WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, September 26, 2010

BILA BUDAK JANTAN BERAYA!

Salam dan selamat malam buat semua. Sudah dua hari aku tak berkesempatan menjenguk blog sendiri. Hujung minggu yang sangat memenatkan jiwa, hati, limpa badan dan minda kerana di sekolah ada empat event besar yang diadakan dan semuanya memerlukan komitmen yang tinggi untuk dilaksanakan. Entri kali ini aku nak dedikasikan buat semua pelajar aku yang telah membantu membuat persediaan Majlis Mesra Aidilfitri.  Fuh, maklumlah sekolah kami ni sekolah budak-budak jantan lelaki semua. Nak tak nak terpaksalah gunakan kudrat mereka ni walau dalam hal-hal hias menghias.


Malam sebelum   kejadian sambutan, aku kerahkan beberapa orang pelajar Tingkatan 1 untuk menyiapkan kupon. adei tak larat nak buat sorang nih..jangan risau askar-askar aku sentiasa ada di mana-mana untuk membantu. bayangkan hampir 5  juta ribu kupon nak disediakan..Budak-budak Tingkatan Satu kalau bekerja memang semangat, janji dapat upah ais krim sorang satu. 


Ini pula wajah dayang-dayang putera-putera yang ditugaskan membantu dari segi penyediaan pinggan-mangkok pakcik kau di meja VIP. Merangkap pembantu melayan tetamu VIP pada malam tersebut. Masa ni kena carik yang sopan-sopan, yang lemah lembut supaya VIP yang hadir dapat makan dengan baik. Bukan apa kalau pilih yang kasar takut tertumpah kuih sate atas baju VIP. Huhu



Beralih pula ke bahagian persembahan. Nipun satu lagi kebolehan dan bakat yang istimewa yang dimiliki oleh pelajar-pelajar aku.  Dah memang wujud kumpulan Kongsi Gelap KUGIRAN kat sekolah. Suara pun boleh tahan depa ni ala-ala mamat sengau Anuar Zain ngan Elina bila duet nyanyi lagu Suasana Hari Raya. Come la, janji tetamu semua terhibur dek persembahan yang hampeh bertenaga dari korang. 


Alahai kesian anak murid aku ni. Kat sini susah nak carik pelajar-pelajar lembut berbakat dalam bab nak hias-menghias ni. Bukan apa, masa gambar ni diambil rasanya dah sejam dia menggubah bunga taik ayam plastik ni. Berpeluh-peluh. Haha baru kau raso jang, bukan senang buat koje orang pompuan ni. Apapun respect la kat korang.. Cikgu kalau suruh gubah bungo tu, rasanya sehari semalam tak siap. Last2 rasanya aku bakulsampahkan juga.


Haha,akhirnya,  inilah bentuk set yang dihias. Konsep malam tu ala-ala  Konsert AF  santai di mana pengacara duduk bersantai mengacarakan majlis. Kira ok lah ya, kerja budak-budak jantan umur 16 tahun. Semua barang kat rumah aku diangkut nya termasuklah basikal antik yang dah dua tahun tersadai kat laman rumah tu. Ada juga gunanya..

Apapun kalau nak tengok gamabar-gambar majlis raya dan pakaian baju raya aku yang glamer  tunggulah entry yang lain ya.. Meriah sungguh. Tunggu!!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

ckLah@xiiinam said...

Tengok songkok dibuat bekas kupon tu yg tk tahan....

:)

imanshah said...

CkLah, budak jantan kan..haha.Takde lembu, sapi pun kira ok la

Mohammad Aiman said...

selamat hari raya cikgu!
^_^

meriah tol kan.

imanshah said...

Aiman, memang meriah..ada sedikit kelainan malam tu

Abd Razak said...

Salam...

Wah seronoknya...alhamdulillah mereka (pelajar) dapat melaksanakan tugas mereka dengan jayanya...

Tukang cerita said...

bestnya tgk....
kitorang, smbut raya sdiri2 jer lah...
hhhahhahhahha....

~cepatttttt...upload gambar baju raya glamer... :)

waruna said...

salam.. yang paling kelakar bahasa yg digunakan oleh ckgunya....

iqbalsyarie said...

waahhhhh...mantap tu cikgu!zaman saya dulu rasa mcm takde je..atau mmg saya yg tak participate?hihihi..nice~

Entry Baru:
-Yelah,saya ni orang asing...
-Blog review:Langit Ilahi

imanshah said...

Abd Razak, alhamdulillah telah selesai semuanya

imanshah said...

Kak Nurul (TC)...nanti2 lah, baju raya glemer of the year tu saya tunjukkan..haha

imanshah said...

Puan Waruna..dah agak bosan berbahasa standard kan, nak cerita tambah menarik, gunalah bahasa yang ala2 raja lawak!!

imanshah said...

Iqbal..zaman korang ada tapi kita buat kat luar dewan..kali ni memang dalam dewan

Fakhrur Razi berkata said...

bagus ad anak murid2 yg rajin nih
xperlu susah2 upah org luar buat
;D
ye kan dorg xmntk upah kan?
lol xD

imanshah said...

Razi..idok, deme idok mintak pun, malam tu kan raya, makan sepuah hati le yeop

LIPISLADY said...

Asalamualaikum,

Ziarah blog cikgu, menarik, seronok tengok anak2 murid cikgu bekerja,,kreatif mereka2 tu..

imanshah said...

Lipislady, tq atas kesudian menjenguk blog saya

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget