WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, August 14, 2010

SEMARAK RAMADHAN

Para pelajar kusyuk mendengar ceramah

Penceramah jemputan sedang menyampaikan ceramah Ramadhan

Pelancaran program Semarak Ramadhan 1431 H telah diadakan di Surau Hamdaniah pada 9 Ogos 2010. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, Pengetua Cemerlang STAR. Antara program yang akan berlangsung sepanjang Ramadhan adalah :

1) Ceramah Ihya Ramadhan oleh Penceramah Jemputan
2) Pelancaran Kempen 3S (Salam, sapa, senyum)
3) Pelancaran Tabung Semarak Ramadhan
4) Kuiz Ramadhan
5) Penerbitan Artikel Khas Semarak Ramadhan
6) Tadarus Alquran guru-guru lelaki dan perempuan
7) Tadarus al-Quran para pelajar setiap malam
8) Solat Tarawikh berjemaah
9) Iftar Jama'i
10) Katam Quran

Tahniah kepada Panitia Pendidikan Islam dan BADAR kerana berjaya merangka program yang bermanfaat kepada seluruh warga sekolah.Diharapkan kehadiran Ramadhan yang mulia ini akan memberi seribu kemanisan dan kelebihan buat seluruh warga sekolah. Marhaban ya Ramadhan!!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

2 GENTA RASA:

ckLah@xiiinam said...

Teringat Ramadhan zaman asrama di Taayah dulu...

n@m@n said...

selamat berpuasa shahnon ;)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget