WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, August 27, 2010

TEAM BUILDING

Salam buat semua. Bagaimana dengan puasa kalian hari ini. Diharapkan semuanya berjalan dengan lancar. Kali ini saya nak berkongsi dengan rakan-rakan beberapa aktiviti yang saya lakukan bersama para pelajar saya sebagai cara untuk meningkatkan persefahaman dan semangat berkumpulan dalam kalangan mereka. Mungkin lain orang, lain caranya. Diharapkan saya perkongsian ini memberi sedikit manfaat kepada mereka yang ingin mencuba.


Aktiviti di atas merupakan aktiviti yang biasa dilakukan. Aktiviti ini dinamakan BELONKU SAYANG. Setiap pelajar diarahkan untuk mencari pasangan masing-masing. Mereka berdua akan dibekalkan dengan sebiji belon. Seorang daripada pasangan ini akan membaling belon tersebut dan seorang lagi akan menyambutnya. Pasangan yang gagal untuk menyelamatkan belon masing-masing akan terkeluar dari permainan ini. Jarak akan diubah selepas setiap kali balingan dijalankan. Semakin sikit bilangan peserta, jarak semakin jauh. Dan akhirnya pasangan yang masih memiliki belon akan diisytiharkan sebagai pemenang. Rasional aktiviti ini adalah untuk memastikan mereka memagang amanah yang dipertanggungjawabkan.


Aktiviti ini dinamakan BERUANG, IKAN dan NYAMUK. Para pelajar dibahagiakan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan perlu berbincang sebelum bersemuka dengan kumpulan satu lagi. Apabila bersemuka masing-masing akan menunjukkan simbol binatang seperti nyamuk, beruang atau ikan tanpa mebunyikan suara. Jika kumpulan itu menunjukkan simbol beruang, manakala kumpulan satu lagi menunjukkan simbol ikan, maka kumpulan ikan dikira mangsa dan perlu menyelamatkan diri. Kumpulan beruang akan menangkap ahli kumpulan ikan dan akhirnya mereka dapat menambah ahli baru. Pemenang dikira berdasarkan ramainya ahli baru. Rasional aktiviti ini adalah untuk memastikan para pelajar mendengar arahan ketua dan melakukan aktiviti perbincangan.


Aktiviti ini pula merupakan aktiviti MEMBAWA GETAH MENGGUNAKAN STRAW. Para pelajar akan membawa getah menggunakan straw. Mereka dilarang sama sekali menggunakan tangan. Seorang pelajar akan menunggu di seberang sana untuk mengumpulkan getah juga menggunakan straw. Aktiviti agak menarik kerana bukan senang nak memasukkan getah ke celah straw. Kumpulan yang mengumpulkan getah paling banyak dalam tempoh masa yang ditetapkan akan dikira sebagai pemenang. OBJEKTIF aktiviti ini diadakan adalah untut menuntut kesabaran dalam kalangan pelajar terhadap pekerjaan yang dilakukan.


Cuba lihat gambar di atas. Para pelajar saya sedang menyiapkan 'bekalan' mereka. Permainan ini saya namakan ADIKKU SAYANG. Para pelajar dibekalkan dengan sebaldi air, kapur kasut, tepung gandum, dan kertas tisu. Setiap kumpulan akan membuat ramuan untuk menyerang kumpulan yang lain. Dalam permainan ini, kumpulan yang berada di dalam bulatan akan mengatur strategi untuk menyelamatkan seorang ahli dari diserang dengan air ramuan tadi. Kumpulan yang berada di luar bulatan akan membaling dan menyerang kumpulan yang berada di dalam bulatan. Tugas ahli kumpulan yang diserang adalah mempertahankan seorang ahli dari terkena serbuk, kertas tisu yang dibaling tadi. Kumpulan yang berjaya mempertahankan ahlinya dari terkena serangan akan dikira sebagai pemenang.



Beginilah keadaan kumpulan yang diserang. Kalau diperhatikan mereka begitu setia mempertahankan ahlinya yang berada di tengah-tengah dari terkena serangan, walau diri sendiri kotor dan kesakitan. Pengajaran aktiviti adalah untuk mewujudkan semangat berpasukan dalam kalangan ahli.

Kepada rakan-rakan yang berada diluar dan ingin mencuba, dipersilakan, anda pasti merasai keseronokannya.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

3 GENTA RASA:

sonata anak kancil said...

masa kecik tak dapat main macam ni...bila besar ni tenu rasa
seronok !

Rozali said...

Salam Ramadhan Imanshah

pandai cikgu memilih permainan tu
sekurang2nya, hilang tekanan murid tu dgn pelajaran

Wassalam

imanshah said...

kak Sonata n Rozali..kadang2 jadi guru ni kena jadi macam2 watak, kadang2 jadi tukang masak, kadang2 jadi jurulatih..kadang2 jadi kawan sepermainan...enjoy ur life

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget