WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, August 7, 2010

HAZIQ NAK PINJAM MASA AYAH



Seperti biasa Farid, seorang pengurus di sebuah syarikat swasta terkemuka di Kuala Lumpur, tiba di rumahnya pada pukul 9 malam. Tidak seperti biasanya, Haziq, putera pertamanya yang sedang belajar dalam darjah dua di sekolah rendah membukakan pintu. Haziq nampaknya sudah menunggu cukup lama.

“Kenapa belum tidur?” sapa Faridi sambil mencium anaknya. Biasanya, Haziq memang sudah lelap ketika ia pulang dan baru terjaga ketika ia akan berangkat ke pejabat di sebelah pagii. Sambil mengekori sang ayah menuju ruang tamu, Haziq menjawab, “ Haziq tunggu ayah pulang. Sebab Haziq mau tanya berapa gaji ayah?”

“Lor, kenapa nak tahu gaji ayah? Nak minta duit lagi, ya?”

“Ah, tidak. Haziq nak tahu saja.”

“Oke. Kamu boleh kira sendiri. Setiap hari Ayah bekerja sekitar 10 jam dan dibayar RM 200 dan setiap bulan rata-rata ayah kerja 25 hari. Jadi, gaji ayah dalam satu bulan berapa sayang?”

Haziq berlari mengambil kertas dan pensilnya dari meja belajar, sementara ayahnya membuka kasut dan membuka televiyen. Ketika Farid beranjak menuju bilik tidur untuk berganti pakaian, Haziq berlari mengikutinya.

“Kalau satu hari ayah dibayar RM 200, untuk 10 jam, bererti satu jam ayah digaji RM 20 ,” katanya.

“Wah, Haziq pintar. Sudah, sekarang cuci kaki, masuk tidur,” perintah Farid. Tetapi Haziq tak beranjak. Sambil menyaksikan ayahnya berganti pakaian, Haziq kembali bertanya, “Ayah, Haziq boleh pinjam duit RM 5 tak?”

“Sudah, tak payah macam-macam lagi. Buat apa minta duit malam-malam begini? Ayah penat . Ayah nak mandi dulu. Tidurlah.”

“Tapi, Ayah…” Kesabaran Farid diuji.

“Ayah bilang tidur!” hardiknya mengejutkan Haziq . Anak kecil itu pun menuju bilik tidurnya dengan sedih.

Selesai mandi, Farid menyesali herdikannya. Ia pun menjenguk Haziq di bilik tidurnya. Anak kesayangannya itu belum tidur. Haziq dilihatnya sedang terisak-isak perlahan sambil memegang duit RM 5 di tangannya. Sambil berbaring dan mengelus kepala anak kecil itu, Farid berkata, “Maafkan ayah, nak. Ayah sayangkan Haziq. Haziq nak buat apa minta duit malam-malam begini? Kalau mahu beli mainan, besok kan boleh. Jangankan 5 ringgit, lebih dari itu pun ayah akan berikan.”

“Ayah, Haziq tak minta duit . Haziq nak pinjam. Nanti Haziq kembalikan kalau sudah menabung lagi dari duit belanja selama minggu ini.”

“Iya,iya, tapi buat apa?” tanya Farid lembut.

“Haziq menunggu ayah dari jam 8. Haziq nak ajak ayah main ular tangga. Tiga puluh minit saja. Ibu bagitahu waktu ayah itu sangat berharga. Jadi, Haziq nak beli masa ayah. Haziq buka tabungan, ada lima ringgit. Tapi sebab Ayah cakap satu jam ayah dibayar RM 20, maka setengah jam sepuluh ringgit. Duit tabungan Haziq kurang 5 ringgit. Makanya Haziq nak pinjam dari ayah,” kata Haziq jujur.
Farid terdiam dan kehilangan kata-kata. Dipeluknya anak kecil itu erat-erat.

Kadang-kadang, kita terlalu mengejar kerjaya sehingga terlupa untuk menlayani kehendak kecil anak-anak di rumah!! Sayangilah keluarga!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

4 GENTA RASA:

Idalara said...

tetiba rasa hiba baca entry ini....terlalu kuat bekerja kdg2 tnpa sengaja kita terlupa pada anak2 di rumah..yg sentiasa perlukan perhatian kita..jgn sangka duit boleh beli segalanya..

Tukang cerita said...

bgenang airmata mbaca kisah ini...
memag, kkdg sibuk smpai terabai anak2 kat umah...kesian mereka....
:(

Mohammad Aiman said...

Buatkan teringat anak kat rumah....

Khairunnisa' said...

... :(

Banyak kali baca cerita ini, and setiap kali itu jugalah hiba rasanya hati..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget