WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, October 12, 2010

ANDA SEPERTI SITI?


Kisah yang ingin aku paparkan aku ambil dari MUKA BUKU (FB) seorang rakan. Alhamdulillah, beliau izinkan untuk dikongsikan di blog ini..Tak tahulah jika para pembaca semua dah dapat cerita ini. Ambillah sedikit iktibar dari kisah yang satu ini.

......Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.

Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok. Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya. Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.


Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”


Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”


Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”


Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.


Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.


Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.

Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

34 GENTA RASA:

Muhammad Azli Shukri said...

salam, blog ini sudah dipaut.

imanshah said...

Saudara Azli, TQ..saya akan paut blog saudara..tq bro

Fauzzan Helmy Anuar said...

Cinta tu tak perlukan sebab
=)

soffea said...

ya Allah, touchingnye~ huhuhu..


nak share jugak. nak mintak izin siapa ya?

sonata anak kancil said...

seorang jurutera tapi bahasa - masyaAllah ! saya dah tua2 ni susah jugak nak faham bahasa puitis penuh bemakna ni....agaknya suami ini seorang jurutera seni kot !

Tukang cerita said...

dah byk kali baca coretan ni...
tp, masih juga bgenang airmata tiap kali membacanya...
alahaiiiiii.....

++:::dY[a]::::++ said...

sayang tak perlu sering diungkap..
bimbang hilang manisnya..
haha..

sahromnasrudin said...

salam ziarahg..dah baca dlm blog kyuubi_85

lillies said...

wah..!! terharunye baca penjelasan husband si Siti tu...kasih dan sayang x semestinya diungkapkan dengan kata2...kadang2 perbuatan kita tu dah cukup utk meluahkan rasa sayang kita pada seseorang...cuma, samada disedari ataupun tidak je....

i wish that my prince charming is like that....tapi x muncul2 pun..hehehe....

ckLah@xiiinam said...

Mencintailah...kalau mahu dicintai!



;)

imanshah said...

Fauzan..
kenapa cinta tak perlukan sebab?

imanshah said...

Soffea..

copy je..tuan dia yg suruh sebarkan

imanshah said...

kak sonata..

Dr Hashim Yaakub, bekas NC UM, juga berjiwa seni..walaupun seorang doktor gigi asalnya..huhu

imanshah said...

nurul hamiza, u memang ratu air mata nyah!!

imanshah said...

diya..apa salahnya kalau selalu ungkap..baru bertambah kasih, menggunung cinta, berladung bahagia

imanshah said...

Sahromnasrudin..saya tau dah bnayak coretan ni kat FB dan blog..sekadar sharing je

Rozali said...

Assalamualaikum Iman


seronok membacanya

Wassalam

imanshah said...

Lilies..lain orang lain tindakan..ada org yang tak suka berkata-kata romantik, tapi dalam hati terlalu menyayangi..namun jangan tertipu kalau ada yg manis di bibir sahaja, di belakang pasang DUA!!

imanshah said...

CkLah...wah terkenang lagu KRISDIYANTI..MENCINTAIMU

Azmi said...

aku dah baca....memang meyentuh jiwa kalbu aku la...

Adinda Amy Sensei said...

salam tuan putera...hehe..

apa khabar..
moga sihat selalu..
terima kasih dtg komen ye..
senyum2 selalu di esok hari..

imanshah said...

Rozali..tq berkunjung, nampaknya bro razali tak pernah gagal komen entry saya

ummuaimi said...

Imanshah, boleh digunakan nanti bila memasuki alam tersebut kan....life is like that..

imanshah said...

Amy..saya sihat alhamdulillah, kau yang jarang mengupdate blog..wah selalu rindu pada kekasih hati ya??haha

imanshah said...

ummuaimi..insyaallah, jika memasuki alam perkahwinan, ingin menjadi suami terbaik, ayah terbaik

imanshah said...

azmi..

kan..@

Darkbatman said...

kdg2 cinta 2 hanya hati yg dpt luahkan segalanya..kdg2 dlu bile tgk gf wt xtau aku salu pk ''dia dh syg aku'' tp biler lame ak duk jauh, nampak dia lebih care.. ape pun,hargai insan trsyg

Atikah said...

Salam,

Cinta tak perlukan sebab... kerana cinta lahir dari hati yang tulus ikhlas.. sebagaimana CINTA kita pada pencipta... begitulah juga cinta sesama manusia... Andai cinta bersebab? pincanglah kehidupan... :)

imanshah said...

Darkman..semoga kamu nbahagia bersama pacarmu itu

imanshah said...

Atikah, owh begitu...betul juga kalau cinta kerana harta, harta boleh habis, cinta kerana rupa, rupa kerepot kan..hurm, cinta ilahi itu yang hakiki

MakModen said...

Very touching...  no other words to describe my feelings right now... Terharu nye...

gabbana said...

ok mcm over dan malu nak ngaku takut hilang kejantanan nanti. tapi sumpah mata berkaca bila baca ni.

hihihi..

imanshah said...

makmoden..terharu juga..terima kasih jenguk blog aku

imanshah said...

abid @gabana..kau memang berkaca mata, apapun takpe kalau tersentuh, terharu dengan kisah yang boleh jadikan sempadan...

so, camner pengajianmu di sana??

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget