WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, September 30, 2010

HANYA KEPADAMU KAMI BERMOHON

Dalam dunia pendidikan bila dah masuk Oktober ni maka bermulalah demam. Macam-macam demam..aku sendiri hari ni pun demam, batuk, selesema, meroyan, semua ada. Tapi yang penting saat ni budak-budak yang umur 15 tahun tengah demam exam..Peperiksaan awam PMR akan membuka tirainya pada 5 Oktober 2010 ni, yakni jatuh pada hari Selasa. Maka seluruh mereka yang terlibat dengan dunia jam 10 pendidikan termasuklah menterinya, KSU nya, pegawai kementerian, guru besar, guru kecik, ibu bapa apatah lagi calon-calon menantu PMR semuanya kecut perut. Di sekolah guru besar  sibuk dok tekan guru-guru supaya result naik atau sekurang-kurangnya tak jatuh, patrents lak menaruh harapan yang tingggi pada anak-anak agar berjaya. Yalah kalau dapat 8A kan tak lah malu pada Mak Cik Milah sebelah rumah tu yang juga ada anak amik PMR juga.


Maka bersempena dengan demam peperiksaan ini, maka penghuni Rumah Merah di mana aku merupakan  penolong guru ketua rumah merangkap warden mereka selama 7 tahun  telah mengadakan program Bacaan Yassin dengan semua penghuni seramai 97 orang dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5. yang pakai jubah tu paham-pahamlah tentulah yang mengetuai bacaan yassin pada malam tu. Imam besar masjid Negeri tu. Bacaan yassin diadakan sebagai menzahirkan pengharapan dan memohon pertolongan dari Allah S.A.W semoga diberikan ketenangan dan kekuatan kepada anak-anak ini kejayaan yang diimpikan akan menjadi kenyataan.


Para pelajar khusyuk membaca yassin. Tu yang tergelak-gelak hujung sana tu memang nak kena lempang lepuk. orang baca yassin dia gelak-gelak pulak. Haish...


 Maka kini tibalah sessi menyampaikan tazkirah. Ada gaya Ashraf Imam Muda tak? hukhuk..Aku takdalah pandai sangat ilmu agama sampai nak bagi tazkirah. Cukup sekadar lelaki berjubah ini memberi sedikit kata-kata semangat, menzahirkan pengharapan dan kasih sayang buat anak-anak ini. Dari jauh mereka merantau, ada yang datang sejauh Kota Tinggi,Johor  malahan ada juga yang hadir bersama harapan ibu bapa yang berada di Kuala Berang, Terengganu. Agak sebak juga bila bercakap dengan Tingkatan 5, kerana setelah hampir 5 tahun menjaga mereka, kini masanya mereka akan menduduki peperiksaan SPM dan juga akan meninggalkan alma mater..

Cikgu doakan semoga kalian akan berjaya dengan cemerlang dalam PMR dan SPM nanti..




اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

15 GENTA RASA:

Adinda Amy Sensei said...

moga anak didikmu berjaya...

imanshah said...

Tk Cik Amy

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

moga anak murid cikgu memperolehi kejayaan yg cemerlang

anak kelima saya pun ambil pmr
sama2 la kita berdoa

Wassalam

sonata anak kancil said...

semoga mereka semua berjaya dengan cemerlang...akak baru saja sampai rumah - majlis solat hajat anak di sekolahnya...

imanshah said...

Bro Rozali..semoga anak tuan juga beroleh kejayaan cemerlang, insyaallah

imanshah said...

Kak Sonata..saya juga doakan kejayaan cemerlang buat anak akak

Un Phat Lee said...

bagus cikgu macam lu nih. XD

ummuaimi said...

Mudah-mudahan hajat dan permintaan anak-anak murid dan guru-guru dimakbulkan Allah.Semuanya akan berjaya.

Areef Ibn Naim said...

Salam...

Sudah sampai masany utk kita menyerah diri bertawakal kpd allah...

mg kejayaan akan menjadi milik mereka semua, amiin!

imanshah said...

Un Pet Lee..

dah pilih jadik chekgu..kenalag jadik bagus..lol

imanshah said...

Un Pet Lee..

dah pilih jadik chekgu..kenalag jadik bagus..lol

imanshah said...

Ummu aimi dan ariff..tq..semoga mereka berjaya

soffea said...

semoga mereka semua dapat buat yg terbaik... aminn~

Azmi said...

selamat berperiksa kepada budak2 form 3 n form 5...
ngeh3 naseb aku dah lepas semua tu

imanshah said...

Sofea n azmi..tq atas doa

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget