WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, August 15, 2010

IFTAR di AD-DEENIYYAH

Rumah Ad-deeniyyah, digunakan sementara sehingga kampus sebenar siap dibina

Tuan Haji Mohd Farid sedang mengadakan tazkirah sewaktu Ijtima' Bulanan

Assalamualaikum sahabat semua. Alhamdulillah, iftar saya untuk hari ke-4 bersama para pelajar tahfiz di Pusat Pendidikan Ad-Deeniyyah, Taman Meru, Ipoh. Kehadiran saya ke sana adalah merupakan kali ke-4 atas pelawaan Kak Noridah, guru kanan bahasa di sekolah saya. Untuk makluman semua, Kak Noridah bersama suaminya, Tuan Haji Mohd Farid bin Jaafar bersama Puan Wan Salmah bt Wan Abdullah merupakan insan-insan yang komited dalam memperjuangkan jihad fisabilillah.

Berkat kesungguhan dan kesabaran mereka, akhirnya Ad-Deeniyyah ini telah berjaya ditubuhkan sebagai salah satu usaha untuk memperjuangkan sistem pendidikan umat Islam. Alhamdulillah, Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meluluskan penubuhannya sebagai pertubuhan yang sah. Ad-Deeniyyah menawarkan program-program seperti kelas tahfiz Al-quran dan pengajian Al-Quran. Selain itu juga, antara program utama Ad-Deeniyyah yang terbuka kepada orang ramai adalah Ijma' Bulanan, Motivasi Iman, Taalim Mingguan serta Bimbingan Alquran. Dan alhamdulillah, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) telah pun meluluskan tanah seluas 5 ekar untuk tujuan pembinaan kampus Addeniayah yang kekal merangkumi blok pengajian, dewan makan, asrama serta resort.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat Kak Noridah, Kak Wan dan Abang Farid yang telah bertungkus lumus menubuhkan Ad-Deeniyyah serta mencari dana bulanan bagi menghidupkan Addeniayah. Semoga usaha murni ini akan diberkati Allah S.A.W.


Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
(Surah Al-Saf: Ayat 4)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

2 GENTA RASA:

Idalara said...

Alhamdulillah..muga2 usha murni mereka2 ini mendapat ganjaran terbaik dari Allah SWT.

Cikgu Adham said...

slm.. smoga perjuangan anda smua dirahmatiNya

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget