WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, October 30, 2010

BILA MAKCIK-MAKCIK MAIN FUTSAL

Sabtu tiba lagi. Sabtu yang selalu penuh dengan aktiviti baik fizikal mahupun spritual. Seperti biasa masa untuk berfutsal kembali  lagi. Kali ini suasana di X-Treme Park agak meriah sebab ada dua kejohanan dilangsungkan. Yang pertama melibatkan pertandingan budak-budak sekolah. Manakala satu lagi pertandingan orang-orang dewasa. Aku tertarik dengan pertandingan yang ke-2 iaitu melibatkan orang-orang dewasa kerana selain menawarkan hadiah untuk kategori lelaki, kejohanan ini juga memberi peluang kepada kaum hawa untuk menunjukkan bakat.

Bukan pertama kali la rasanya aku tengok orang perempuan main futsal. Dah banyak kali juga semenjak aku  rajin berfutsal ni. Tapi selalunya budak-budak muda ataupun lebih dikenali gadis-gadis sunti. Tapi kali ni agak lain sikit sebab ada pertandingan untuk kategori campuran wanita. Tak kiralah usia 50-an ke, 40-an ke hinggalah awal 20-an. Aku tergelak sendiri melihat telatah golongan makcik-makcik bermain futsal. Menendang, menyepak, merembat, menggelecek, dan berteriak kegembiraan bila menjaringkan gol.

Minta maaf kepada wanita-wanita yang berkecil hati membaca posting aku kali ni. Bukan aku tak menghargai jasa dan pengorbanan seorang wanita. Tanpa wanita aku tak lahir ke dunia ni. Peranan wanita perlu diiktiraf  dan perlu diletakkan pada tempat sewajarnya. Terkenang Sirah Nabawiyyah di mana pada zaman jahiliah, wanita tiada harga dan dianggap hina dalam masyarakat. Bagi mereka yang melahirkan anak perempuan akan ditanam hidup-hidup kerana dikatakan menjatuhkan maruah keluarga. Aku nak senarai kan beberapa sebab kenapa aku menentang wanita berfutsal khususnya makcik-makcik.

1) Tak berapa manis lah tangan yang menghayun buaian tu dok hayun bola futsal. Alahai wanita melayu Islam yang menjunjung adat-adat ketimuran tiba-tiba bertukar jadi seperti lelaki gagah perkasa.  Penonton penuh bukan semua dok tengok futsal, ada benda-benda lain yang diteropongnya.Terjerit sana, terjerit sini. Kreativiti mereka yang selalu ditunjukkan depan anak-anak dan suami (sewaktu membebel dan memarahi anak-anak) dipraktikkan di gelanggang futsal. Mak ai, meriah.

2) Yang dok menjerit-jerit dan melompat-lompat tu rasanya tak sesuai lah kat tempat awam. Sedarlah umur dah 40-an. Malulah pada anak-anak dan suami.

3) Provokosi dari penonton membuatkan mereka lupa diri..Bersemangat gila. Tak sedar terlondeh sana, terlondeh sini. Yang tertutup jadi terbuka, yang tak nampak, bertambah nampaknya. (faham-faham lah)

4) Banyak lagi riadah yang menyihatkan badan boleh dicuba. Contohnya senamrobik, poco-poco dan sebagainya. Syaratnya di tempat tertutup lah.

5) Islam tidak menghalang umatnya beriadah, dan sememngnya itulah tuntutannya. Akal yang cerdas dari tubuh badan yang cergas. Kita bimbang apa yang menjadi tuntutan itu akhirnya mendatangkan pula dosa. 

Apapun, minta maaf sekali lagi sebab menulis entri ini kali ini. Kira macam wanita jugalah. Mereka pun tak suka lelaki yang merokok, minum arak ke dan akhirnya itu menjadi bahan penulisan mereka. Bukan aku anti wanita ok!! Kalau nak tengok betapa tidak lawanya wanita berfutsal, tengok lah gambar Dato' Siti tu. Jangan marah ye Dato' !!



Mood : Teruja untuk menyaksikan final Piala Malaysia Kelantan vs N.9..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

26 GENTA RASA:

ibuintan said...

Salam IMan,
setuju sangat.. seikhlasnya ibu juga malu melihat teman-teman sebaya ibu terjerit terpekik di gelanggang futsal, malu terhadap penonton lelaki yang teramat2 suka..

imanshah said...

ibu...tak pernah ke join futsal?haha

nanti terkejut iman tengok

Abd Razak said...

Salam...

Saya setuju dengan pendapat iman. Memang tak baik pun ibu-ibu yang terlibat dalam futsal. Bukan situ tempat mereka.

imanshah said...

Salam Ustaz..bila dah penat, mana sempat nak masak untuk suami kan..haha

Pencacai Alim said...

dia org ni elok ke masjid dgr kuliah ilmu

imanshah said...

pencacai..wah makan dalam

Adinda Amy Sensei said...

salam..

bace entry awak teringat kat cerita NENEK PERKASA..hehe pernah tgk?
kisah nenek-nenek yang suka main bola sepak..

imanshah said...

Amy..tengok, citer tu kat astro kan..adei tu pun pening den nengok nye

AiMaN HaDi said...

dulu masa sekolah ada teman2 perempuan yang aktif, anjurkan pasukan bola sepak wanita..

tup-tup, ada hamba ALLAH naikkan notis tentang hadis atau apa, saya tak pasti, tentang larangan wanita menyepak bola tambah-tambah di tonton oleh kaum adam.. hukumnya berdosa.. Wallahhu'alam.

**kalau salah mohon di betulkan

imanshah said...

aiman..saya pun tak tahu pasal hukum sepak bola wanita tuharam..kena tanya ustaz razak kita ni

ckLah@xiiinam said...

Err...ckLah tak main futsal...ckLah tetap makcik yang sopan santun....paling kasar, hayun penyapu je!


:D

imanshah said...

Wah CkLah dah tuko gamba..hehe

bagus Cklah, jangan kasar2..penyepak budak pernah ka??

Fello Ariza said...

kaum ibu men futsal mngalahkan rooney :P

imanshah said...

fell..haha kamu ni agak2 ar...takkan ngan rooney kot..bagi dato' Siti jelah yang main futsal dulu..ingat tak

Tukang cerita said...

wanita main netball jer lah....

imanshah said...

Kak nurul..betol2..main netball sopan sikit..

ni jurulatih netball teknik seri manjung ke?? haha

soffea said...

wohoo.. makcik2 men futsal.. hehe.


nway, agreed wif u, iman.. tak salah nak beriadah, tp mungkin ade yg lebih baik yg tak expose kan diri sgt kan.. n yg penting, mnjaga tatatertib.

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

ana setuju bebenor...boleh cari mainan yg lain yg lebih manis dilihat

Wassalam

en_me said...

exercise bagus tuk kesehatan kanns..

imanshah said...

bagus sangatt...alahai xercise kat dapur pun cukup sudey

imanshah said...

soffea..haha jangan lak tetiba satu hari nant6i ternampak sofea main futsal kat situ..haha

imanshah said...

Rozali..ana pun setuju kalau dibina satu tempat futsal khas tertutup kalau depa2 ni betul2 nak main jugak.maklumlah takut ada yang kata

"kami main sebab itu hak asasi manusia.."

Muhamad Zaki Zafir said...

setuju cikgu..bkn futsal shj, tp sukan2 lain juga yg sampai terjerit2 ibu2 ni..mungkin kalau sesama mereka sahaja & dibuat di tmpat tertutup lbih sesuai.

imanshah said...

zaki...bayangkan ubu-ibu kita kan..

khadijah said...

emm betul jugak.perempuan memang di-restricted untuk banyak perkara.
tapi yela,untuk kebaikan sendiri jugak:))

tahniah kelantan menang!haha.cikgu suka la ni :)

imanshah said...

khadijah

suka juga..tapi tak berkenan tengok bebrapa penyokong yang baling botol, baling mercun dan tak berbaju

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget