WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, October 19, 2010

INI BUKAN KISAH BIRU YANG ITU, INI KISAH BIRU YANG BERPADU..

Salam perpaduan buat semua. Hari ni nak share satu kerja jahat namun cukup bermakna aku rasakan. Petang Ahad lepas aku ada menghantar SMS kepada teman-teman seperjuangan yang berbunyi...

"Isnin ni hari jadi saya, saya nak sama-sama raikan dan kawan-kawan semua saya mohon pakai baju tema biru"

Walau aku tahu hari lahir aku dah lama lepas dan semua kengkawan aku tahu pasal benda ni..tapi aku buat ni bersebab. Haha..lantas adalah kawan-kawan yang membalas SMS tersebut. Antara isi kandungannya..

"Kalender mana kamu pakai ni, setiap bulan hari jadi"

"Dah buang tebiat ke hapa?"

"Penyakit sawan budak ni dah datang semula.."

"Eh bukan birthday awak Januari ke?"

Tak kurang juga yang teruja..

"Betul ke??insyaALlah akak akan pakai, semoga panjang umur dik..murah rezeki, cepat-cepat kahwin..aminnn"

"Eh esok pun birthday akak, tak sangka kita berkongsi hari lahir yang sama.."

Rasa bersalah pula sebab berbohong..tapi biasalah kalau otak  geliga..ada je jawapannya..

"Kak sebenarnya bufday saya dah lepas, tapi isnin  hari saya dilahirkan..saya selalu sambut hari saya dilahirkan, bukan tarikhnya!!"

Haha, jahat dan nakal betul aku kan..apapun kami di sekolah memang satu geng dan satu kepala. Alhamdulillah inilah hasilnya, daripada 30 rakan-rakan yang aku SMS,  DUA sahaja yang tidak berpakaian mengikut tema, itupun sebab terlupa.. Dan inilah hasilnya..

 Guru-guru perempuan

Dari pandangan atas

Yang hujung kanan tu Rafidah yang sebenarnya menyambut hari lahir pada 18 Oktober

Guru-guru lelaki juga turut 'biru'


Ni bukannya GELOMBANG BIRU sebagaiman slogan parti poitik di Terengganu tu bagi menunjuk gelombang kebangkitkan rakyat.

Kami berbaju biru kerana kami cintakan perpaduan, lambang penyatuan kami guru-guru di sekolah ini yang mutakhir ini dilihat semakin suram dan banyak perkara membuatkan kami berjauh hati. Alhamdulillah ianya sebagai satu medium dan platform untuk membangkitkan semangat baru di hati kami. Dan aku harus memulakannya. Ini baru permulaannya..

Seronok bila mendengar ayat-ayat begini..

"Eh bestnya hari ni kita semua biru..macam ada semangat sikit mau kerja..."

"Minggu depan kita nak pakai tema apa pulak dik??"

Alhamdulillah, mungkin usaha yang sikit ini tidaklah memberi impak yang besar dalam mengubah landskap politik mahupun suasana kerja di sekolah ini, namun sekurang-kurangnya inilah usaha yang boleh aku lakukan..Mengkritik, mengeluh, bermasam muka mungkin jua salah satu pendekatan yang telah diambil, terpulang kepada pandangan masing-masing. Namun sekurang-kurangnya usaha yang sikit ini ada juga kesan baiknya..Sebagai guru kecil yang biasa-biasa dan seperti melukut di tepi gantang bak kata pepatah, sekurang-kurangnya aku berusaha.

Guru-guru berbangsa tionghua turut ceria berbaju biru

Saya mohon maaf jika ada yang terluka..

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

38 GENTA RASA:

akhiran said...

idea yang bagos tu cikgu.semoga star akan kembali pulih seperti biasa.insyaAllah

imanshah said...

terima kasih...

Atikah said...

Salam...

Sungguh kreatif...

Bapak said...

Idea yang bagus, demi mengembalikan perpaduan, apa salahnya...

- abdul hadi abdul muti - said...

haha.best!!2..cikgu cikgu star kene combine baru enjoy naj mengajar.student pon happy..=)

imanshah said...

Atikah..kena guna segala kemahiran, pengalaman yang ada

imanshah said...

Bapak..betul tu..bersatu teguh bercerai kawin lain..hehe

imanshah said...

Hadi...

kamu pun tahu kan?bagaimana kami dulu...sungguh kuat kesatuan kami..

Arianni said...

Salam Imanshah..

Insya Allah dengan usaha yg murni dan niat yg tulus ikhlas, pasti kejayaan akan bersama anda..

Mohammad Aiman said...

terbaiklaa... haha

hamzah ian said...

kamu ni cikgu ke"??? seyes?? waaaa...

imanshah said...

salam kak ariani..tq atas doa itu

imanshah said...

aiman..cg kan selalu terbaik..cayalah

imanshah said...

hamzah ian..btoi la..takkan tukang sapu kot!!haha

sahromnasrudin said...

salam..awak kne bawak gelombang biru tue ka Galas atau batu Sapi heheheh

imanshah said...
This comment has been removed by the author.
imanshah said...

sahrom..takleh g Galas la, kami ni kakitangan kerajaan boleh ke main politik??kang kena tangkap malu!!

imanshah said...

sahrom..takleh g Galas la, kami ni kakitangan kerajaan boleh ke main politik??kang kena tangkap malu!!

Cik Cookie said...

apsal tak massge Cik Cookie skali?
Boleh Cik Cookie sent kepada geng2 hospital.Biru semua kita...

Heidi Shafiq said...

semangat yg bagus.. :)

eszol said...

kah kah kah

cayalah cikgu

teacher gulie pkai pink plak

sigh

bUdAk kEnTaNg said...

perghhh... mantop la cikgu.. idea yg bernas woo... tp pesal ade yg tak berbaju biru.. mogok le tu.. hohoho...

imanshah said...

eszol..teacher julie cikgu lupa nak msg..tengok dia berbaju pink sorang..huhu

imanshah said...

cik cookie..wah meriahlah kalau warga hospital pun nak berbaju biru gak..apa kata kita buat satu malaysia..tapi nak ke geng2 hijau??

imanshah said...

heidi syafiq..terima kasih..setiap masa kita kena hadir dengan idea yang segar dan bernas..baru hidup ceria

imanshah said...

budak kentang....hehe dia tu saya lupa nak msg

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

good idea

Wassalam

Dinas Aldi said...

kat sekolah akak, pada hari terakhir sekolah sebelum mula cuti CNY, ramai cikgu tak kira bangsa akan sepakat pakai baju merah, heheh. termasuk akak le tu.

gabbana said...

wahahahaha! cikgu2 semua dah terkena..! tp kreatif juga tu...! ;)

imanshah said...

Rozali

tengah pikiaq idea baru ni

imanshah said...

Kak Dinas pakai cheogsam ke??haha

imanshah said...

Gabbana..agak la, semua terkena..tapi seronok semua datang marah2 sayang..

kamu ni, suke buat akak macam ni!! haha

prince kais said...

salam perpaduan jugak.
xtrpikir lak boleh bt mcm ni..hahaha.
nak cuba bt gak lerr..

lillies said...

wah...!!! nampak cute n semangat je pakai biru...actually benda ni semua kita bole buat bila kita sepakat,...

sekolah lama saya dulu kami slalu tertanya2 nak pakai tema warna apa bila ari jumaat tu...selalunye pengerusi badan kebajikan guru la yg akn tanya & tulis kat notice board...

bila ari isnin je, dpt la tgk keseragaman cikgu2...budak2 pn rasa sronok je bila tgk cikgu2 pkai sama warna...menunjukkan kesepaduan antara cikgu2 wlaupun ada antara kita yg kdg2 tu terasa hati ke, merajuk ke ape ke...tp bole sepakat...

tryla...sronok tau...hehee..

Areef said...

salam cikgu iman,

bijak2, hehehe...

tp best kan bile pakai sedondon ni...
biarlah org kate boriala, tp mmg bile sume pki sm ada rs lain sikit, rs kesamaan...

cam org buat haji, sume pki putih...

cikgu, sy ada tag cikgu tuk join satu contest ni. if berkelapangan lehla join.

http://ibnunaeem.blogspot.com/2010/10/contest-mortar-board-beauty-in-ugly.html?showComment=1287487183222

imanshah said...

prince kais..coba jgn tak coba..tapi yang menipu hari jadi tu jangan tiru..

huhu

imanshah said...

lilies..wah awak nyer sekolah lagi advanced.. kalau cg2 perempuan mesti senang kan..

cg laki ni nak dapat baju sedondon susah

imanshah said...

areef..insyaAllah saya cuba

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget