Setibanya di Rome, kami disambut oleh Denilla dan Anna, iaitu dua orang guru dari Instituto Tecnico Stanislao Cannizaro Collefero. Kami menaiki sebuah bas persiaran ke Calleffero, iaitu sebuah bandar yang berusia 75 tahun, kira-kira 50 minit perjalanan dari lapangan terbang Rome.

Hotel Sevvila

Bandar collefero

Maka bermulalah pengalaman baru di bumi Eropah, apatah lagi inilah pertama kali saya dan sebagahagian dari pelajar saya menjejakkan kaki ke bumi Eropah. Di Calleferro, ibu bapa angkat para pelajar telahpun menunggu ketibaan kami. Setibanya di sana, para pelajar telah diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing, manakala para guru telah ditempatkan di Hotel Sevvila.

Pertama kali melihat bandar Calleffero, kami terpegun melihat bandar yang tenang dan masih belum tercemar. Callefero terletak dalam negeri Lazio, didiami oleh 20,723 penduduk sahaja. Dengan memiliki keluasan seluas 754.1 kilometer persegi sahaja, Callefero merupakan bandar yang sangat sesuai untuk didiami kerana keadaannya yang jauh lebih tenang dari kota Rome. Kebetulan sewaktu program ini diadakan, Callefero sedang menyambut ulang tahun ke -75 pembukaan bandarnya.

Kita berjumpa lagi untuk hari ke-3 nanti..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

2 GENTA RASA:

Idalara said...

salam..
bestkan berpeluang ke tempat orang..nak ke negara Arab..insyallah bila mahu menunaikan fardhu Haji nanti.

a kl citizen said...

pak arab memang kasar kan...

tapi, apa pun tak sabar nak tahu citer seterusnya

terbaru dari saya : jangan terlalu membenci nanti jadi suka satu hari nanti

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget