WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, August 9, 2010

ANAK BULAN RAMADHAN BELUM MUNCUL LAGU RAYA DAH BERKUMANDANG



Assalamualaikum.. nampaknya Ramadhan menjenguk semula umat manusia, setelah hampir setahun meninggalkan kita. InsyaAllah jika tiada aral melintang, hari rabu ni (11 ogos), umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa. Saya tak mahu mengulas mengenai Ramadhan di sini kerana InsyaAllah saya akan post kan entry menegenainya selepas ini.

Saya nak mengomel sikit pasal pasar raya kita ni. petang tadi saya sempat menjengah Jusco di Kinta City, Ipoh. Bukan nak bercerita pasal jualan murah yang sudah bermula (walaupun Ramadhan belum mula)..Tapi tentang Lagu Raya yang telah dimainkan di Jusco Ipoh pada hari ini. Sebagai seorang muslim, saya cukup kecewa dengan keadaan ini. Menunjukkan pengurusan Jusco tidak peka dengan sensitiviti umat Islam. kita belum lagi menyambut Ramadhan, dah ada lagu-lagu raya yang berkumandang. Lagu dendang perantau, balik kampung, suatu hari di hari raya, semuanya dimainkan di Jusco petang tadi.

Hangin satu badan mendengarnya. Kot ye nak menarik pelanggan, bukan ini caranya. Diharapkan pihak pengurusan Jusco lebih peka dengan sensitiviti umat Islam..budaya yang tidak baik ini seharusnya dicegah, supaya matlamat utama Ramadhan dapat kita capai. Jumpa lagi..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

4 GENTA RASA:

Arianni said...

Salam Ramadhan...Ramadhan yang menjanjikan kerahmatan..selamat menjalani ibadah puasa..

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum WBT. Hehe, DJ dia melatah kot. Agaknya niat asal nak play CD Ramadhan. Dok pun, CD Ramadhan dan Syawal dia tu 2 in 1. Apa pun, maafkan saja. Depa pasang, kita tumpang dengar.

Selamat menyambut bulan Ramadhan. Jadikan Ramadhan agen perubahan tingkat taqwa kita~

ckLah@xiiinam said...

Selamat menyambut Ramadhan...

Mýr Fantasy said...

Lagu tu takde DJ mainkan pun. Ada satu system yg mana dikawal secara automatik. Supplier system tu tersilap program lagu, tu pasal lagu raya yang keluar. Bagi staff-staff melayu diorg dengar tapi sebab diorg sukakan suasana menyambut raya, diorg tak report kpd management. Tapi pastu ada yg sedar & report kpd management. Then pengurus yang jaga system tu dah minta supplier utk reporgram semula. Cam tu ler ceritanya. Bukannya sengaja nak play, pada hari kejadian baru tau ada masalah.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget