WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, September 22, 2010

WOW 29 RIBU SEBULAN?

Assalamualaikum buat semua. Hari ini di sekolah aku ditugaskan untuk menemuduga jawatan pengetua  Pengawas Pusat Sumber Sekolah bersama dua orang cikgu anak dara, Cik Lin dan Cik Fiza. Maklumlah jejaka terhangat di pasaran  hanya aku sorang guru Pusat Sumber lelaki..Pupus agaknya guru-guru lelaki yang gagah perkasa macam aku.huhu.. Dengan penuh semngat dan dedikasi, maka kamipun memulakan tugasan sebagai petemuduga. Wah mak engkau agak terkezut juga apabila calon yang datang 50 orang sedangkan kami hanya memerlukan 15 orang pengawas sahaja. Memang menjadi rebutan sungguh macam pisang goreng panas walau hanya pengawas Pusat Sumber Bestari ataupun orang putihnya panggil LIBRARIAN..


Ni gambar Cik Lin sedang menemuduga seorang pelajar Tingkatan Empat.Dengan semangat pelajar tersebut cuba mengayat meyakinkan Cik Lin supaya memilihnya. Katanya, 

 "Saya cintakan buku, tolonglah beri peluang kepada saya Cik Lin"

Biasalah kalau berjanjikan...kalau boeh bintang dan bulan nak diberikan pada penemuduga. Bila dah dapat? Huhu lu pikirlah sendiri..kerja malas, culas, semua lengkaplah..


Ni pula gambar salah seorang pelajar tingkatan satu. Masa nak snap gambarnya, boleh dia cakap.

"Cikgu jangan amik gambar saya..nanti cikgu masuk FB, cikgu dah ar ramai peminat kawan kat FB".

Bila masa dia selalu intai FB aku pulak. Hallo anak oi, ingat artis ka..haha kalau kamu tu Lady Gaga ka, Yuna ka, ok la jugak..haha..biasalah form one, malu tersipu-sipu, lidah kelu, tapi hati kata mahu, cuma takut kena boo..Bila dah naik tingkat 4 ke, tingkat 5 ke, mulalah panjang tangan akal..haha


Ni pula gambar tidur beramai-ramai pelajar yang nak diinterview. Kerana ramai sangat sampai tertidur semuanya. Maklumlah kalau sorang 10-15 minit, dah berapa lama kena tunggu. Kalau bulan puasa, takpa juga kalau tertidur. nak tahu apa jawab mereka..

"Namun sebab semangat nak jadi artis LIBRARIAN  punya pasal, kami sanggup tunggu cikgu, walau kami tertidur..Hi Tea kat Dining Hall pun dah habis, kami tak kisah.. Ni komitmen kami.." Kata merekalah..

Kata aku lak, "Kalau kamu semua nak pergi interview biasiswa ke untuk melanjutkan pelajaran, kalau tidur semua macam ni, mintak mahap, kirim salam maut  walaikumsalam buat kamu semua. Jangan harap nak dapat!!


Senyum lebar budak ni. aku suruh duduk tegak, namapun sekolah budak  lelaki. Inilah anak-anak murid aku..semuanya dididik untuk memiliki personaliti unggul agar suatu hari nanti bila melangkah meninggalkan alma mater ini, kelak akan menjadi warganegara yang berguna kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.


Dalam ramai-ramai pelajar, aku tertarik dengan seorang pelajar ini yang bercakap dalam bahasa orang putih. Antara intisari perbualan kami (diterjemahkan):



"Apa pekerjaan ayah dan ibu kamu dan berapa gaji mereka?"

Nak tahu jawapannya??

Ayah saya seorang Risk Manager di KWSP, mak saya pengurus bank...Gaji ayah saya RM 17,000, mak saya pula 12,000..wow??


Terlopong seketika..antara percaya atau tidak..namun itulah halikatnya!!


Mood..sedang mengira gaji setahun..haha. Apapun syukur denga apa yang ada, dan aku bahagia dengan apa yang ada..
TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

22 GENTA RASA:

Azmi said...

yes3..
bersyukur dgn apa yg ada..
eh kau rasa entri aku tu menjengah perasaan org lain tak??
keh3...takut jugak...
org cakap aku ni over plak..
xde la..sapai lecturer pun thu aku ada blog pastu cakap2 dlm kelas yg aku asyik main blog je...
study tak...

imanshah said...

Azmi, aku dah jawab dalam blog kau!!

luahfikiran said...

SALAM,
BILA BACA N3 INI, TERINGAT DULU2 JADI GURU. MASA TU X DE FB. TENTANG GAJI TU, KALAU BETUL ALHAMDULILLAH. LF GEMBIRA BILA ADA KAUM MUSLIMIN NI HEBAT2 !

imanshah said...

LF...MEMANG SEKOLAH SAYA RAMAI ANAK ORANG-ORANG KAYA, MEMANG KALAUJ TENGOK SLIP GAJINYA MACAM TAK PERCAYA, TAMBAH2 RAMAI PARENT YANG KERJA KAT LUAR NEGARA..

sahromnasrudin said...

salam ziarah..trime kasih berkunjung ke blog saya..saya folo blog cikgu ya

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

Wowwww
gaji saya setahun tuuu
Alhamdulillah
moga ada sedikit drp gajinya disalurkan kpd jln Islam

Wassalam

imanshah said...

Saharom..terima kasih..semoga dapat bersahabat

imanshah said...

Rozali, alhamdulillah semoga harta sedikit yang diberikan oleh Allah dapat kita gunakan fi sabilillah

Mohammad Aiman said...

xpe cikgu.. guru tu kan pekerjaan yng mulia..
golongan pendidik ni lah permulaan kepada orang2 hebat nih..

tanpa guru, tiadalah risk manager KWSP..
tanpa guru, tiadalah pengurus bank..
haha

iqbalsyarie said...

hihihi...terkenang kembali.hehe...dulu saya lgsung tak minat nak pegagang jawatan kat sekolah,tapi syukur alhamdulillah...walupun takde pengalaman yg banyak,tapi skrg takde masalah sgt bila diberi jawatan :)

iqbalsyarie said...

hihihi...terkenang kembali.hehe...dulu saya lgsung tak minat nak pegagang jawatan kat sekolah,tapi syukur alhamdulillah...walupun takde pengalaman yg banyak,tapi skrg takde masalah sgt bila diberi jawatan :)

imanshah said...

iqbal..sekolah lah madrasah kehidupan..tempat kamu mengenal erti hidup

imanshah said...

aiman my son...betul tuh, kamu esok2 dah bergaji besar jgn lupa guru2mu

a kl citizen said...

iman

yang penting, apa dia ada kita pun ada, dia ada hp, kita pun pakai hp jugak walau hp cap ayam, dia ada kereta kita pun ada kereta juga walau kereta cap bendera... kan...

anak2 orang susah ada tak kat sek iman tu? anak2 orang susah yang pandai2?

Tukang cerita said...

walau cuma bgaji 2.9k je (dia 29k...hahhahhahha), akak bersyukur dgn segala yg ada kini.. :)

aRoL said...

huh nak jadi pengawas pun kena intebiu ekk..bagus ler nanti tak tersalah pilih plak, betoi tak.hee..kat area saya ni pun slalu dengar gaji yang bagak2 ni, tapi tulah bersyukur dengan apa yang ada..

Adinda Amy Sensei said...

salam ...

saya nak bgtahu yang saya dah tuka url blog...
nanti tukar ke link url yang baru ni tauu...

http://kilauancintasangratu.blogspot.com

..selamat hari raya...

rainee said...

waaahhh... terkenang kenang zezaman sy menginterview jugak bakal2 librarians dengan Asyrafi :) Biasenye diaorang kantoi mase soklan
"kalau ade senior x byr dende buat pe?" Ade yg jujur menjawab, "sy tolong byrkan.." hahaha :PP
sorry bahasa sy teruk sbb first time komen ehem.. :D -DURA-

imanshah said...

Dura,,skrg saya lak kena jadik cikgu library

imanshah said...

Cik Amy, ok, nanti saya tukar link anda

Anonymous said...

kalau lah saya pun ada gji sbyk tu sebulan tak tau la cmne...tp sy syukur je apa yg ada...

Tilam said...

alau lah saya pun ada gji sbyk tu sebulan tak tau la cmne...tp sy syukur je apa yg ada...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget