WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, October 10, 2010

DI SINI JUAL IKAN SEGAR




Hari ini aku ingin berkongsi satu kisah seorang penjual ikan. Pada satu hari, seorang penjual ikan ingin menjual ikan segar  di pasar. Ia memasang papan tanda yang ditulis "Di sini Jual Ikan Segar"


Tidak lama kemudian datanglah seorang pelanggan  yang bertanyakan tentang tulisannya. "Mengapa pakcik  tulis perkataan DI SINI ? Bukankah semua orang sudah tahu  pakcik menjual DI SINI , bukan DI SANA?"

"Betul juga!" fikir si penjual ikan, lalu dipadamnya perkataaan "DI SINI" dan tinggallah tulisan "JUAL IKAN SEGAR".

Tidak lama kemudian datang pengunjung kedua yang juga bertanyakan tulisannya.

"Mengapa gunakan  perkataan SEGAR bukankah semua orang sudah tahu pakcik jual ikan SEGAR, bukan ikan BUSUK?"

"Benar juga" fikir si penjual ikan, lalu dipadamnya perkataan "SEGAR" dan tinggallah tulisan "JUAL IKAN"

Sesaat kemudian datanglah pengunjung ke tiga yang juga bertanyakan tulisannya : "Mengapa pakcik tulis perkataan JUAL? Bukankah semua orang sudah tahu yang ikan  ini untuk dijual, bukan dipamerkan?"

Benar juga pikir si penjual ikan, lalu dipadamnya perkataan JUAL dan tinggalah perkataan  "IKAN"

Selang beberapa waktu kemudian, datang pengunjung ke- 4, yang juga bertanyakankan tulisannya "Mengapa pakcik  tulis perkataan IKAN?, bukankah semua orang sudah tahu yang dijual ini IKAN  bukan AYAM?"

"Benar juga" pikir si penjual ikan, lalu diturunkannya papan tanda itu.

Sahabat, pengajaran dari kisah ini apabila kita ingin memuaskan  hati semua pihak , maka yakinlah itu hal yang mustahil.... mungkin jua ianya boleh merugikan kita sendiri.

Sudah menjadi fitrah manusia untuk berbeza pendapat. Jadi utamakan suara hati anda... biarlah orang lain berpendapat..., tapi saringlah, fikirkan  kembali pendapat mereka... apakah sesuai dengan kata hati anda?... jika tidak, maka tegaslah untuk mengatakan... "TIDAK!... MAAF" :)


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

34 GENTA RASA:

eszol said...

kah kah kah

nice one!

naz said...

haha memang segar pemikiran selepas itu haha

Idalara said...

Right..kita mesti terlebih dahulu mendengar kata hati kita dr mendengar kata2 org lain..tak semua pendapat org baik untuk kita ikuti..

sonata anak kancil said...

jangan cepat melatah...

abid_pm said...

terbaik! :D

lillies said...

kadang2 kita x penah pikirkan tentang diri sendiri sebab nak puaskan hati semua orang...tapi, apa2 pun juz follow ur heart...selalunye kata hati kita tu betul...

luahfikiran said...

SALAM,
KELAKAR DAN ADA MEESEJ YANG DISAMPAIKAN. TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN

luahfikiran said...

SALAM,
KELAKAR DAN ADA MESEJ YANG DISAMPAIKAN !

imanshah said...

eszol...tksih jenguk

imanshah said...

naz..alhamdulillah mesej nak sampaikan sampai

imanshah said...

kak ida..saya sangat setuju..diakhirnya kita yang akan membuat keputusan

imanshah said...

kak ida..saya sangat setuju..diakhirnya kita yang akan membuat keputusan

imanshah said...

lilies..saya ada masalah sikit, saya selalu rasa nak bagi org bahagia, nak org gembira walau diri sendiri tersiksa

imanshah said...

LF..sama2.semoga mendapat manfaat dari kisah ringkas itu

Dinas Aldi said...

dulu mungkinla tapi sekarang akak dah selfish (muahahahah), tak kuasa akak nak ikut cakap orang. i do things my way (eh, spiking london la pulak, ngeh ngeh)

imanshah said...

kak dinas..saya pun dah blaja jadi selfish jugak..tak kuasa nak menjaga hati je kan..kita yg makan hati

Wanredone said...

kelakar...memang kelakar, syabas bro.
ada lagi????????hahahahaha.....

Mohammad Aiman said...

Sama seperti kisah orang tua dan anak berjalan bersama seekor unta.. Haha

imanshah said...

wanredone...insyaallah ada lgi yg menarik saya update

imanshah said...

aiman..kisah tu lebih kepada tak puas hati diri sendiri

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

kita beri snyuman kpd yg memberi cadangan tanda kita hormat atas fikirannya

Wassalam

mR.sYaH said...

betul tu.. kte xleh nk ikutkan org sgt.. yakin pd diri sendiri..

Abd Razak said...

Salam...

Sukar nak puas hati manusia ni hingga keputusan sendiri kita abaikan..

imanshah said...

rozali, terima kasih atas nasihat

imanshah said...

mr syah..benda ni subjektiflah..

ramai yang yakin, tapi ramai juga yang jenis yess man

wanshah said...

ha'ah, betullah cikgu. kite tak bleh terikut2 kata orang. mesti ada pendirian sendiri. firstime dengar cerita ni. mana ckgu dapat?.. =)

Jom melawat blog wanshah...
http://wanshah87.blogspot.com

imanshah said...

Abd Razak..terima kasih atas pandangan

imanshah said...

Cik Wan..saya dah ziarah tadi dan tinggalkan jejak

ckLah@xiiinam said...

Masa tulis entri dalam blog, selalu macam ni....he..he..


sudahnya malas nak tulis.

imanshah said...

ckLah adk ni kurang paham, apa kaitan nak tulis blog ngan jual ikan..hahaha

wanshah said...

ckgu, yg kt bwh komen sy ada tulis "jom melawat blog wanshah.." tu just trademark sy je. hehe..

Jom melawat blog wanshah...
http://wanshah87.blogspot.com

Un Phat Lee said...

betul2.memang susah nak kalau kite nak puaskan hati semua pihak.senang cerita ikut sahaja kata hati.ehe X

Ummi Humaira said...

salam iman....

baru ler kira macam cerita dlm "kisah Lokman dan kaldainya"...he he he

Darkbatman said...

btol la..kdg2 manusia ne idea lain2.. cara fikir pun lain2..yg penting kita kena tetap ngn pendirian n tau ape y kita 2 btol.hee

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget