WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, October 22, 2010

JEJAKA KELANTAN TERAKHIR

Seorang rakan bertanya,


" ..dengar cerita tahun ni isi borang tukar? Nak balik kampung ke?"


Maka jawapan saya cukup yakin.."Saya belum bersedia untuk balik ke KELANTAN"


Lalu, rakan tadi menambah.."Kau dari dulu memang murtad KELANTAN.."


Saya tetap tersenyum dan tidak membalas kata-kata rakan Kelantan saya itu.


Terkenang zaman menuntut di menara gading. Saya akui saya tidak mempunyai ramai rakan senegeri. Kebanyakan rakan-rakan baik saya bukan berasal dari negeri yang sama. Saya juga akui saya tidak menjadi ahli dan menyertai aktiviti persatuan anak negeri saya iaitu HIMPUNAN ANAK KELANTAN (HAK). Saya lebih banyak terlibat dengan program Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Program Desasiswa. Saya pernah dipulau oleh teman-teman senegeri kerana dikatakan MURTAD Kelantan. Pelikkan?? 

Begitu juga sewaktu mengisi borang penempatan, rakan-rakan berduyun-duyun memilih untuk balik negeri. Saya pula sebaliknya. Saya ingin berkelana, menimba pengalaman di tempat orang. Maka Allah mentakdirkan pertemuan saya dengan Ipoh, suatu tempat yang cukup asing bagai saya suatu waktu dulu. Dan saya bahagia di sini, walau ramai rakan-rakan sudah berjaya menabur bakti di negeri sendiri. Alhamdulillah, mereka berjaya dengan cara masing-masing.

Rakan-rakan pernah mempertikaikan kesetiaan saya terhadap negeri Tanah Serendah  Sekebun Bunga ini. Kata mereka saya cukup sombong untuk berbaik-baik dengan rakan-rakan senegeri. Aduh!! Saya tidak pernah memilih bulu dalam berkawan. Lidah yang sudah sebati dengan BUDU, mahupun penggemar setia CENCALUK, atau mungkin tidak boleh hidup dengan TEMPOYAK..semua menjadi kawan saya. Saya tidak mahu mengehadkan rakan-rakan hanya kerana tutur perbualan mereka ..KAWE NOK GHOYAK NI..tapi saya ingin berkawan dengan semua yang menuturkan MAKANG IKANG,  ATE KOME..mahupun HANG NAK MAKAN PENAMPAQ??...


Saya tetap bangga menjadi rakyat Negeri Cik Siti Wan Kembang. Di sinilah saya dilahirkan, di sinilah tempat tumpahnya setia saya. Maka bila ada yang menuduh kita rakyat kelantan GANAS mahupun GEDEBE, saya juga terluka. Hanya kerana nila setitik, maka susu belanga yang menjadi minuman semua, turut rosak.  Di mata saya, warga Kelantan tetap hebat. Tetap memiliki keistimewaan sendiri. Orang kelantan ada di mana-mana di ceruk Malaysia ni, hatta berniaga hingga ke Makkah sekalipun. 


MOOD..SEMANGAT MEMBARA MENANTIKAN PERLAWANAN SEPARUH AKHIR KE DUA 
KELANTAN VS KEDAH


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

30 GENTA RASA:

ibuintan said...

salam Iman,
pandangan yang sempit,.. tak semestinya jika kita tidak tinggal di negeri kelahiran kita kesetiaan dan kecintaan terhadap negeri kita telah tiada..

imanshah said...

Ibuintan, tq kerana follow blog saya..

x tahulah tahap KENEGERIAN kami saangat kuat kot..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

mu bila nak tubek kat sini
aku sokong red kali ni

Mohammad Aiman said...

tok semestinyo bilo jadi kelate, keno kelate sokmo..
hidup tok bersatu, sumo ore nok ade kabilah sdighi, tok guno la Allah cipto manusip ado banyok bangso..

Sesungguhnya Aku menciptakan kamu berbangsa-bangsa agar kamu saling mengenali (x pasti camni ke ayat die)

imanshah said...

brutalsolo

tk..aku harap red mene

imanshah said...

aiman, haha
anak ore kelate sudah bersuara

soffea said...

baguslah. mcm ayah saya. org salu ckp die murtad KELANTAN. hehe.

tapi aritu JPN ckp, payah la nak tukar masuk kelantan. so, dok perak lame2 lagi ye =)

imanshah said...

kena kabel besar lah

ckLah@xiiinam said...

Negeri Perak masih memerlukan tenage mike yop! Ate, dudok le lame-lame sikit kat Peghok ni hah! Tak ngape nye...

imanshah said...

Ck Lah...memang suke bebnor teman dok peghok ni..nak balik kampung dekat, tak jam, makan pun mughoh..haha

waruna said...

Iman, sama lah akak dulu pun masa belajar di Johor kawan baik bukan orang kelantan. Masa di UPM pulak kawan baik akak ialah orang Negeri 9. Kini walau sudah 27 tahun di Terengganu, satu hari nanti akak rasa nak balik Kelantan juga...

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

hijrah satu kemenanggan

Wassalam

imanshah said...

kak Waruna, besut ngan pasir putih tu dah dekat dah..

tulah kawan baik saya pun oghang sabah masa di universiti

imanshah said...

Rozali...

teringat lagu nasyid HIJRAH yang selalu dinyanyikan setiap kali tiba awal muharram

::FAIZ FARISH:: said...

tajuk gempak hehehe

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum wbt cikgu, hehe 'murtad Kelantan' ya? Alhamdulillah, saya belum kena cemuh 'murtad utara'.

Saya juga belum bersedia keluar dari Selangor. Dan tiada perancangan untuk balik berkhidmat di tempat sendiri~

Tambahan: Berkelana dan kembara di tempat orang banyak hikmah-Nya.

sonata anak kancil said...

saya berkawan dengan semua orang di serata pelusok negara....tak ade maknanya nak murtad2 negeri ni...

imanshah said...

Faiz farish

Tajuk kasik gempak, baru orang teruja nak baca,,tapi isi pun kena gempaq la gak

imanshah said...

Izzah, lama taak jenguk saya di sini ya..alhamdulillah, mana2 kita bertugas sama sahaja, yg penting nawaitu kan..

di mana bumi dipijak, pasti langitnya juga akan kujunjung

imanshah said...

Kak sonata..wah makan dalam ayat tu puan hajah ai..haha

pagi tadi jatuh longkang, kesian..semoga berhati2 selalu

bUdAk kEnTaNg said...

salam cikgu iman,
betul tu cikgu..tak maksud klu kita dok negeri tu tanda kita sayang negeri tu camtu gak klu sebaliknya.yg pntg niat kite nk belajar cara org lain..asal jgn lupa mane bumi kita pijak.. hujan emas dnegeri org lbh baik hujan batu ngeri sendiri... eh iye ker?? hehe

Mohamad said...

Imanshah,
Tinggal di mana-mana pun sama yang penting kita ingat keluarga dan asal usul kita. Jom ke Sarawak pula.. adik ipar saya ore kelate.. ok macam iman juga. tak kisah orang nak kata apa..

Admin P@P said...

Salam saudara Iman.

Tahniah. Bertugas di luar Kelantan.
Di Sarawak pun ramai anak Kelantan.

Zaman sekarang, di mana pun anda, semuanya kita boleh kata sama saja, 1Malaysia.
Dari Kuching ke KL pun hanya 2 jam saja, dah sampai.

Salam ceria.

imanshah said...

budak kentang

tepat sekali,, saya tak pernah lupa asal usul tempat permainan saya..

sehijau luas padi terbantang, sebiru laut saujana memandang, setia saya tetap terpasak teguh

imanshah said...

mohammad, sarawak? saya pernah sekali ke sana, rasanya kurang cinta pada tempat itu,,haha

imanshah said...

Admin P@P...

betoi tu nak balik dari indon pun 2 jam je..tapi fulus mau banyak der

Dinas Aldi said...

teruskan perjuangan, tak payah peduli pada tuduhan yg tak betul tu. Allah SWT tahu apa yg ada dalam hati & pemikiran kita, itu yg lebih penting.

imanshah said...

kak dinas, betol2..yang penting TAQWA kan..

kalau nak kenal islam, jangan kenali melalui muslim, tapi kalau nak kenal muslim, kenali melalui islam

gabbana said...

saya pon slalu kena panggil kelantan murtad gak cikgu, sbb 50% kelantan tapi kecek kelate mcm omputih kecek kelate..! wahahaha..

jd jgn sedih2, anda tidak keseorangan..! ;)

Zul Fattah said...

haha.. relex sudah.. abe shah ikut la apo org nak kata.. yg penting kita x lupa sapo kito..

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget