WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, August 22, 2010

YANG MUDA DISAYANGI, YANG TUA DIHORMATI


Salam rakan-rakan pembaca. Alhamdulillah, masa berlalu begitu pantas, tanpa kita sedari hari ini kita telah emnyempurnakan puasa untuk hari yang ke-12. Alhamdulillah sekali lagi, saya doakan puasa saya dan rakan-rakan semua akan dirahmati dan diterima oleh Allah S.A.W.

Petang tadi saya berpeluang mengunjungi Bazar Ramadhan di Stadium Perak. Alhamdulillah, ramai sungguh orang di sana mengambil peluang cuti hujung minggu membawa keluarga untuk sama-sama membeli juadah berbuka. Rezeki para peniaga juga murah dengan kunjungan ramai warga Ipoh ke sana.

Nak dijadikan cerita, selesai membeli juadah sewaktu hendak pulang saya menyaksikan satu insiden yang amat memalukan. Seorang pemuda melayu Islam dalam lingkungan 20- an telah memaki hamun seorang warga emas kerana berebutkan parking motor. Lelaki tua bersama isterinya itu dimaki hamun tanpa segan silu dan tanpa sedikitpun perasaan takut kepada azab Allah. Terkulat-kulat kedua-dua warga emas tadi menerima 'hadiah' dari pemuda yang biadap itu.

Terasa ingin je saya lepuk pemuda tadi. Tapi Al-hamdulillah, semua yang berada di situ memberi tekanan kepadanya dengan mengeluarkan suara-suara mengutuk pemuda tersebut. Tak tahan dengan kutukan tadi, pemuda tersebut menghidupkan enjin motornya dan berlalu. Namun, sebelum berlalu, sekali lagi beliau memaki hamun pasangan warga emas tadi.

Kami hanya menggelengkan kepada melihat betapa hari ini, kelakuan anak muda kita begitu biadap, begitu angkuh hatta dengan orang yang lebih tua sekalipun. Maka tidak hairanlah kalau terpampang di dalam dada akhbar tentang gelagat anak yang menghantar orang tuanya ke Rumah Orang Tua-tua kerana sudah tidak memiliki lagi sifat pengasih dan penyayang serta menghormati orang yang lebih tua. Apatah lagi, dalam bulan Ramadhan yang dianggap bulan mentarbiyyah jiwa-jiwa yang kosong, yang ketandusan makanan rohani.

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 83, menceritakan antara sikap orang berpaling tadah, yakni ingkar perintah-Nya. Dan ingatlah ketika Kami mengambil janji Bani Israel: janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim dan orang miskin serta ucapkanlah kata yang baik kepada manusia, dirikanlah solat dan tunaikan zakat. Tetapi malangnya kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan kamu selalu berpaling tadah.




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

6 GENTA RASA:

Zaidi Sarifuddin said...

sakitnya hati dengan orang macam ni.. kalau sy ad di tempat kejadian, mmg sy terus tangankan aje.. huhu.. kebiadapan yg tak boleh diterima!

Zamz said...

zaman dah berubah..

ckLah@xiiinam said...

Cuti minggu depan ni cadang nak beli keperluan anak-anak di Greentown Mall. Agak-agak, Ipoh sesak tak sekarang ni cikgu?

a kl citizen said...

dulu dekat 200 tahun menetap di FRU Sungai Senam, sejak mula kawasan Stadium tu belukar hinggalah Stadium tu terbina... banyak kenangan di Ipoh bagi saya.

tentang isu kebiadapan orang muda tu...satu hari nanti dia juga akan menerima perkara yang sama, saya percaya tentang itu. cuma waktu tu nanti takut lebih teruk lagi...kan

imanshah said...

CikLAh. jemputlah datang ke ipoh..idok le sesak sangat..Greentown memang sesuai untuk membeli belah keluarga!!


Kak Normah..dulu dok ipoh ke??cerita nya...huhu

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

bukan semua yang muda macam tu..yang kurang ajar elok la di selam dalam tangki indah water

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget