WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, October 21, 2010

BAWAK-BAWAKLAH BEREHAT


Malam ni sambil-sambil melayan Muka Buku (FB), aku di tag dengan kartun yang sangat kreatif ini. Terkenang tuntutan yang dibuat oleh Saudara Omar Osman, Presiden CUPECS. Sebagai penjawat awam yang boleh dikira baru (8 tahun) saya punyai pandangan tersendiri. Aku sama sekali TIDAK BERSETUJU dengan tuntutan ini. Makanya, aku gariskan bebrapa sebab mengapa aku tidak bersetuju dengan tuntutan ini.

1) Akan menghalang orang lain dari naik pangkat. Selain itu juga, ianya akan turut menghalang anak-anak muda yang baru nak berkhidmat dengan kerajaan dari memasuki alam pekerjaan. Kerana apa? Kerana tempat mereka masih belum boleh diisi jika kerajaan menerima tuntutan ini. Sedangkan anak-anak muda yang baru menamatkan pengajian mereka sangat memerlukan pekerjaan. Saban tahun kita dapat saksikan betapa semakin ramai anak-anak kita yang berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Justeru, berilah peluang kepada mereka membina kerjaya dan ekonomi mereka seawal mungkin.

2) Produktiviti pekerja di usia  60 juga akan berkurangan. Masa ni sendi-sendi mula lemah, mata pun dah mula kabur, telinga pun dah kurang fungsinya. WAH SEDAP BERCAKAP MACAM KAU TU AKAN MUDA SENTIASA!! Maaf bukan nak memburukkan keadaan atau nak menidakkan keupayaan orang-orang lama kita kerana aku juga akan menempuhi saat yang sama..namun itulah hakikatnya. Rasanya tanyalah kepada rakan-rakan sejawat kita yang usia mereka telah melebihi separuh abad, pastinya jawapan yang diberikan.."Saya tak mahulah sambung, dok rumah nak buat amal ibadat pulak". . Ataupun mungkin juga ada yang nmahu berehat kerana tak sanggup lagi berhadapan dengan tekanan di tempat kerja...

3) Walaupun tuntutan ini hadir dengan opsyen iaitu terpulang kepada individu, namun tidak mustahil akibat dari pengaruh rakan-rakan yang sama usia, mereka akan memilih untuk bersara pada usia 60. Buktinya, kebanyakan kakitangan awam memilih untuk bersara pada usia 58 setelah opsyen diberikan oleh kerajaan dalam memenuhi tuntutan CUEPECS 3 tahun yang lepas. 

4) Tidak mustahil selepas ini, CUEPECS akan membuat tuntutan yang baru pula selepas tuntutan ini diterima. Saya bercakap berdasarkan fakta, dari 55, ke 56, kemudian ke angka 58. Dan sekarang 60. Tak mustahil kan angkanya berubah kepada 62 selepas ini?

Bagaimanapun, sebagai kakitangan kerajaan yang baru atau orang-orang muda seperti aku, kau dan mereka, kita tidak sesekali ingin menidakkan sumbangan, peranan dan bakti yang telah dicurahkan oleh orang-orang lama . Tanpa yang lama, tak mungkin wujud yang baru. Sebelum mereka "log out" untuk hari yang terakhir dalam perkhidmatan mereka, timbalah sebanyak mungkin ilmu, kemahiran dan tunjuk ajar dari mereka.

P/S..sepanjang 8 tahun berkhidmat, saya dah menganjurkan majlis untuk 5 orang sahabat yang telah pencen!! Apa khabar agaknya Pak Pin, Haji Zakaria, Haji Syukor, Puan Umaimah dan Ustaz Mohtar..




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

12 GENTA RASA:

ikan emas said...

IE PUN TAK SANGGUP NAK KEJE SAMPAI 60..BUAT KENA MARAH DEK ORG MUDA AJE...NANTI KENA LETAK AMBULANCE KAT DEPAN PEJABAT

imanshah said...

kak IE..adei tu le, sian drebar ambulance

Mohammad Aiman said...

semoga panjang umur untuk menempuh hidup tua kelak.. insha allah...

imanshah said...

aiman,,,alahai takut tak sempat..

lama tak jenguk cikgu?

sahromnasrudin said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Dinas Aldi said...

akak pencen 56, takkan ubah dah, no way! yg akak tukar ke 56 tupun dah rasa macam silap besar dah. dulu masa tukar tu muda belia lagi so rasa bersemangat bebenor la nak keja masa tu, kehkeh

imanshah said...

sahrom, huhu ntahlah..sabaq2

imanshah said...

kak Dinas..saya pun setakat 58, huhu lambatnya lagi nak capai umuq 58 ada 28 tahun lagi tu..adei penat la macam ni

Idalara said...

Akak rasa pun tk sanggup nk keja smpai usia gitu..skrg ni pun rasa dah letih hari2 hadap pc dn segala macam mslh keja..cukup2lah sekadar usia 56 saja..kira ok dah tu..

rasa2 mcm nak pencen usia 50 je..dpt epf..tggu anak2 study..dok rehat2 dan beramal ibadat.

imanshah said...

Kak Ida..saya sangat memahami, tambah2 kakak lah emak, kakaklah bapa pada anak2..semoga tabah mengharungi hidup sebagai ibu tunggal

Atikah said...

Salam cikgu,

Hehehe.. lawak ler kartun tu....

sy kerja sendiri... so, rasanya pencen bila izrail datang memangil...

imanshah said...

Atikah, kerja sendiri kan lebih baik dari kerja ngan orang..

huhu

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget