WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, October 20, 2010

20102010..TIDAK INGIN MENJADI ORANG LAIN DALAM HIDUP INI

 hidupBeberapa hari sudah, kecoh orang bercerita tentang tarikh 101010...Maka berduyun-duyunlah posting berkaitan tarikh ini di tulis di blog-blog dan berkeliaran di dunia maya ini. Tak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk merakamkan detik-detik terindah sebagai raja sehari pada hari tersebut. Kemudian, hari ini muncul pula satu lagi tarikh yang sangat  indah 20102010. Aku pun terlupa akan tarikh ini.. 

Buat kesekian kalinya (bukan kali ini sahaja) , hari ini aku menerima teguran berkaitan blog ini. Tentang beberapa perkara yang dikatakan tidak MEMBANTU... Alhamdulillah, pertamanya aku seronok sebab blog ini walau tak sehebat blog-blog yang pupular di alam maya ini tetap dikunjungi oleh semua peringkat golongan. Dan sebagai penulis blog yang berlapang dada dan berfikiran positif, aku menghargai teguran yang diberikan. Biasalah, sebagai manusia kita terkadang terlupa betapa kita berhadapan dengan ramai  manusia yang memiliki pelbagai tafsiran dan pandangan. AKU MENGHARGAI.  Aku rasa aku masih memiliki kewarasan dan punyai sikap profsionalisme yang tinggi untuk terguran ini.

Aku seboleh-bolehnya cuba untuk  merahsiakan diri sendiri yang sebenar. Biarlah mereka mengenali diri ini melalui nama pena IMANSHAH sahaja. Meski mungkin ada dalam kalangan rakan-rakan bloggers yang mengenali diri ini selain tahu di mana tempat aku bertugas. Begitu juga HOK SENGOTI turut dikunjungi oleh bekas-bekas anak murid aku. Rasanya aku  cuba untuk tidak melibatkan nama tempat aku mencari rezeki, walau mungkin sedikit cerita yang aku sampaikan adalah berkaitan dengan tempat aku bekerja. Rasanya semua bersifat POSITIF serta berimformasi.. Sesekali aku MENJUAL nama alma mater ini supaya lebih dikenali dengan wajah yang positif dengan paparan kejayaan-kejayaan anak didik aku. Dan ternyata aku juga turut MEMBANTU dalam konteks ini..Walau meski mungkin  bantuan yang diberikan hanya berbentuk kecil..Dan tak pernah sekalipun aku mohon dihargai.

Lalu akhirnya aku menyedari betapa aku TIDAK DAPAT MEMUASKAN HATI SEMUA PIHAK.  Mohon maaf kalau ada yang terguris dengan posting-posting aku. Aku menulis dari hati. Dan TIDAK INGIN MENJADI ORANG LAIN dalam hidup ini. Ramai yang  bertanya kenapa HOK SENGOTI??? Itulah dialek kelantan yang bermaksud YANG BETUL/BENAR..Semoga aku terus bermotivasi untuk menulis!! Aku akan selalu positif atas setiap teguran dan pandangan. Percayalah penulisan yang lahir dari hati yang ikhlas dengan nawaitu yang ikhlas, akan sendirinya membuatkan kita selalu dihargai. Terima kasih buat rakan-rakan bloggers yang selalu MENGHARGAI blog yang biasa-biasa ini.


mood : AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA





Berkata benarlah walaupun pahit, itulah pesan salah seorang khalifah Rasulillah SAW yang mendapat jaminan berjalan di atas kebenaran iaitu Saiyyiduna Ali bin Abi Thalib KarramalLahu....


Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

29 GENTA RASA:

ckLah@xiiinam said...

...ckLah pun pernah kena. Tapi ckLah jawab...'ini bukan blog rasmi sekolah, tap blog seorang ckLah!


...dan akan begitulah seterusnya, selagi mahu dan berminat. Esok2 kalau dah hilang minat, berhentilah xiiiinam.


Cuma...walau apa genre, nada dan teknik penulisan ckLah, ckLah akan gunakan Bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya dari segi morfologi, sintaksis mahu pun simantiknya...

...itulah 'sedikit' sumbangan ckLah sebagai pecinta Bahasa Melayu yang mahu memartabatkan Perkara 153.

imanshah said...

salam CkLah..wah profile pic yang cantik..huhu

terima kasih atas pandangan itu

Fello Ariza said...

mule2 tertanye gak pe mksud hok sengoti tuh..huhu

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

saya beranggapan penulisnya orang Kelantan
he he

Wassalam

imanshah said...

Rozali dan Fello..ramai yang tak tahu maksudnya..betul lah tu dialek kelantan oleh orang kelantan..haha

lillies said...

biarla ape org nak kata..yang penting kita tau ape yang kita tulis dan cuba sampaikan...

kadang2 org x puas ati sebab ada PHD...tu aje...

yang penting nawaitu kita,...

imanshah said...

haha PHD ke??

Perasaan Hasad Dengki

makdara TERdiva said...

201010..x de yg istimewa pun...same mcm belog MDT gak..sape nak baca..bace..tak bace pun x pe..haha!

tp kat belog ni rupa2nya ramai cikgu yg jd blogger MDT kenal..cayalah!

SiNoMoSa said...

Salam Ziarah Imanshah,

Apa jua yang dititipkan dalam blog seseorang adalah hak mereka..
Jika sudi membaca teruskan..
Jika tidak kita pun tidak memaksa betul tak?
Salam taaruf dari sy..

imanshah said...

wah MTD...macam maktab tentera diraja pulak..tulah blogger cikgu ni ramai..dah jadi cam presatuan la pulak

imanshah said...

Sinomosa

saya sangat bersetuju...saya menulis bukan kerana nama..
terpulang kepada penerimaan masing2

semoga bisa bersahabat

Atikah said...

Salam Cikgu Iman,

Itulah resam bloging... :)

cikgu... nampaknya 20.10.2010 ada 2 entry... hehehe

imanshah said...

atiqah..terima kasih, ahah selalunya saya 1 entry sehari, TERLEBIH sudah

Gelombang Rakyat said...

Salam Perjuangan,

Blog Gelombang Rakyat ingin mengucapkan SYABAS kepada Tuan yang berjaya menghasilkan sebuah blog yan begitu mantap dengan artikel2 yang bernas.

Di harap dapat memberi tunjuk ajar mengenai cara penghasilan artikel yang mantap.

Saya tlh linkkan blog Tuan di dalam blog pilihan di blog saya..


SEKIAN, SALAM KASIH IKHLAS DARI,

Melayu CinDia
Blogger Gelombang Rakyat

Ummi Humaira said...

salam Iman...

harap2 yg bersahabat di alam maya ni baik2 belaka hendaknya...

sonata anak kancil said...

ade aku kisah? hahaha ini ayat sorang cikgu AZ jika selalu ke blognya...baru lah saya tahu makna HS...nak tanya tak berapa rajin ! kdg2 ade tanya jugaklah....

sy pun tak ambik port orang kata...kita punya port - ikut kita lah kan...dan...saya tak cukup masa nak ambik kisah hal orang !

sabo aje le cikgu...

Un Phat Lee said...

teruskan berblogging cikgu.gua senantiasa support lu. XD

bUdAk kEnTaNg said...

kalau saye jd cikgu pun saye bangga... bkn mudah nk jd pendidik.papepun blog cikgu mmg mantop n tiptop...byk pengisian dr auta.. hehe.. chaiyokk

nabilah_2908 said...

ragam manusia ni pelbagai...yg paling sakit bila nak melayan org yg PHD nya yg tinggi...itu salah..ini salah...padahal...dia cemburu dgn apa yg kita ada...pedulikan saja kata2 sumbang itu.. ;)

p/s : baru tahu maksud sebenar HOK SENGOTI itu.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak,
FAKE IDENTITY

Dinas Aldi said...

haaaaah dah tau dah maksud hok sengoti!
ala dik Iman, ini macam cerita pokcik jual ikan tu laa kan, memang kita tak dapat puaskan hati semua orang. jadi kita buat yang terbaik sajalah.
akak pun sama, "tak ingin menjadi orang lain dalam hidup ini". aku hanya ingin menjadi dirikuuuuuuuu, ngeh ngeh

imanshah said...

Gelombang rakyat..terima kasih atas kunjungan..

insyallah saya akan linkan blog tuan

imanshah said...

ummi..insyaAllah kita semua bersahabat atas nama persaudaraan islam

imanshah said...

Kak Sonata..alhamdulillah, saya pun dah malas nak menajaga hati orang..asyik kita yang kena kan

imanshah said...

Un Phat Lee. tkasihhh

support m slalu lah datang umah gua ni!!

imanshah said...

Nabilah...

Ramai yang tertanya2 maksud HS..alhamdulillah ramai yang telah memahaminya

imanshah said...

Hysman @ budak kentang..terima kasih..yang bangga tu "banyak pengisian dari auta"" haha

imanshah said...

Kak Dinas..kita sama kan..

haha wah ingat lagi dengan cerita kisaha penjual ikan tu

gabbana said...

pedulikan apa yg orang cakap cikgu. penat dan amat mengganggu jiwa dan fikiran apabila kita sibuk nak puaskan hati semua orang. Saya faham perasaan tu sebab saya pun macam tu juga.. -___-"

Teruskan menulis cikgu! Quoting yourself, kalau seorang pun yg dah terkesan dgn penulisan cikgu, itu dikira sbg satu kejayaan, kan..?

Allah tidak melihat pada kuantiti, tetapi kualiti! ;)

Cheerios!

imanshah said...

Gabbana, thanks..kamu emmberi inspirasi buat cikgu..

cg akan selalu ke Angels Pakai Gucci kerana cikgu ketemu "sesuatu" di rumah mu itu

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget