WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, September 5, 2010

TERKENANG

Hari ke-2 berada di kampung halaman. Nampaknya masih belum ramai orang-orang kampung di perntauan yang pulang ke desa. Pekan Tumpat pun masih belum lagi meriah dengan warganya. Mungkin sehari dua lagi keadaan akan mulai sesak dan memerlukan bantuan PDRM untuk mengawal lalulintas.

Bila berada di kampung, aku cukup terkenang kepada insan-insan yang pernah mewarnai hidup ini. Yang pertamanya sudah pasti arwah ayahanda yang baru setahun meninggalkan kami. Dan sudah tentu penduduk kampung yang dahulunya begitu rapat denganku. Maklumlah zaman kanak-kanak aku selalu membantu ayah mengerjakan sawah padi dan ladang tembakau. Aku banyak bergaul dengan penduduk kampung yang rata-rata sebaya dan lebih tua dari arwah ayah yang hampir semuanya bekerja sebagai petani. Namun kini hampir 80 peratus daripada mereka telah pergi bertemu Ilahi. Ada di antaranya sempat untuk aku bertemu mata sebelum kembali ke Rahmatullah, dan ada antaranya berita kematian aku dengar melalui telefon sahaja.

Apabila melihat kanak-kanak di kampung sendiri, ramai yang tidak dikenali dan tak pernah kulihat. Hurm, begitu cepat masa berlalu pergi. Generasi baru mulai mengambil tempat dalam masyarakat. Terkenang zaman kenak-kanak yang hampir semuanya kuhabiskan di sawah, di ladang dan di padang. Tak dapat digambarkan betapa seronoknya saat itu. Kini, penduduk kampung jarang yang bekerja sebagai petani. Alhamdulillah, ramai anak-anak penduduk kampung yang telah berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.

Hanya Al-fatihah yang mampu kuhadiahkan buat mereka yang telah pergi mendahului kita. Alfatihah buat ayahanda Abdul Ghani, Pok Teh Musa, Abang Hamid, Haji Mail, Nye Deris, Pok Su Nawi, Pok Teh Chek Ahmad, Hussin Jrah, Pak Cu Kob, Tok Wan Isa, Pok Ck Seleme, Pok Nik Ghoni, Pak Cu Rasyid, Pok Yih, Kak Zan, Pak Ngah Hussin, Pok Ya Kok Pinang, Tok Wan Harun dan ramai lagi..Sungguh aku terkenang!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

15 GENTA RASA:

ckLah@xiiinam said...

Alhamdulillah....sudah tiba ke pangkuan bonda.

Sekarang kalau balik kampun, jumpa budak-budak, tak boleh tanya ;"Ini anak siapa". Tapi kena tanya :"Ini cucu siapa?"

Kalau jumpa orang yang rambutnya mulai memutih, baru tanya; "Ini anak siapa?"

.......kerana ckLah sendiri pun mulai memutih kepalanya. He..he..

Tukang cerita said...

sama situasi dgn akak...
bila balik kg...dah ramai muka yg tidak dikenali...
yg tua2...semua dah tak de.....

imanshah said...

CkLah...memang setiap kali saya balik kampung, saya akan tanya, anak sapa ni bila tengok muka baru

imanshah said...

TC..terasa sayu bila memikirkan 10 tahun lagi mungkin giliran kita pula

ikan emas said...

seronoknyaaa dah sampai kampung

qamar_muneera said...

Salam ziarah. saya mohon kerjasama saudara. boleh tak tolong describekan pada saya keadaan sungai golok di tkabai-tumpat ini. maksud saya lebarnya, apa yang ada sekitarnya, aktiviti sekitarnya, bangunan yang ada d sekitarnya,dan ada x di situ berlaku penyeludupan dadah?

imanshah said...

takbai..hurm, sungainya taklah lebar sengat dalam 500 M rasanya, di sebelah malaysia ada Bandar Bebas Cukai Pengkalan Kubur serta perkampungan melayu then sebelah sana ada pekan takbai..di kedua kawasan (Malaysia dan Thai) ada kedai2 batu

imanshah said...

satu lagi soalan tentang penyeludupan dadah rasanya takda, marin dikawal ketat, tetapi selalunya penyeludupan bras banyak berlaku..untuk ke Takbai, boleh menggunakan feri atau perahu/bot tambang

Areef Ibn Naim said...

salam...

terima kasih atas ucapan tu...

sy pun ucapkan selamat hr ry, maaf zahir n batin wat cikgu...

raikanlah aidilfitri ini dengan rasa syukur...

terimalah kad raya istimewa dr sy di blog sy tu...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG

Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget