WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, September 2, 2011

GLEMER RAYA

Ni entri repost ya, mengambil mood syawal..

Tajuknya pun dah giler glemer kan..ni bukan program Glemer Raya kat Astro yang diacarakan oleh Aznil tau. Ni hanya sebuah kisah budak2 dan cekgu-cekgunya yang lebih-lebih beraya dengan pakaian raya yang baru. Apapun rasanya majlis mesra aidilfitri tahun ni yang paling meriah sepanjang berada di sini..Kita terjah foto-foto yang sempat lelaki kamera snap.


Ni gambar aku bersama  head boy serta timbalan head boy...kira macam datang rumah terbuka..siap ada biskut raya, duit raya jangan harap, dan air nya sekali..Gambar ni sebelum majlis bermula.


Haha, ni pulak bebudak tingkatan lima yang sedang posing sakan selepas majlis. Batch ni kira aku ajar 5 tahun jugaklah, memfollow mereka dari tingkatan satu lagi..135 orang kesemuanya, pokai bila semua  nak duit raya.


 Gambar para pelajar yang sedang menunggu majlis bermula..hakhak sabar mereka walaupun terpaksa makan pada jam 9.00 malam. Kebiasaanya makan jam 6.30 petang.. Raya punya pasal, ikat perut boroi jap..


Alamak S.Jibeng datang ke?? malam-malam buta pun nak pakai sunglass..hilang akal ke hapa. hakhak..inilah yang dikatakan glemer raya, ko nak pakai apa pun ada aku kesah? tak kesah..janji glemer..


Ni pulak geng-geng kapak guru sedang mengambil makanan. Ada sate, ada nasik impit, lemang tak lupa, kuew tiaw pula pelengkap juadah. Nasi tomato pun terselit jua, cendol, popia semua ada.. Laksa penangg tak sedap pun dihidang sama..yang penting semua boroi kekenyangan pada malam itu. 


Ha, nilah sebenarnya nak tunjuk kat semua, pasangan pengacara..yang pakai baju merah tu anak murid aku yang paling   berpengalaman untuk digandingkan dengan pengacara paling glemer di muka bumi macam aku  aku. Yang lain semua buang kelaut..haha..konsep pengacaraan malam tu santai, ala-ala melodi raya, sambil makan, sambil duduk, sambil mengacara..kalah Aznil Haji Nawawi..hakhak..Tapi kalau pandang sekali macam aku murid, macam dia cekgu..hakhak.


Antara persembahan yang sempat dirakamkan..Rahimi dan Ikram melalak menyanyikan lagu Suasana  Hari Raya dendangan Elina dan Anuar Zain..ok la, terhibur dan terbuai dek suara emas mereka..Jangan tak tahu pada malam tu aku turut mensumbangkan menyumbangkan lagu..Bukan apa lepas gian kan.Sekadar berkongsi kenangan hari raya yang akan dikenang bila dah berada di tempat baru. Salam Aidilfitri.



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

38 GENTA RASA:

ckLah@xiiinam said...

Kalah Wahid Melodi!

luahfikiran said...

SALAM CIKGU,
BILA TENGOK GAMBAR, TERINGAT MASA JADI CIKGU DI AWAL2 KERJAYA DULU.

DRPD CERITA CIKGU, INI MESTI SEKOLAH ASRAMA. BILA BUAT PERJUMPAAN RAYA, MESTI SEMUA DATANG. KALAU TAK SILAP, PELAJAR2 TU TAK BERAPA LAMA LAGI PEPERIKSAAN SPM. LF DOAKAN SEMUA MENCAPAI KEJAYAAN YG CEMERLANG !

ikan emas said...

meriah raya kaler merah pink...

raya thn depan nk pegi mana lak ??? tukar ka?

Adinda Amy Sensei said...

waahhh...glemer raya gituuu...hehehhe..banyak dapat duit raya ke atau beri duit raya ni cikgu?
hehe..

aittt..awat tak tukau lg link blog sy yang lama tu cikguuu...

imanshah said...

CKLah..bukan takat wahid, aznil pun kalah..amboi4..gurau je

imanshah said...

LF..terima kasih, memang saya di asrama penuh..

imanshah said...

Kak Ikan Emas..tahun depan rasanya nak ubah angin ke tapah..dekat skit ke KL..huahua

imanshah said...

Cik Amy, skrg saya tuka..lupa la

Rozali said...

Assalamulaikum Iman

masa ni la murid2 nak mengusik cigu..baru ada suasana meriah raya..

Wassalam

Mohammad Aiman said...

hensem2 ye budak2 star nih..
cikgunya sekali..
(nak jugak kah, haha)

imanshah said...

haha memang hensem pun..jgn marah

lillies said...

Wah...sakannye cikgu & anak murid beraya..hehehe..meriah gitu..!!

Selamat HAri Raya...semoga dapat bertukar..hehhee...

imanshah said...

lilies..meriahnya di hari raya..ala budak2 lelaki punya raya..

imanshah said...

lilies..meriahnya di hari raya..ala budak2 lelaki punya raya..

Tukang cerita said...

eh, btul lah...mamat pink yg jadi pngacara tu, macam student lah...
hahhahhahhaha....'
:)

a kl citizen said...

mesti jadi kenangan bila bertukar ke sekolah lain nanti kan iman

imanshah said...

kAK nURUL..HAHA,,KAN

imanshah said...

Kak Normah..banyak kenangan di sini,, air mata pun banyak yang tumpah

imanshah said...

Kak Normah..banyak kenangan di sini,, air mata pun banyak yang tumpah

missgee said...

Wah!!
Seronoknya..
Meriah ngan muka2 gumbira.. ;)

mamawana said...

Nengok foto2, memang serronok kann...

Zul Fattah said...

haha..Imanshah yg baju pink tu eh?
jambut kot.. haha

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

bdk2 ni x blk cuti beraya ke imanshah????

IMANSHAH said...

@Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A)

ayoo, ini repost le brader.hehe

insan_marhaen said...

peristiwa bila berlalu menjadi kenangan, memang indah!

alif haris said...

waah meriah la raya cegu hehe :)

Nizam Ijam said...

selamat hari raya :D

Saiazuan said...

aku tak pandai tul brgambar ni. mcm ne korang leh control macho ek ble dpn kamera? ish, aku fail! serius.. haha

yusuflaili said...

Salam;
Masa aku tinggal kat asrama pun ada juga buat malam raya ni,memang seronok sekali..kini dah jadi kenangan abadi.

Zul Fattah said...

imanshah.. memang la tak de dalam list tu....
sebab kawe letak feed url demo, alik atas blog kawe,,.. sekko besar..
memang hok sengoti.. cuba masuk sini..baru tahu..

zulfattah.blogspot.com

iKhRam said...

amboi.. glemernyer dia..

adrenalina said...

wah meriah bangat!!... seronok nya jadi cikgu ni kan

tunz said...

x STAR ipoh ke...batchthn brapa tu

Zul Fattah said...

ahyooo.. baru nampak ka?
haha.. daah berapa hari dah duk terpampang kat situ.. haha..

nak buat macam tu senang je..
g dkat desing > add widget > feed url >save
done.. haha..:p

Afida Anuar said...

Shah, rasanya la kalau acara ni divideokan dan disiarkan di tv, sah sah melodi raya tak leh cari makan.. di tambah dengan pengacara glemer tu...

;)

Azham Vosovic said...

semua baju raya meriah meriah!

ahmad humairi said...

memang glemer....

syrupmasin said...

perghh meriah cikgu :D

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget