WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, October 31, 2010

AHAD YANG BEREMOSI..DOAKAN IMAN BU

Hari ini aku tersentak lagi..tiba-tiba pertanyaan dari seorang anak muridku yang naif tapi begitu tulus mengusik emosiku.

"Bila lagi cikgu? Kami nak tengok cikgu bahagia..Janji dulu sebelum kami habis SPM? "

Untuk kesekian kalinya aku gagal menepis pertanyaan tersebut. Kubiarkan persoalan itu terus berlalu tanpa jawapannya. Persoalan itu hanya mampu kujawab dengan pandangan sayu dan meninggalkannya tanpa sepatah jawapan. Maafkan cikgu duhai anakku..Persoalanmu itu tiada jawapan dariku. Namun ternyata ada manik-manik jernih jatuh di sudut hati.  Lalu aku cepat-cepat memujuk hati.

Entah kenapa, dua tiga purnama ini hati sering sayu mengenangkan hidup ini. Semalam hati tersentuh bila seorang rakan bercerita pasal tunangannya.Haha entah kenapa hati lelaki yang kuat ini, gagal membendung emosi apabila bercerita pasal jodoh kali ini. 

Bertemu ibu, serigkali persoalan sama diajukan. Sabar bu, anak bujangmu masih mengumpul kekuatan untuk membina hidup baru. Walau mungkin di sebalik wajahmu ada sekelumit harapan untuk melihat anak lelaki bongsumu ini menempuhi alam berumah tangga, kupasti masanya akan tiba bu. Aku tak ingin sesekali menyakitimu, tapi berilah anakmu ini sedikit ruang waktu untuk membina semua keyakinan diri.

Bukan aku tidak cemburu, atau tidak beremosi melihat adik beradik dikurniakan keluarga bahagia, suami penyayang, anak-anak yang keletah..Bukan aku tidak betah melihat teman-teman sepermainan sudah memiliki anak-anak yang sudah bersekolah..sedang aku?? 

Ya Allah adakah masa semakin suntuk untukku??
Doakan iman bu...



TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

34 GENTA RASA:

Tukang cerita said...

mahukan bantuan akak ke?
:)

Izzah Al-Maliziyyah said...

"Telah pasti datangnya ketetapan Allah, maka janganlah kamu meminta agar disegerakan (datang)nya." [an-Nahl:1]

Tambahan: Sabarlah cikgu, ketentuanNya pasti terjadi bila sampai masanya~

imanshah said...

kak nurul..ehem2...kalau ada apa salahnya kan..uwekk

imanshah said...

izzah
saya percaya dengan takdir allah

Dinas Aldi said...

wah x sangka emosi jugak adik akak ni tentang hal ni ya.

cheer up, it will happen when it's supposed to happen, Iman. have faith in Him.

Idalara said...

tersentuh hati membaca luahan hati imanshah..

"anak bujangmu masih mengumpul kekuatan untuk membina hidup baru. "

teruskan berusaha,berdoa dan bertawakkal muga kehidupan baru yg lebih bermakna ditemui bersama sidia yg dijanjikan Allah buat Iman..jgn hampakan harapan seorg bonda sementara bonda masih berada di depan mata..

abid_PM said...

istikharah :D

semoga dipercepatkan Allah :D

sonata anak kancil said...

salam...itu semua mainan perasaan! belum bertemu buku dengan ruas...pi cari - ade tu - ramai yang sesuei...
kat melako pun ado wehhh! ngeh3x

semoga bertemu dengan yang terbaik...insyaAllah.

imanshah said...

Kak Dinas..tq

kadang2 kerja saya ni selalu menghiburkan orang je..haha

hati sendiri tak terhibur

imanshah said...

Kak Ida..memang saya tak ingin hampakan harapanibu..huhu

susah juga nak memilih kan..haha

imanshah said...

abid..tq kau tak pernah putus doakan gurumu ini

imanshah said...

kak sonata..haha kata2mu buatku tersenyum dan terhibur malam2 ni

ada ke oghang melake nak kat saya..haha

tapi saya belum desprate lagi tau..

kuikui

sahromnasrudin said...

salam bro..nasib baik adik aku dh nak bertunang..kalau tak, leh aku kenalkan huhuhuhu

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam ziarah..

nampaknya kak kena buat entry nie...carikan calon untuk iman...

mana tau..dapat solehah...heheheh

imanshah said...

sahrom..hehe alahai melepas nak jadi adik ipaq hang

imanshah said...

kak ayu

alahai jangan lah nampak cam desprate la pulak..haha

gabbana said...

kalau saya ni yg dah beribu kali org tanya benda yg sama, cikgu apatah lagi kan..?

sabar je la. berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. dan berat lagi hati yang menanggungnya.

yakinlah dengan perancanganNya. Pasti Dia ada sesuatu yg lebih baik ntok cikgu. ;)

allahu a'lam.

MSOM said...

Semoga Sdra memperoleh jodoh dalam masa terdekat ini. Hensem2 tu tak kan tak ada orang suka dalam diam? Chewah.

imanshah said...

gabbana..ai muda2 dah kena tanya ke..apapun akmal hashim terbaik..

haha

macam tak caya

imanshah said...

MSOM

haha ntahlah nak harap muka je skrg susah

haha kena ada banyak kualiti lain baru golongan hawa minat..chewah

ibuintan said...

Jodoh pasti datang bila tiba waktunya, teruskan usaha....

takpun boleh juga jadi anak saudara ibu..

imanshah said...

ibuintan..

wah offer baik punya

Un Phat Lee said...

ye cikgu bile lagi?(hehe saje tambah pressure)

gua doakan cikgu cepat dapat jodoh.amiin. B)

amirul said...

banyakan doa dan sabar... :)

Abd Razak said...

Salam...

Insya Allah, tiba masanya akan datanglah jodohnya..

imanshah said...

fadlee..hehe kau memang raja preasure

imanshah said...

amirul

tq bro, insyaallah

imanshah said...

ustaz razak

tksih ustaz, moga doa ustaz itu mengiringi saya

en_me said...

kawen sodapp tau cekgoo.. ekeke

sekamar rindu said...

salam..


moga cikgu iman beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat..amin

imanshah said...

en_me..

haha lawak2..sedap makan kfc lagi kot..haha

imanshah said...

sekamar rindu..

terima kasih atas doa untuk saya

Azmi said...

haha...rilek bro.....ada jodoh ada la tu....

imanshah said...

azmi, aku rilek lah ni..kau tak nampak ka..?haha

anyway lama ang tak muncul

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget