WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, September 19, 2010

TAKZIAH


Alfatihah, takziah buat anak muridku Amirul Fahmi, yang berusia 15 tahun telah kembali ke Rahmatullah pada hari Khamis yang lepas. Perasaan masih terkejut kerana beliau pergi dalam usia yang muda. Beliau terlibat dalam kemalangan teruk apabila kereta yang dipandu ayahnya bertembung dengan sebuah lori di Tanjung Karang.

Terkenang sewaktu menjadi wardennya, Amirul Fahmi mengalami masalah gatal-gatal yang teruk. Nak tak nak, sayalah yang selalu membawanya ke hospital, mengambil ubat.Mengajarnya menjemur tilam, membantu merebus pakaiannya kerana ibu bapanya jauh di Kuala Lumpur. Amirul juga mengalami jangkitan buah pinggang pada waktu tersebut sehingga dimasukkan ke hospital. 

Setiap hari, ibunya akan menelefon bertanyakan keadaan Amirul dan akhirnya kami berkawan rapat. Akhirnya Amirul dibawa keluar dari asrama dan bersekolah berdekatan ibu bapanya.  Namun, ajal maut ditangan tuhan. Ibunya kembali ke Rahmatullah beberapa bulan selepas itu.

Kini, setelah 2 tahun berlalu saya mendapat perkhabaran beliau telah pergi buat selamanya, mengikuti jejak ibunya. Hanya doa dapat cikgu iringkan semoga rohmu dicucuri rahmat, AMIRUL FAHMI.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

17 GENTA RASA:

ckLah@xiiinam said...

Innalillahi...
Takziah untuk keluarganya...
Takziah untuk cikgunya juga. Memang hiba kehilangan murid yang pernah kita rapati...

Mohamad said...

Salam,
Bersimpati atas apa yang berlaku. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi beliau. Alfatihah..

Azmi said...

o..cikgu..
kesian dengan nasib budak tu..
ajal maut tak sape tahu muda/tua

org kelantan ke??

imanshah said...

CkLah, saya masih terkenang saya pernah menyapu badannya dengan ubat gatal

imanshah said...
This comment has been removed by the author.
imanshah said...

Mohamad, tkasih, smg kita yang hidup selalu beringat

imanshah said...

Azmi..bukan orang kelantan, orang seberang Perak, saya mengajar di Ipoh..di Sekolah Asrama

eszol said...

inalillah

armouris said...

info tentang buah pinggang di SIHAT SELALU - Kegagalan Fungsi Buah Pinggang

sahromnasrudin said...

salam...trime kasih berkunjung ke blog sy..semoga sdra sihat sejahtera..blog sdra menarik dan penuh info..jadi, sy folo blog sdra ye..tenkiu

Tukang cerita said...

sayu hati membaca kisah hidupnya...
al~fatihah...
semoga dia ditempatkan dalam golongan yg beriman....

sonata anak kancil said...

takziah kepada ahli keluarganya...bekas anak murid saya pun meninggal akibat kemalangan beberapa hari lepas raya ( T2 )

Al-fatihah

mR.sYaH said...

takziah..

mmg akan teraskan bila org yg rapat dgn kita telah pergikan..

tp itu semua sudah ketentuan..

takziah sekali lg.. ;D

imanshah said...

eszol, thanks

imanshah said...

sahrom, smg kita boleh bersahabat

imanshah said...

armouris, saya dah lawat

wanshah said...

semoga roh amirul fahmi dan ibunye ditempatkan dikalangan orang² yang beriman. aminn.. bagusnye cikgu boleh rapat dengan student sampai macam tu skali. jarang boleh jumpa cikgu macam ni. kebanyakan guru skarang hanya mampu mengajar shj, tapi tak mampu mendidik. sebab tu murid² skarang liar nya lain dari murid² dulu kala. cikgu mengajar di ipoh ke?..

http://wanshah87.blogspot.com

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget