WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, September 14, 2010

MENGIMBAU ZAMAN KANAK-KANAK

Alhamdulillah, saya telah sempat sampai ke lokasi saya mencari rezeki, iaitu Ipoh setelah hampir 15 hari bercuti di kampung untuk menyambut Aidilfitri. Selama berada di kampung, saya terkenang akan zaman kanak-kanak dan remaja saya. Zaman yang cukup indah untuk dikenang sebagai anak kampung yang penuh dengan kenakalan dan keseronokan. Gambar-gambar di bawah sempat saya 'snap' untuk dijadikan kenangan dan dikongsi bersama dengan rakan-rakan.


Inilah "wajah" pokok padi.. Nyaman bukan? Pokok padilah yang telah membantu saya dan enam lagi adil beradik saya untuk berada di tempat hari ini. Ayah bekerja sebagai petani dan mengusahakan dua jenis tanaman iaitu padi dan tembakau. Namun pada hari ini tembakau sudah tidak lagi ditanam kerana kerajaan tidak menggalakkan penanamannya dalam usaha untuk menyeru rakyat malaysia supaya berhenti merokok. Sewaktu zaman remaja saya, bersawah mengikut ayah dan ibu sudah menjadi perkara biasa. Kami menabur benih , menyemai, menyulat, menuai, membanting bersama-sama kerana kami diajar untuk memuliakan hasil pertanian kerana inilah satu-satunya hasil untuk membolehkan ayah menyara anak -anaknya seramai 7 orang. Kadang-kadang timbul juga perasaan memberontak apabila dikerah hampir setiap hari untuk "bekerja" di ladang tembakau hatta hingga malam sekalipun untuk menjirus tembakau, namun perasaan itu kami buang jauh-jauh mengenagkan betapa besar pengorbanan ayah dan ibu..


Ini pula gambar tali air yang mengairi sawah. Apa istimewanya tali air ini. Ya, di sinilah tempat saya dan rakan-rakan menghabiskan masa hujung minggu untuk mengail ikan sungai. Tiada joran yang mahal-mahal, namun sebaliknya kami hanya mengunakan batang buluh kecil, kayu sebagai joran. Namun, alhamdulillah banyak juga hasil kail kami yang mengena, kadang-kadang dapatlah puyu, keli, haruan ataupun sepat. cukuplah dibawa pulang untuk dimasak oleh ibu di rumah.


Kata orang, sungai banyak manfaatnya. Dari sungailah, Melaka berkembang pesat menjadi sebuah pelabuhan yang terkenal pada zaman kegemilangannya. Di sinilah tempat kami anak-anak kampung membina persahabatan. Acara mandi sungai merupakan acara wajib untuk kami sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tapi kalau sudah tiba cuti sekolah, maknanya tiap-tiap harilah kami memperagakan pelbagai aksi hebat seperti Bryan Lomas..atlet terjun negara. Dan setiap hari jugalah ibu akan menghadiahkan bebelan manja nya..haha. Sekarang ni dah jarang benar anak-anak penduduk kampung yang mewarisi bakat kami. hahaha.Anak-anak zaman moden katakan.


Zaman kanak-kanak sememngnya zaman yang tersendiri. Gambar di atas adalah tapak pelupusan sampah Majlis Daerah Tumpat (MDT) yang terletak di hujung kampung saya. Jangan salah sangka ya, bukannya dekat dengan rumah-rumah penduduk, tapi jauh nun ditepi hutan. Saya dan rakan-rakan selalu mengunjungi tempat ini untuk mencari barang-barang terpakai untuk dijual. Dah beratus kali dimarahi oleh ibu, namun saya masih degil..Kata saya, daripada tak berbuat apa, baik saya mengumpul barang terpakai, bila dijual, hasilnya tentulah ada. Nak dijadikan cerita, suatu hari kaki saya terpijak abu yang masih panas. Apa lagi kaki saya teruk melecur..Peristiwa yang berlaku akhirnya menyebabkan saya memutuskan hubungan dengan tempat ini. Dan semalam selepas sepuluh tahun, saya jejaki semula tempat ini. Sungguh nostalgia.


Jangan ingat kampung saya tak maju. Haha sebenarnya gambar ini merupakan sebahagian daripada gambar STADIUM MINI TUMPAT yang terletak di kampung saya. Apa yang meninggalakn kesan?? Saya dan rakan-rakan selalu mencuri0curi untuk masuk bermain di padang stadium. Sebenarnya stadium ini dikunci dan perlu disewa jika ingin bermain. Namun, biasalah mana lah kami budak-budak kampung memiliki wang yang banyak untuk menyewanya. Setiap hari pulak tu. Selalunya setiap hari jugalah kami bertempiaran lari apabila dikejar oleh pegawai yang ditugaskan untuk mengawasi stadium ini. Namun, stadium ini banyak jasanya, kenal dengan Azlan Ismail? pemain bolasepak Kedah, yang dulunya bermain untuk Kelantan, Terengganu dan Polis? Dia merupakan anak jati kampung kami.

Ini pula Klinik Desa kampung saya. Hehe ramai juga penduduk kampung yang melahirkan anak menggunakan khidmat bidan kerajaan di klinik ini.. Besar jasa nya.


Dan akhir sekali inilah kawasan perkuburan kampung saya. Yang selalu saya ingat dahulunya setiap sebulan sekali akan diadakan gotong royong untuk membersihkan kawasan perkuburan. Maka kami pun berduyun-duyun untuk sama-sama bergotong royong. Seronok zaman tu, namun sekarang amalan ini dah hampir pupus kerana kematian orang-orang tua serta perpecahan dalam masyarakat yang taksub dengan parti politik masing-masing. Kadang-kadang pada waktu malam, kami bermain sorok-sorok di kawasan perkuburan.. Menarik bukan??

Kini, 30 tahun saya berpeluang untuk menghirup udara segar di bumi Allah ini. Kemana-mana pun kaki saya melangkah, kampung halaman tetap di hati. Terkenang bait-bait lagu Kampungku yang dahulunya selalu keluar di kaca-kaca televisyen...

KAMPUNGKU SUDAH BERJAYA
PEMBANGUNAN SEKELILING
ADA JENTERA ADA KERETA PROTON SAGA
SAWAH PADI MENGUNING
NEGERIKU SUDAH MERDEKA
KEDAULATANNYA DIJUNJUNG
KUBEKERJA KUPERTAHANKAN MALAYSIA
ITU ADAT BERKAMPUNG
MAJULAH KAMPUNGKU
MALAYSIA OH TANAHAIRKU
WALAU DEKAT WALAUPUN BERIBU BATU
HANYA ENGKAU KAMPUNGKU

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

ikan emas said...

Nakal juga budak tukang cerita ni yer..

Selamat Hari Raya

Mohammad Aiman said...

kampung jugk yg best kan... tenang jee....
anyway,
selamat hari raya!
maaf sume salah silap.
=)


p/s: check out my new blog.
http://aiman-pena.blogspot.com
insha allah mahu serius dalam berdakwah. =)

imanshah said...

aiman..alhamdulillah bertambah pendakwah muda di malaysia..teruskan usaha murni

imanshah said...

IE...nakal zaman budak2..huhu

Idalara said...

Cerita Iman buat kak ida turut terimbau kenangan masa kecil dan remaja..
andai boleh ku putarkan waktu...inginku kembali ke zaman itu..ceria bahagia..

ckLah@xiiinam said...

Imbas kembali zaman kanak-kanak sudah...



Lepas ni imbas-imbas muka pula tentang zaman anak-anak sendiri di masa hadapan...ya cikgu!



:)

imanshah said...

ckLAH..HAHA insyaALlah biznillah

Kak Ida..apa menarik nya zaman kak ida ek

Azmi said...

wei..teringat ko kampung..
ayah aku pun petani..masa kecik2 memang selalu la tolong ayah aku...

Ummi Humaira said...

salam eidul fitri...

bila tengok gambar pokok padi ,terkenang pd kampong ummi yg juga dikelilingi sawah luas terbentang..

Rozali said...

Salam Aidil Fitri Iman

pengalaman yg sama
mandi sg dan memancing

bab main2 dekat kubur tu....seram

Wassalam

Shazril Shaedi said...

salam ziarah....dijemput ke blog saya..

Al said...

kenangan kampong sangat nostalgia..

Apapun, blom terlambat utk ucap slmt hari raya

imanshah said...

shahril..thanks atas ziarah

imanshah said...

Al..selamat hari raya juga untuk saudara

imanshah said...

Azmi..alhamdulillah anak petani juga boleh berjaya macam anda

imanshah said...

Rozali...alhamdulillah, kenangan tak mungkin dapat dilupakan

maiyah said...

slm aidilfitri, dtg nk rya

dah lama x blik kg ni huhuu :)

a kl citizen said...

cantik kampung iman...
saya tak pernah merasa duduk di kawasan tanaman padi, sebab kampung saya dulu majoritinya bertanam kopi

→ : syak wasangka

sonata anak kancil said...

anak2 zaman dulu kalau tak lakukan seperti N3 ini tak jadi orang macam hari ni !!! tu lah yang membuatkan kita ingat sampai bila2....kenangan abadi - cite kat anak2 buat pengajaran / teladan

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget