WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, August 8, 2010

KISAH UNTA



Perbualan seekor unta muda dengan ibunya di sebuah zoo.

“Ibu, boleh aku bertanya sesuatu”, sang anak berkata.

“Ya, anakku apakah ada yang mengganggu fikiranmu?”, sang ibu menjawab.

“Mengapa kita ada bonggol, sementara gajah, rusa tidak?”, sang anak memandang ibunya.

“Kita adalah binatang padang gurun, dan bonggol ini digunakan untuk menyimpan air. Kita dikenali sebagai haiwan yang dapat bertahan tanpa air”, ibunya menjelaskan dengan sabar.

“Mengapa pula kaki kita panjang dan bulat?”, anaknya bertanya lagi.

“Anakku, kita gunakan kaki yang panjang dan bulat untuk berjalan di padang pasir lebih baik dan lebih cepat dari pada yang lainnya”, ibunya berusaha sabar terhadap anaknya.

“OK. Tetapi mengapa kita punya bulu mata yang panjang?”, tanya anaknya lagi.

“Bulu mata ini”, sambil menjilat bulu mata anaknya, “kau gunakan untuk melindungi mata dari butiran pasir yang beterbangan di padang gurun”, sang ibu menjawab pertanyaan anaknya. Lalu menjelaskannya sekali lagi.

“Anakku , bonggol ini digunakan untuk menyimpan air ketika kita di padang pasir, kaki ini untuk berjalan di atas pasir, dan bulu mata ini untuk melindungi mata kita dari butiran pasir….”

“Satu pertanyaan lagi, ibu”, anaknya memotong kata-kata ibunya.

“Ya, anakku!”

"Mengapa pula kita berada di zoo ini? Apa yang kita lakukan disini? Untuk apa semua yang kita miliki ini, kalau kita tidak berada di gurun?”, anaknya menunggu jawapan dari ibunya.

Sahabat, Apa yang kita miliki tidak akan memberi manfaatnya kalau memang kita tidak memerlukannya. Kehendak dan keperluan seringkali berbeza. Dahulukan keperluan kita. Seringkali kita meletakkan hal-hal yang kita perlukan ke tepi, keaena kita mengejar hal-hal yang kita inginkan.

Segala kemampuan, pengalaman yang kita miliki akan berguna saat kita memang memerlukannya di tempat kita berada sekarang. Apakah yang anda miliki sekarang sudah tepat dengan tempat anda berada sekarang??

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

3 GENTA RASA:

Penulis.Sahaja. said...

terbaik cikgu!

-shafiq helmi-

sonata anak kancil said...

salam...akak dah lama kat sekolah ini...ntahlah bimbang gak kalau dihantar ke tempat lain !ade pro & cont...

imanshah said...

kak sonata..mana2 ok jelah...selalunya kita dalam comfort zone kan..haha mana tahu tempat lain tu lebih baik

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget