WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, October 24, 2010

BERHUJUNG MINGGU DI BANDAR DI RAJA

Salam siaran dari Bandar Di Raja Kuala Kangsar. Daulat Tuanku, semoga terus kekal bersemayam, memayungi negeri Perak Darul Ridzuan. Sebenarnya aku sudah tiga hari bertapa di Kuala Kangsar, Perak. Namanya Bandar Di Raja, bukan raja yang minta aku mengadap, tapi aku ke sini demi tuntutan tugas pada negara sekolah. Tapi tuntutan tugas pada negara pun kira betul  gak..Ya lah almaklumlah sekolah kan  KILANG MODAL INSAN negara. Sekolah tempat aku mengajar mengadakan Program Discourse untuk para pelajar SPM 2010. Maka aku ditugaskan untuk mengawal dan menjaga seramai 135 orang pelajar. Senang cerita jadi warden di sana lah. Program 3 hari dua malam ini merupakan program tahunan di mana para pelajar dibawa ke River Side Resort, Kuala Kangsar untuk membuat program pecutan terakhir bagi subjek-subjek elektif seperti Fizik, Biologi, Matematik Tambahan dan Kimia.


Kelihatan para pelajar sedang khusyuk mengikuti penerangan dari guru subjek. Para pelajar dibawa ke sini bagi memberi peluang kepada mereka bertukar angin setelah penat bertungkus- lumus di sekolah. Pihak sekolah dan PIBG menghabiskan hampir RM 20,000 untuk melaksanakan program ini. Sesekali berubah angin ni perlu juga kan?? Aku sebenarnya risau dan bimbang..Kot malam-malam masa tidur ada pula yang terjun ke Sungai Perak nak mandi-manda. Buat nye selamat takpe, buat nya tak muncul-muncul, NAUZUBILLAH.. Tu yang kena jaga-jaga ngan bebudak ni.


Inilah rupa dan wajah sebenar River Side Resort, Kuala Kangsar. Dulunya dikenali sebagai Safari Resort, Kuala Kangsar.  tempat ini memang sesuai untuk mengadakan program-program seperti kursus, seminar dan sebagainya. Agak berbaloi mengadakan program di sini kerana resort ini dilengkapi dengan Dewan Seminar, Surau, Kafeteria, Gelanggang Bola Tampar untuk riadah serta kemudahan basikal bagi para pengunjung yang berminat untuk mengayuh basikal. Selain itu, resort yang terletak di sebelah Sungai Perak ini juga sesuai untuk kaki kencing kaki pancing yang berminat. Pada malamnya, anda akan terpesona melihat keindahan Jambatan Kuala Kangsar yang disinari lampu - lampu neon. Dikatakan pembinaan jambatan yang  diilhamkan oleh Seri Paduka Sultan Azlan Shah ini daripada pembinanan Jambatan London. Ni kira promosi terbaik dari ladang ni. Aku kenal pengurus Riverside ni. Bapa bekas pelajar aku tahun 2005.


Bila sampai di Kuala Kangsar, usah lupa untuk melawat tempat-tempat menarik di sana. Wah promosi kuat ni. Antara tempat-tempat menarik iaialh Majid Ubudiah (gambar), Istana Kuning, Galeri Sultan Azlan Shah, pusat pendidikan tersohor MCKK serta banyak lagi lah yang tak sempat nak sebut di sini. Nak tahu kena datang sendiri.  ( Terima kasih encik google, ni gambar google!)


Ini pula makanan yang popular di Kuala Kangsar. Kalau tak kenal memang sah bukan orang Malaysia. Laksa Kuala a.k.a laksa beras. Kalau berkesempatan singgahlah ke kawasan lembah kerana di sana banyak gerai-gerai laksa yang ada. orang kata kalau pergi ke Kuala Kangsar, taksah kalau tak pekena laksa kuala campur ais kacang. 


Bagi para peminat labu sayung, Kuala Kangsar menjanjikan labu sayung terbaik dari ladang untuk anda semua. Jika para pengunjung ingin melihat sendiri bagaimana membuat labu sayung jangan lupa singgah di Kampung Sayung, tidak jauh dari Bandar Kuala Kangsar. Aku dah tengok dah..Di sana harga yang ditawarkan agak  murah berbanding di pekan. Kalau tidak  berkesempatan, kedai-kedai cenderamata di kawasan lembah berhampiran Sungai Perak sememangnya menjual pelbagai jenis keras tangan kraftangan sebagai tanda kenang-kenangan untuk di bawa pulang dari Bandar Di Raja.

Sewaktu catatan ini dilakukan, aku dah sampai ke Ipoh. Penat juga..Apapun ni kira promosi lah juga kepada Kuala Kangsar ye. Udah jadi blog pelancongan la pulak. Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar  dan  Ahli Parlimen KK, Tan Sri  Rafidah Aziz, sila beri tepukan kepada saya..hehe

Mood : Kepenatan untuk menyambung tugas menanda kertas jawapan pelajar..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

29 GENTA RASA:

Adinda Amy Sensei said...

salam....

terliurrrr tgk laksa tuuu..isshh..bila nak pekene semangkuk ni...hehhehe

imanshah said...

cik amy, mai le peghok, nanti teman bawakkan..haha

ibuintan said...

wah... dah lama benar tak ke kuala, banyak kenangan indah di sana... mesti pergi lagi nanti

imanshah said...

salam ibuintan...dulu pernah berada di sana ke?? kuala tetap begitu, aman, damai dan sentosa...haha

Idalara said...

Salam Cikgu Iman
kira2nya ni memerah otak sambil berriadah lah kot..muga2 anak2 didik Iman akan berjaya dgn cemerlang dlm SPM..

Mujur baru lepas mkn bubur kacang..kalau tak mst meleleh air liur tguk laksa...nyammm

imanshah said...

tq kak ida..wah makan bubur kacang tak ajak ya

soffea said...

bestnye.. smbil2 leh jalan2 kan.

and that laksa.. rindu nak makan lagi. huhu. tibe2 lapar. haha.

Dinas Aldi said...

akak dah banyak kali pi Kuala Kangsor, x jemu punya. lepas ni bila2 nak pi lagi.

imanshah said...

soffea..eh kat pangkor pun bleh berbelog ke..cepat g kursus

imanshah said...

kak dinas..saya pun tak jemu g penang..dulu blajaq kat usm

sonata anak kancil said...

pecut jangan tak pecut ! amboi sejak bila ditugaskan jadi pegawai pelancongan ni???

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

sambil menyelam sambil minum ayor

sambil jadi waden jadi pemandu pelancung
he bat....
he he

Wassalam

Jejaka Desa said...

Lame dah tak pekene lakse beras ni...

imanshah said...

kak sonata..biasalah musim2 periksa ni semua orang nak pecut je..

ada tekanan baru seronok..kalau tak hidup as ussuall je, bosan

imanshah said...

Rozali..ahah dah kembung perut ni sebab menyelam kan..haha

saja nak promote negeri orang

imanshah said...

Jejaka desa, moh le, sebelum sampai ke kuala, singgah dulu ke ipoh.

n@m@n said...

ingat demo mai bandar di raja kelang..hehe


demo keno mntok komisyen tuhh

imanshah said...

n@m@n...kelang tak best, sibuk le..haha

Abd Razak said...

Salam..

Tengok labu tu teringat kawan yang baru bertukar balik ke sana..

gabbana said...

dulu kitorang kat perlis, lagi beeesssttt..! ;)

salam syg saya pada semua f5 dan guru2. all the best! doa saya untuk anda semua...! ^^

imanshah said...

Abd Razak..bila orang sarawak nak datang ke Ipoh ni??

ummuaimi said...

Kuala memang tenang, promosi bagus nampak. Terima kasih le dari orang Kuale.Senang2 datang le lagi.

imanshah said...

gabbana..perlis dah tak pg dah sekarang..dah takde program seumpama itu selepas Cg Zulkarnain keluar

imanshah said...

Ummuaimi..haha lupa kat orang kuala...

saya selalu juga ke sana, jumpa dengan Cg Nizam coach hoki clifford

Mohammad Aiman said...

wah... ini program score A kan.. huhu..kami pelopor. wee~


tetapi, memang.. kem ini sangat2 membantu...(tetapi bergantung pada niat student datang sinilah =)

tahniah warga starian dan juga guru2!! terima kasih atas usaha yang diberikan..

imanshah said...

Aiman..btol tu, niat nak berjalan2, maka dapatlah berjalan2..hehe

tempat yg sama..objektif yg sama...

sahromnasrudin said...

salam ziarah..aku minta maaf atas fakta yang salah..rupanya ko gune nick lc_biru 80 erk dlm follower tue..patut la aku tak dpt detect sape org tue..rupanya ko..sori erk atas fakta yang salah dl entri aku sebelum ini...

imanshah said...

sahrom..haha takpe, kan aku dah betol kan..huhu

khadijah said...

wahh.kuale ada resort??tang mane resort tu?tak penah tau and nampak pun.huhu

ahh,saya suka laksa tu:))

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget