WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, October 23, 2010

CIKGU NAMPAK KACAK LAH HARI NI..

Salam siaran dari Bandar Di Raja Kuala Kangsar. Sudah dua hari aku berada di Kuala Kangsar.Untuk apa? Bersama siapa? Akan aku kongsikan dalam entri seterusnya ok. Hari ini aku nak berceloteh tentang tali leher atau dalam bahasa omputehnya TIE.  Apa ke hal nye yeop, tetiba malam-malam buta nak bertali leher bagai? Buang tebiat ke hapa nak pakai tali leher malam-malam ni. Sebenarnya aku nak tunjukkan koleksi tali leher yang aku kumpulkan sejak tahun 2000. Ni kira hobi merangkap minat yang mendalam terhadap tali leher. 


 Ni sebahagian tali leher yang aku gunakan untuk ke sekolah. Yelah kalau guru-guru wanita mewah dengan koleksi beg tangan, heels, tudung. Pakai baju biru mesti tudung biru, kasut tumit tinggi biru, beg tangan pun mau biru juga. Kalau nak diperhatikan tali leher yang tergantung ni agak kecil jika nak dibandingkan dengan tali leher yang ada di pasaran sekarang. Ini trend semasa kot. Tali leher yang paling mahal pernah aku miliki berharga RM 99 manakala yang paling murah berharga RM 10. Tak penting berapa harganya, yang penting cantik dan berkualiti. Haha..


Sebahagian lagi koleksi yang ada. Cantikkan digulung seperti bunga ros?? Yang penting semua warna ada, semua corak juga ada. Dari yang berbelang  hinggalah yang berpetak-petak..semuanya siap digantung. Pilih sahaja kemeja yang hendak dipakai, kemudian padankan dengan tali leher yang telah tersedia. 

Koleksi tali leher ni biasanya aku beli sendiri. Selalunya kalau pergi melancong ke luar negara atau dalam negara, antara souvenir pertama yang aku cari adalah tali leher. Ada masanya kawan-kawan yanag hadiahkan. Lepas ni bolehlah rakan-rakan bloggers belikan buat hadiah . Ada juga hadiah sempena hari guru dari ibu bapa dan murid-murid. Apapun koleksi tali leher ni tetap ada gunanya tersendiri. Bila tiba hujung tahun apabila kelab, persatuan, kelas dan sebagainya ada dinner di hotel, maka akan kedengaranlah ayat-ayat kiut ini..

".....cikgu ni nampak kacaklah!! Boleh ke pinjam tie cikgu..Kami nak pergi dinner lah malam esok..kami pun nak kelihatan kacak macam cikgu!!"

Aku ada coretan tentang tali leher ni

Tali leher,
Trand atau kewajipan?
Kata orang etika kena jaga
Pakai tali leher bukan sebarang pakai
Lengan pendek pantang sekali

Tali leher
Pelengkap fesyen atau pun gaya tersendiri
Imej korporat ?
Imej Cikgu atau salesman yang tak kenal penat..
Semua ingin bertali leher
Namun semua kena ingat
Baju petak janggal diganding tie bercorak

Tali leher
Banyak cerita tentang dirimu
Murid kena lempang keranamu
Hilang tie, kena lempang
Salah ikat tie, pun kena lempang
Salesman berpanas juga keranamu
Biarpun panas asal bergaya
Kalau tak pakai tali leher
Dipandang pula macam tak belajar tinggi..

Mood : Nak beli tali leher tambahan di kiosk Padini.

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

29 GENTA RASA:

Fello Ariza said...

pehh..byak gler tali leher.. fello cme ad 3 je..haha

imanshah said...

fELLO..nak pinjam boleh, sewa pun boleh..haha

Afzainizam said...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★

Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

wooooo banyak sungguh koleksi tali leher itewww

merah
biru
kuning
hijau
hitam

ohhhh tali ikat kat leher itewww sangan menawan kalbu
oren,

imanshah said...

afzanizam, insyaAllah saya akan berkunjung nanti,, tunggu ye,,buat2 air dulu, masak pengat sikit..saya nak datang

Haziq AlFarisi said...

cikgu....'hills' ke 'heels' sebenarnye? hahaha..ape yg cikgu nak refer? kasut tumit tinggikah?

imanshah said...

ahah betul2, tq haziq..cikgu tukarkan..wah pandai anak murid cikgu

Idalara said...

amboi bnyknye tie..tp akak mng suke tguk lelaki ber tie..(wktu bertugas lah)nmpk smart n kemas..

ps nak hadiah tie dr akak kenalag bg add...boleh gak kirim ms hari guru..hehehe..

imanshah said...

kak ida..haha boleh2..nak2

(dengan muka tak malu)

soffea said...

hehe. lelaki yg pakai tie memang automatically smart. nak2 cikgu kan. role model tu~

tp sy takde la handbag biru, kasut biru, tudung biru. hehe.

imanshah said...

soffea..

saya memang smart..wakaka

awak ada warna apa?

ckLah@xiiinam said...

...lepas ni, tunjuk koleksi yang lain, dan yang lain-lain pulak ya Yob!




:)

Atikah said...

Salam cikgu...

Memang peminat tie nie...
Asyik dapat dari kengkawan jer hadiah tie... tak lama lg dpt tie dri si dia pulak kan yop ahaks... :)

gabbana said...

kenapa baru2 ni mcm byk je artikel2 berbaur ala2 jejaka perasan nih...? hahaha.. tanda2 dah semakin tua mungkin..? ;p

pape pon, mmg jeles sgt dgn koleksi talileher anda. saya juga suka memakai talileher tetapi sgt cerewet dalam memilih! haih.. -__-"

sonata anak kancil said...

cantik tie...sy tak lah koleks tie..tp tolong beli tie utk hubby...kurang sikit je dari awak!!!

macam tahu2 je cikgu pompuan koleks apa...betullah spt awak cakap tu...sejak 2 menjak ni...sy koleks jam tangan !!! ha3x macam2 kaler ade...pantang tengok jam tangan...klu beli pun sepesen je...kena tali kulit@plastik - tak boleh tali besi...elegik

imanshah said...

CkLah

wah makan dalam nampak

imanshah said...

Atikah, haha entah bila agaknya nak dapat hadiah dari si dia

imanshah said...

En Gabbana..amboi6 X.

jejaka perasan ke?? biar lah, asal bahagia..haha

Haha takpe duit yg banyak tu boleh le beli banyak2 ya

imanshah said...

Sonata..

isteri solehah!! tapi memang patut pun kan, org2 bangsawan (pentadbir) macam akak bergaya sakan kan!!

imanshah said...

En Gabbana..

Tajuk je yang macam perasan, tapi isinya tak lah perasan..haha

fndrocka said...

Dari mana asal usul tali leher? Bila dan siapa cipta tali leher? Peminat tali leher mesti tahu ye dak

ibuintan said...

mesti Iman nampak kacak hari2 kan... banyaknya koleksi..

bUdAk kEnTaNg said...

giler kentang la cikgu..
byk giler tie...... klu jual boleh markup tinggi nih... cun cun suma..bisnes tepi,tak maw?? hahahaa....

Abd Razak said...

Salam Cikgu...

Kalau cikgu buat koleksi tali leher, saya lak simpan key chain..:)

imanshah said...

fndrocka...tali leher dikatakan berasal dari Eropah..apapun tie bow juga merupakan salah satu dari jenis tali leher..

Dikatakan hukum memakai tali leher adalah harus

imanshah said...

ibuintan..saya biasa2 je..haha

tajuk je yang gempak

imanshah said...

budak kentang..

nak beli ke?? kalau nak free pun boleh.bisnes2 ni tak main la..

ni banyak pemberian orang..

imanshah said...

abg razak..
alhamdulillah, hobi kita sama, kumpul mengumpul.. saya banyak juga koleksi key chain..boleh lah bertukar2

Idalara said...

ye lah akak serius ni...sblm ni akak pnh bg kat sorg blogger yg tolong akak kt blog..apasalahnya hargai seorg guru dedikasi mcm imanshah kan..

nnti bg add sekolah iman kat emel kak ida ye..

idalara63@yahoo.com

ps jwpn pada soalan iman td sila lihat kt entry tadi..

x'emriust said...

napa macam repost ye?

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget