WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, July 20, 2010

ROME : WARISAN IBUNDA DIMASYHUR DI BUMI ITALI

Pegawai Pelajaran Collefero menyampaikan ucapan

Hari ke dua di bumi Rome, acara perasmian telah diadakan di Dewan Bandaran Colleferro. Antara tetamu yang turut hadir adalah Pegawai Pelajaran Collefeero serta Mayor of Colleferro. Dalam ucapannya, Mayor telah mengalu-alukan kedatangan deligasi Malaysia serta berharap agar persahabatan yang telah terjalin akan berpanjangan. Malaysia telah diwakili oleh Puan Hajah Rasyidah. Pada pagi itu juga, para pelajar telah mempersembahkan tarian inang, pertunjukan pakaian tradisional, pertunjukan silat serta tarian asmaradana. Tetamu yang hadir begitu teruja melihat seni warisan kita dipersembahkan di bumi Eropah.

Bergambar kenangan selepas majlis perasmian

Pada waktu tengah hari, para guru telah dibawa untuk menikmati masakan pasta di rumah Miss Danniella. Selain itu juga kami turut berpeluang untuk memasak masakan malaysia seperti Ayam Masak Kurma, Sambal Ikan Bilis dan Serunding Daging. Sewaktu berada di rumah Miss Dannielle, kami dapat melihat bagaimana bentuk rumah orang Eropah serta pemandangan yang sangat indah dikelilingi oleh kebun-kebun sayur dan ladang.

Pertunjukan silat oleh anak-anak buah saya

Pada waktu petang, deligasi Malaysia telah di bawa melawat Gorga, sebuah bandar dia tas pergunungan di Lazio, itali. Perjalanan yang mengambil masa empat puluh minit ini amat menyeramkan kerana Gorga terletak di atas kawasan pergunungan. Ketibaan kami disambut oleh miss Nadia, Mayor of Gorga. Kami ditaklimatkan oleh Mayor dan dibawa melawat sekitar kawasan Gorga. Jelas, Gorga masih belum lagi dinodai dengan pencemaran alam sekitar, berada di sana membuatkan diri terasa tenang. Sesuatu yang menarik tentang Gorga, ianya pernah dijadikan kubu sewaktu perang dunia pertama. Sementara menunggu pulang, para pelajar Malaysia telah mengajar para pelajar Itali untuk bermain dengan permainan Malaysia.

Games diadakan antara pelajar Malaysia dan Italy

Pada malamnya, kami dibawa menikmati jamuan di restoren Pizza terkenal di Colleferro oleh Miss Ana dan Miss Daniella. Pertama kali kami menikmati pizza asli dari Italy. Sungguh berbeza berbanding pizza di Malaysia yang lebih tebal dan dipenuhi dengan bermacam-macam aneka perasa dan perisa tambahan.

Bergambar bersama Mayor Gorga

Berakhir sudah pengalaman hari ke dua di bumi Itali..Nantikan kisah seterusnya..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

2 GENTA RASA:

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum WBT cikgu. Em, mesti seronok dapat pengalaman ke Rome. Saya sampai ke sana melalui buku sahaja.. hehe.

Em, cerita tentang Rome buat saya teringat pula pada sejarah zaman kegemilangan Tamadunan Rome dengan kehebatan 'colosseum'nya~

JHaZKiTaRo said...

menarik catatan anda.. anyway, salam ukhwah.. blog hopping.. ada masa, jemput ziarah blog hamba (AKu Sebutir PAsir) jika berminat nak baca TRAVELOGUES IN 45 COUNTRIES.. :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget