WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, August 25, 2010

OVERSEA ATAU DALAM NEGARA?


Hari ini seorang lagi anak muridku Muhammad Hizamy akan berlepas ke Amerika Syarikat untuk melanjutkan pelajaran di sana. Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan kerajinan, maka impian untuk menjadi perantau ilmu ke negara orang akhirnya menjadi kenyataan. Dari hati kecil seorang guru yang sentiasa mengharapkan yang terbaik buat anak-anak muridnya, saya doakan agar anda dan semua yang berada jauh di rantau orang agar menjadi sebaik-baik ummat. Tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk apabila berkelana di bumi asing.

Apapun sepanjang 8 tahun berada di daerah ilmu ini, menjadi pendidik di Sekolah Berasrama Penuh ini sudah tentu saban tahun bersilih ganti mendapat khabar berita tentang kejayaan para pelajar melanjutkan pelajaran ke tanah seberang. Ada yang berkelana ke United Kingdom, ramai jua yang menjadikan negara matahari terbit sebagai stesen, tak kurang juga yang berada di Amerika Syarikat. Bagi yang meminati bidang perubatan, maka destinasi yang popular adalah Indonesia, India dan juga di Mesir. Manakala destinasi lain seperti Australia, Kanada, Poland, Rusia dan beberapa buah negara lagi juga turut menjadi pilihan.

Sejuk hati mendengar kejayaan yang dipersembahkan. Namun, bukan bermakna pelajar-pelajar yang tak berjaya menjejaki tangga menara gading di luar negara tidak berjaya. Mungkin takdir Allah tak mengizinkan, Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya. Ada yang terbaik untuk anda di bumi bertuah ini, Malaysia. Semoga anda juga menjadi anak-anak yang gemilang cemerlang akademiknya, gemilang akhlak dan akal budinya.

Rumput dipadang STAR , menghijau subur bila hujan menimpa serata, namun bila kemarau melanda, sebahagiannya akan kekuningan, gersang, merekah dan kontang.Janganlah ada antara kalian yang sama-sama subur menghijau di padang terbentang ini, tetapi ada yang mati kekeringan di panah mentari terik, kemudian hari. Nauzubillah, biar lah semuanya hijau dan menyejukkan pandangan mata hingga bila-bilapun, hatta dah meninggalkan ama mater ini.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

2 GENTA RASA:

Mohammad Aiman said...

jelesnye~

sonata anak kancil said...

hadiah paling istemewa untuk cikgu...anak didik berjaya

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget