WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, September 4, 2010

TRAUMA BALIK KE KAMPUNG


Keadaan kereta saya yang hampir bersepai di Grik, Perak.

Hari ini saya akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta. Melalui lebuh raya Timur Barat merupakan satu kenangan yang tak dapat dilupakan apabila terlibat dengan kemalangan jalanraya yang sangat dasyat pada tahun lepas. Kemalangan ini telah hampir mengorbankan nyawa saya sendiri. Doakanalah semoga saya selamat sampai ke destinasi di kampung halaman tercinta, TUMPAT kelantan.. Kepada yang memandu pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah di jalan raya, dan ingatlah orang yang tersayang..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

12 GENTA RASA:

ikan emas said...

salam
selamat hari raya..
hati-hati,
kalau letih rehat dulu.

NuR said...

semoga selamat tiba ke destinasi...
baca doa byk2 sblm pulang ke kg...

Mama Hanim said...

Ya Allah.. cmne bleh jd cmtu? Semoga perjalanan cikgu slmt pergi dan balik.

- best nya buleh blk kelate awal2 gitu..

Dinas Aldi said...

Berhati2 di jalanraya, semoga dilindungi Allah & selamat sampai ke destinasi.

Shifu67 said...

bawok keto moolekk.... selamat hari raya

anyss said...

Salam,
Bawak kereta molek-molek...berhati2 di jalan raya. Malang tak berbau...ingatlah beraya di kg halaman.

Awalnyeee dah balik kg...adusssss teringat nak bukak pose dngan tuak hu huhu

imanshah said...

alhamdulillah, saya sudah selamat sampai ke kampung..terima kasih atas doa

ckLah@xiiinam said...

Alhamdulillah.....lega ckLah dengar Iman dah sampai kampung.....




.....tentu gembira bonda kan, ada tenaga lelaki untuk membantu menyembelih lembu, melapah daging atau mengacau dodol...he..he...

Selamat Hari Raya....

sonata anak kancil said...

alhamdullilah dah selamat sampai ke kampung...selamat hari raya

a kl citizen said...

alhamdulillah dah selamat tiba ya....

en_me said...

selamat hariraya abang pembawa rotan itteww..

Tukang cerita said...

sekarang dah smpai kan?
Alhamdulillah....
Selamat hari raya yea....

hati2 memandu....

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget