WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, October 13, 2010

GURU PALING POPULAR?? TAK MERASALAH JAWABNYA

Assalamualaikum W.B.T..jam sudah menunjukkan jam 1.30 pagi, proses menanda kertas exam sedang rancak berjalan..dah lenguh tangan rasanya, mata juga begitu, keletihan yang amat..melihat tulisan student seperti cakar ayam yang pelbagai ragam menyesakkan bukan sahaja mata, tapijuga  jiwa..kalau ada depan mata, nak sahaja aku cubit-cubit tangan mereka..Rehat sekejap, belek sana-belek sini, godek sana, godek sini, ngendap sana, ngendap sini, akhirnya aku terjumpa gambar ini..


Gambar je pun..jangan la meluat tengok gaya dan aksi aku yang macam tak sedar diri tu..Umur dah senja tapi gaya cam budak sekolah..Akulah yang pakai baju putih tu. Tersengeh macam kerang busuk tu..Apa yang pasti aku sangat suka gambar ini. Gambar ini diambil di Villa Hadriana,  Tivoli, Itali sewaktu aku ke sana bulan jun lepas. So, motif sangat kan aku publish gambar ni??  Tidak bermaksud untuk menyatakan bahawa akulah guru terbaik, akulah guru yang disayangi pelajar, akulah model guru malaysia.. Mohon maaf semuanya kalau terasa.


Kata orang gambar membawa sejuta makna. Macam-macam tafsiran dan intrepertasi yang boleh didapati dari sekeping gambar. Kalau kita melihatnya dari sudut positif, maka insyaAllah maka ianya akan membawa manfaat. Jika sebaliknya, maka hanya celaan, kutukan yang akan dihamburkan. Tapi tak kisahlah, ADA AKU KISAH?

Aku nak interpretasikan gambar ini begini...Sebagai guru, kita seharusnya bijak meletakkan diri kita dalam apa jua keadaan. Kadang-kadang kitalah sahabat kepada murid-murid kita..kitalah abang, sebab nak ngorat kakak dia...kitalah teman...tapi dalam masa yang sama, kita juga bapa atau ibu, bukan sahaja MELINDUNGI dan MENYAYANGI, namun kitalah yang memegang ROTAN KETEGASAN..tiada kompromi dalam apa jua tindakan yang menyalahi peraturan dan disiplin.

Saya memiliki sedikit pengalaman  sebagai warden dan guru displin, iatu kira-kira 7 tahun (baru 8 tahun dalam perkhidmatan)..Jawatan yang agak "fobia" bagi sesetengah guru..Namun jika kita berjaya handle dengan profesional , insyaAllah istilah benci , meluat, akan hilang dengan sendirinya...Alhamdulillah, kita akan dihargai dan dicari walaupun pelajar kita jauh berada di seberang benua..Tak terucap dan tak terkata, walaupun tanpa hadiah dan cenderamata yang beribu harganya, namun sekadar ucapan "TERIMA KASIH KERANA MENJADI CIKGU  TERBAIK UNTUK SAYA"


Bukan award artis paling popular ABBP BH ataupun Vokal Artis Lelaki Terbaik Di Dalam Album..Hanya award yang diberikan oleh anak murid aku, yang awalnya begitu naif, namun membesar menjadi warga negara yang cukup berguna kepada agama, bangsa dan negara. Ianya cukup berharga dan tidak ternilai dan berada di tempat yang teristimewa di dalam hati...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

22 GENTA RASA:

::FAIZ FARISH:: said...

nice

Atikah said...

Salam,
wah.. dpt award gitu...

Darkbatman said...

cz cikgu, kita berdiri sebagai manusia yang bergune.. tp aku xsempat nk g skola skg..

Mohammad Aiman said...

woah.. medal tu rm30 tuh.. kat kedai gift shop jj ade jual..
^_^

imanshah said...

Faiz..thanks

imanshah said...

Atikah..haha budak2 bagi je

Dinas Aldi said...

tahniah Iman kerana dihargai pelajar. hargailah mereka yang menghargai dirimu kerana bukan semua pelajar bersifat demikian.
err, skema semacam pulak komen akak ni, rasa macam bukan diriku yg berkata2 ini..kahkahkah! tapi tetap ikhlas.

imanshah said...

Aiman..wah siap bagi harga lagi kau ye..huhu nanti nak beli banyak2 kat JJ

imanshah said...

Darkman..bz manjang, tapi cuba dapatkan FB bekas2 guru kau, sesekali jenguk2 lah dia kat FB, itupun dah memadai

imanshah said...

Dinas..skema ke??kuikui..

Alhamdulillah, dalam setipa diri pelajar sememangnya depa ada idola masing2..

en_me said...

fofulerr kanns.. ehehe

imanshah said...

en_me..haha very the fofuler

Azmi said...

tahniah utk kau..eh umur kau dah brape???
busybody

lillies said...

wah..!! bestnye dapat award....betul tu...bila kita jadi guru, biarlah yang dapat MENYENTUH jiwanya...sebab walau sejauh mana kita pegi, segarang mana pun kita murid kita tetap akan cari kita...

guru popular tu x penting...yang penting kita sentiasa di hati anak2 murid...

sahromnasrudin said...

awak patut dpt anugerah guru cemerlang :-)

imanshah said...

Azmi..dah masuk 30 tahun ni..takpe bz body tu bagus

imanshah said...

lilies..aku tahu kau juga guru yang tegas, namun kau juga penyayang di setiap ketegasanmu..

imanshah said...

shahromnasrudin..tq bro, jadi azimat tu

soffea said...

bestnye dpt award ;)

imanshah said...

soffea..tq..awak pun boleh dapat

wanshah said...

haa.. ada niat tak baik tu ckgu. nak ngorat kakak student ek?.. heheh.. guro jer. mana dapat award tu ckgu?.. student bagi ke dapat waktu gi italy haritu?.. =)

Jom melawat sini...
http://wanshah87.blogspot.com

imanshah said...

wanshah..murid saya bagi...mana ntah deme beli

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget