WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, July 14, 2010

ROME: HARI PERTAMA DITEMPUHI, MASING-MASING TERUJA SEKALI



Salam buat semua. Dah hampir sebulan Program Homestay & Word Herritage Discovery berlalu.Sememengnya banyak pengalaman dan kenangan manis yang ditinggalkan dan terkesan sehingga hari ini. Pada kali ini saya akan ceritakan serba sedikit pengalaman mengunjungi Kota Sejarah terkenal dunia, iaitu Rome, Italy. Saya akan bahagikan penceritaan saya mengikut hari. Hurm, untuk makluman semua program ini merupakan kolaborasi antara sekolah saya, STAR Ipoh dan juga Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Bukan mudah dan tidak senang untuk menguruskan satu program di peringkat antarabangsa, apatah lagi program diadakan di kota yang begitu asing dengan kami, iaitu Rome, Italy. Namun berkat kesungguhan dan tidan berputus asa yang ditunjukkan oleh semua pihak , maka program ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Deligasi bergambar kenangan di KLIA sebelum berlepas

Pada hari pertama, iaitu pada 11 Jun 2010 kami semua seramai 26 orang deligasi telah berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala lumpur seawal jam 5.00 petang. Perasaan semua peserta agak teruja kerana ada dalam kalangan ahli rombongan yang belum pernah menaiki kapal terbang. Masing-masing diiringi oleh ahli keluarga dan sanak saudara. Bersama-sama rombongan kami adalah pegawai dari Unit Hubungan Antarabangsa, iaitu Puan Faliza Ismail. Ketua rombongan kali ini adalah Puan Hajah Rasyidah Osman, iaitu pengetua cemerlang Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Manakala saya dan Puan Fuziah mewakili deligasi STAR Ipoh, bersama 9 orang pelajar. Tepat jam 7.30 malam kami meninggalkan bumi Malaysia menaiki penerbangan Qatar Airways.

Menuju balai pelepasan.

Nantikan cerita saya seterusnya pada hari ke dua nanti!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

2 GENTA RASA:

a kl citizen said...

sukanya...
tak sabar nak baca entri seterusnya

akhiran said...

wah.best gile kat rome.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget