WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, August 1, 2010

SELAMAT BERJUANG DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN




Anak-anak sekalian,

Kita sudah mula berada di minggu peperiksaan, walaupun hanya peperiksaan percubaan. Peperiksaan adalah medium utama menguji dan membezakan tahap penguasaan pelajar dalam menguasai ilmu yang di ajar. Allah SWT juga mengunakan uslub menyoal (peperiksaan) untuk menguji kemampuan pengetahuan Malaikat dan Adam AS. Apabila mendapati Adam lebih berilmu dari Malaikat, Allah perintahkan Malaikat sujud kepada Adam. Bukan sujud penyembahan tetapi sujud sebagai tanda hormat dan tunduk pada penguasaan ilmu yang dimiliki oleh Adam.

((Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: “Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!” Mereka menjawab: “Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Allah berfirman: “Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini.” Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman: “Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?))(al-Baqarah:31-33)

Itulah sunnah alam yang telah ditentukan oleh Allah. Bangsa yang berilmu akan lebih bertamadun dan bangsa lain terpaksa tunduk dan sujud pada mereka. Dulu ketika umat Islam mengusai ilmu pengetahuan, barat dan timur tunduk kepada Islam. Apabila ilmu tersebut berpindah ke barat dan orang Islam mula kurang ambil berat. Orang Islam pula yang tunduk kepada barat.

Para pelajar sepatutnya memahami perkara ini, kecemerlangan mereka dalam akademik adalah imej dan lambang kehebatan dalam menguasai ilmu pengetahuan. Ilmu apapun bidangnya selagi bermanfaat kepada manusia adalah sumber kemuliaan. Dengan ilmu manusia berperanan melakar sejarah baru dunia. Ilmu yang berpasakkan iman dan takwa telah membawa umat Islam silam menguasai dunia. Khilafah dan tamaddun Islam tidak mungkin terbina ribuan tahun lamanya kecuali dengan ilmu.

Will Durant dalam bukunya The Story of Civilization menyebut: Secara ringkasnya Ibnu Sina orang yang paling hebat menulis dalam bidang perubatan di zaman pertengahan, al-Razi pula doktor yang paling hebat pada zaman tersebut, al-Beiruni ahli geografi paling agung, Ibn Haitham sarjana paling agung dalam bidang Optometry dan Optics , Jabir bin Hayyan sarjana paling agung dalam bidang kimia, Khawarizmi terkenal dalam bidang matematik, al-Idrisi dalam bidang geografi dan Ibn al-Baithar dalam bidang farmasi. Katanya lagi: Islam tidak pernah meninggalkan satu ruangpun dari ruang-ruang ilmu kecuali ia menerokainya dan memperkasa pengetahuan dalam bidan tersebut dan ini menolak sangkaan sebahagian orang yang Islam tiada hubungan dengan semua itu.

Cikgu berharap semua pelajar tingkatan 5 dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada pelajaran khususnya di minggu peperiksaan. Kesungguhan yang ditemani dengan kekuatan solat, doa, dan tawakkal mutlak kepada Allah pasti akan menghasilkan kejayaan. Anggaplah menuntut ilmu, mengulangkaji pelajaran sebagai jihad. Ini bertepatan dengan apa yang disebut oleh Rasulullah SAW:

(Engkau keluar pagi hari untuk menuntut satu bab dari ilmu pengetahuan, engkau mengamalkan atau tidak mengamalkannya, demikian itu lebih baik dari solat seribu rakaat) (Ibn Majah dan al-Bazzar)(Dhaif)

Abu al-Darda’ berkata
(Siapa yang berpandangan bahawa keluar mencari ilmu pengetahuan bukan satu jihad maka sesungguhnya orang itu cetek pandangan dan kurang akalnya)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

1 GENTA RASA:

adol ihsan said...

smoge mereka dpt mnjawab soalan dgn tenang dan mndapat kputusan yg cemerlang.. amin... :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget