Salam, petang ni takde sangat berita nak kongsi, sekadar satu cerita yang tak dapat dilupakan..Pada minggu sudah sewaktu menghadiri majlis konvokesyen adik bongsuku, aku disuruhnya pakai baju merah atau oren..Katanya ada tema. Wah sekarang ni semua nak bertema-tema pulak. Birthday ada tema, majlis kahwin pun ikut tema. Makanya sebab nak meraikan "kanak-kanak" terakhir dalam keluarga yang menerima ijazah, aku keluarkan sedikit wang untuk majlis tersebut. Yalah bukan selalu terima ijazah kan..Aku habiskan sejumlah wang di pasaraya untuk membeli kemeja dan seluar jeans baru..
Aku memilih untuk membeli kemeja petak-petak warna merah. Rasanya dengan harga tu kira berbaloi lah juga. Kira ada brand la jugak, MILANO. Nak dijadikan cerita, sampai di UPSI adik-beradik dan ipai duai yang lain tidak lah pulak berbaju merah. Alamak terkena aku..Mak je yang berbaju merah. Selepas tu, tanpa disangka-sangka, aku ternampak satu susuk tubuh manusia tidak jauh dari tempat aku berdiri. Alamak, kenapa bajunya sama dengan baju aku?? Adoi, aku memujuk diri sendiri. Dia student UPSI kot. Kejap lagi dia balik la ke kolej dia. Aku seperti biasa cover macho dan buat-buat tak nampak.
Kami menunggu majlis tamat pada jam 5.00 petang. Usai sahaja majlis, kelihatan para graduan berjalan keluar dari Dewan dengan senyuman hingga ke telinga menuju keluraga masing. Tiba-tiba satu adengan yang tak ingin kita lihat terjadi. Rupanya mamat yang pakai baju tadi, sedang berada dekat sangat dengan aku. Dia juga menunggu ahli keluarganya yang baru selesai konvokesyen. Merah padam muka aku. Dalam kesibukan lautan manusia petang itu, dia boleh ada di sebelah. Dah la baju sama, seluar pun warna sama.
Dalam hati aku berkata ...." Ala mamat ni, sama la pulak, napa lah adik kau konvo sama ngan konvo adik aku..." Aku cepat-cepat mengajak ahli keluarga untuk mengambil foto jauh dari tempat tadi. spoil sungguh, hilang mood hari tu.. haha. Satunya sebab ada orang pakai baju yang sama. Ni kira insiden yang pertama pernah aku lalui. Keduanya, masam muka aku bila diketawakan oleh keluarga aku.. Tak habis-habis aku diketawakan pada petang tu. Tapi syok juga bila je terpandang foto yang doambil petang itu, aku tertawa sendiri. Inilah sahaja kisah aku kali ini..
Mood : Pakai baju hijau sebab ada program tanam pokok ...
26 GENTA RASA:
salam ziarah..aku minta maaf atas fakta yang salah dlm entri aku sebelum ini...:-(
salam...
zaman dah maju mcm tulah...hehe.
bagus juga kalau ada tema2 ni kan..
eh...? so apa sebabnya adik cikgu soh pakai baju merah..? dia nak kenakan cikgu ke apa..?
Salam...
Kalau pakai baju melayu merah lagi segak brother...:)
sebenarnya kan...saya sgt x faham kenapa orang selalu malu kalau ada orang yang pakai baju sama dengan kita..
akak plak x kisah kalau terjumpa dgn orang lain yg berbaju sama dgn akak. yg penting, siapa yg nampak lebih vogue dalam baju tu, warghkahkahkahkah! yg benornya, dah 'ter'sama, buat selamba ja, x payah nak malulah.
err, kenapa tiba2 ada 'penafian' plak tu?
kalau nak tau. sy ade baju kemeja macam tu sebijik.. sy slalu pakai ngan jeans biru muda..
harap2 kita x bertembung ye kat luar... haha
hahaha.... padan muka, ...akak pun dah pernah kena, betullah tak best sangat bila ada orang yang pakai baju sama macam kita.... perasan org lain macam senyum2 saja kat kita ..
haha.. sy pon tak suke kalo jumpe org yg pakai baju same. even pakai tudung yg same pon tak suke jugak.. tapi nk wat cmne kan.. buat2 cool je la. hihi.
Assalamualaikum Iman
salam ziarah
janji ada pakaian
Wassalam
sahromnasrudin..takde hal lah..chill sudah..seronok dapat geng bloggers ni..kita kawan ..
sekamarrindu..haah kami di tempat kerja selalu je pakai tema2 ni..hari ni pakai baju hijau
gabbana..haha memang dia pakai baju merah..tapi adik beradik saya yg lain tak pakai
Abd Razak..alamak, sorang2 pakai baju melayu macam pelik je
norfaridahhanum, senang je..kalau org tu kita kenal, dah kita dah janji rasanya takde masalah..tapi kalau kita tak kenal, then kawan2 pulak dok sindir2..malu lah jugak
Dinas Aldi..haha kakak la yang paling vouge..kahkah
erg..penafian? adalah
Aiman..jom pakai kalau datang sekolah nanti
ibuintan...redha jelah..Allah dah tentukan.haha (menyorok dalam tandas))
soffea..kebarangkalian perempuan pakai baju sama lagi besar kan..haha tambah2 tudung
Rozali..huhu..yela2..alhamdulillah, saya ada pakaian.hehe tutup aurat tu..hha
takpe2 namepun baju.takkan kat kedai die jual sehelai je.ehe XD
Un Phat Lee..
Haha betoi2...
banyakkan baju yg sama kat kedai tu
salam...
drop here baca entry n follow,jemput ke sinar raudah ye
hahahaha....
skali sekala nk masuk prtandingan boria anak tanjung.. hehe... best tuuu
Cik Amy, terima kasih, insyaAllah saya akan ke sana
Budak Kentang, saya ni pernah masuk boria sekolah rendah, tapi biasalah org kelantan mana reti berboria..haha kalah
Post a Comment