WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, August 1, 2010

BELAJAR DARI KEGAGALAN



Kegagalan menjadi teman akrab dalam kehidupan kita. Siapa yang merasa tidak pernah mengalami kegagalan dalam hidup ini walau sekali pun? Mungkin tidak ada seorang pun.
Sering dalam menghibur kawan yang gagal, kita melontarkan ucapan-ucapan seperti kegagalan adalah kejayaan yang tertunda atau kegagalan adalah awal kejayaan dan sebagainya. Tentu saja, mantra positif itu diucapkan dengan tulus serta memujuk jiwa yang luka. Namun, kalimah itu sering kita gunakan lantaran kita tidak tahu apa yang harus kita katakan. Jadi, sekadar bertujuan untuk memujuk. Sebenarnya ,sejarah mempunyai 1001 bukti. Banyak tokoh dunia berjaya bukan karena mereka tidak pernah gagal.

Tetapi, bagaimana mereka memberi respon, berpikir, bertindak. Akhirnya kegagalan itulah yang membawa mereka pada puncak kejayaan. Jatuh bangun adalah proses biasa dalam meraih kejayaan. Seperti puncak gunung tak akan dicapai tanpa melalui jalan naik-turun nan berliku. Setiap dari kita, termasuk anda, perlu memiliki rujukan yang akan kita jadikan pegangan saat mengalami kegagalan. Winston Churchill, misalnya, ia mengaku kembali bersemangat membaca biografi tokoh terkenal saat semangatnya sedang luntur.. Buku itu membuat semangatnya bangkit.

Ia merasa kembali bersemangat tatkala dirinya lemah dan tak berdaya.Tak heran, salah satu nukilan pidatonya yang popular Never Give Up bisa berasal dari inspirasi buku-buku itu. Memang, semangat itu menular sepertimana kemalasan juga sering menular.Janganlah jemu menimba semangat-semangat positif dari banyak hal, termasuk dari bacaan. Kali ini, ada referensi menarik dari Joey Green dalam tulisannya berjudul The Road To Success is Paved With Failure. Tulisan Joey Green ini menjadi inspirasi penting untuk menghadapi kegagalan. Green berhasil menuliskan berbagai kisah secara luar biasa setelah mengalami berbagai kekalahan pahit.

Di bidang perniagaan, Joey Green memberi contoh kisah Walt Disney. Perusahaan animasi pertama Disney pernah gagal. Tapi, Disney mampu bangkit dan betapa besar bisnes hiburan yang ditawarkan dunia Disney sekarang ini. Ada juga Tom Monaghan. Dalam 20 tahun usahanya, beliau bankrap dua kali dan kehilangan hak mengendalikan bisnesnya. Ia juga dituntut atas pelanggaran hak cipta. Namun, dia bangkit dan kini Domino’s Pizza terkenal seantero dunia. Demikian juga perusahaan minuman Coca-Cola. Pada tahun pertama, Coca-Cola hanya mampu menjual 400 botol.

Tapi, sekarang Coca-Cola ada di mana-mana. Bahkan, tidak ada satu daerah pun yang tidak ada minuman Coca-cola di kedai-kedainya. Sementara itu, Chester Carlson mencuba meyakinkan 20 syarikat pada tahun 1940-an. Setelah bertahun-tahun ideanya dan hasil kerjanya ditolak, ia berhasil meyakinkan Haloid, syarikat kecil diRochester. Haloid kemudian menjadi salah satu perniagaan raksasa untuk mesin fotostat bernama XEROX Corporation.

Ada lagi Henry Ford. Dalam tiga tahun pertama membangun perniagaannya di bidang aotomotif, Ford bankrap dua kali. Namun, kegigihannya membuatnya dikenal dengan simbol kereta-kereta mewah . Selain di bidang biness, Joey Green memberi contoh di bidang kesusastraan, perfilamen, olah raga, dan nyanyian. Sebut saja Elvis Presley.Gurunya pernah memberinya nilai C dengan nada menghina saat dia belajar di L.C. Humes High School di Memphis. Guru itu mengecap dirinya sama sekali tidak boleh menyanyi. Tapi, kini Elvis Presley menjadi penyanyi legenda. Ada Michael Jordan yang pernah ditolak saat hendak menyertai pasukan sekolahnya. Tapi hari ini Jordan telah menjadii ikon bola keranjang dunia. Beatles juga pernah ditolak pada 1962 oleh syarikat rakaman Decca, Pey, Philips, Columbia, dan HMV Labels.

Juga Sigmun Freud yang buku karyanya hanya laku 600 buah dengan hanya mendapat royalti sebanyak US$250.Tapi, Freud dikenang sebagai Bapa Psikologi yang terkenal. Aktor Sylvester Stallone semasa kecil pernah dikeluarkan dari 13 sekolah dalam tempoh 11 tahun. Profesornya di Universiti Miami mengejek-ejek dirinya tidak berbakat dalam lakonan. Ia juga manjadi bahan ketawa dalam di filem Dog Day Afternoon, Serpico, dan The GodFather. Begitu juga naskah filemnya Rocky nyaris ditolak oleh semua penerbit. Tapi, sebuah penerbitan menerimanya dengan syarat Stallone tidak berlakon di dalamnya.

Ada lagi Rudyard Kipling. Ia pernah menulis cerita dan mengirimkannya ke sebuah surat khabar di California pada 1888. Tapi, editor akhbar itu telah menolak. Maaf Mr. Kipling. "Anda nampaknya tidak tahu bagaimana menggunakan bahasa Inggris dengan baik, kata editor itu. Namun, akhirnya beliau membuktikan kata-kata editor itu salah. Nah! akhirnya beliau memenangi Anugerah Nobel di bidang sasetra pada 1907.

Anda pun bisa melihat sendiri orang-orang serupa di persekitarn anda. Saat anda mengalami kegagalan, jangan kelam- kabut. Jangan biarkan semangat anda habis musnah hanya kerana kegagalan. Hidup ini sangat erogan jika kita selalu berharap semua berjalan tanpa adanya rintangan. Ambillah pingat kemenangan dari setiap kegagalan yang kita alami. Kita tidak mungkin berjaya tanpa memiliki keberanian untuk gagal.Lihatlah mereka yang berjaya itu. Mereka mengharungi berbagai tentangan dan kesulitan dengan jiwa besar. Kegagalan paling buruk adalah mereka yang mencuba, lalu kalah dan menyerah.

Dag Hammarskjold pernah berkata, jangan pernah mengukur tinggi sebuah gunung sebelum anda mencapai puncaknya. Kerena, Anda kemudian akan melihat betapa rendahnya gunung itu.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

1 GENTA RASA:

Mohammad Aiman said...

notes fb ade, blog pun ade?
nice~

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget