WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, September 21, 2010

SYUKURLAH


Ada seorang pemuda yang sedang mengayuh basikal tua berkata dalam hati "Alhamdulillah, walaupun saya tidak memiliki  motosikal, saya masih memiliki basikal ini, sedang jiran  saya masih berjalan kaki.",

Di tempat yang lain, jiran yang berjalan kaki dalam hatinya berkata, "Alhamdulillah, saya masih boleh  berjalan kaki, sedang jiran saya tidak memiliki kaki karena kemalangan, jadi dia harus menggunakan kerusi roda."

Di lain tempat, jiran yang menggunakan kerusi roda berkata dalam hati, "Alhamdulillah saya masih boleh bergerak walau menggunakan kerusi roda, sedang jiran  saya, hanya bisa berbaring di tempat tidur karena lumpuh."

Sementara di tempat yang lain , jiran yang lumpuh berkata dalam hati, "Alhamdulillah saya masih mampu beribadah dan bertaubat, sedang jiran saya mati dalam keadaan bermaksiat kepada Allah, Na'udzubillahimindzalik...."

Yakinlah sahabatku, ketika kita memandang segalanya dengan pandangan syukur, hidup ini akan terasa lebih nikmat dan indah.


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

16 GENTA RASA:

sonata anak kancil said...

sangat betul...sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita miliki....semuanya pinjaman buat sementara waktu....kalau dah pinjam lepas tu kenalah pulang kan???

imanshah said...

Kak Sonata, ahah pulang pada pemilik asalnya, Allah S.A.W

penjejak maya said...

salam,

seeloknya kita bersyukur dengan apa yang ada jangan kufur nikmat pula..

ikan emas said...

syukur apa yg ada...

n@m@n said...

sesetengah manusia memang susah nak puas dengan apa yang ada(diri sendiri jugak)

Areef Ibn Naim said...

Salam cikgu...

Alhamdulillah, sy dah blh masuk blog ni tanpa ada amaran malware...

maiyah said...

betul2 sy setuju.. rasai indahnya apabila syukur seikhlas di hati ;)

aRoL said...

Bersyukurlah dengan apa yang ada...emmm nak tambah skit bleh cikgu...nikmatilah sementara ada ha amacam..boleh ke gitu..hehe..

imanshah said...

Penjejak maya..semoga kita tidak kufur nikmat

imanshah said...

kak IE dan N@m@n..

Syukur dengan apa yg Allah berikan kepada kita hari ini

imanshah said...

areef, ahah semalam sehari xbleh masuk MALWARE punya pasal

wanshah said...

Salam cikgu, ape kabo?.. firstime masuk blog ckgu ni. terjumpa kat blog kak IE. best blog cikgu ni. ckgu mengajar kat SMK Tinggi Kelang ke?..

http://wanshah87.blogspot.com

eqbalzack said...

singgah sekali lagi cikgu...

kita dalam bidang yg sama...pendidik..hehe

"education is the most POWERFUL weapon which you can use to change the world"

minah leter said...

assalamu alaikum..salam ziarah..selamat hari raye ye..jemputlah datang umah,,hehe..kite bru belajar wat blog ni..silelah beri tunjuk ajar yer..tahun ni coklat kew,,??sedondon yer..?/heheh

imanshah said...

Eqbalzack..alhamdulillah bertambah sahabat padang yang sama

imanshah said...

minahleter..selamat berkenalan

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget