WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, October 7, 2010

KABELKU TAK SEBESAR MEREKA



Nak cakap sedih, tapi gembira
Nak cakap gembira, hati pula meruntun hiba
Gembira kerana mendengar perkhabaran baik
Duka mengenangkan nasib diri yang belum pasti
Semalam seorang sahabat di sekolah, telah dapat surat sokongan 
Dari "orang besar" Kementerian Pelajaran Malaysia untuk soal perpindahannya..
Begitu juga seorang lagi rakan juga diberitakan sudah dapat green ligt 
Untuk kembali ke tempat asalnya, bandar Di Raja Klang
Seorang lagi sudah ditawarkan menjadi guru kanan di sekolah lain


Hati ini hanya mampu mengucapkan tahniah jika rakan-rakan berjaya
Dalam misi menempa pengalaman di luar sana
Walau akan kehilangan sahabat ketawa dan duka
Yang pasti 20 orang mohon angkat kaki tahun ini
Mencatat sejarah yang tersendiri
Entah di mana salahnya, tertanya-tanya mana letak silapnya


Aku tetap jua di sini
Masih mengharap dan terus mengharap
Moga dipermudahkan lorong dan jalan
Walau kutahu
'kabelku' tidak sebesar mana
Kutidak kenal pak menteri, jauh sekali sultan ketua negeri
Hanya mengharap "kabel" empunya dunia ini
Yang menetukan terbaik untukku..


P/S..Monolog ini dicatatkan di saat hati dan perasaan sudah tiada di sini...ingin kuterbang ke sana..





TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

24 GENTA RASA:

Mohamad said...

Sabar...

Dinas Aldi said...

Huih Iman, 20 orang sekali buat permohonan? ramai tuh!

ckLah@xiiinam said...

Salam...
Cikgu sekolah SBP nak minta tukar memang susah sikit lah ya,kecuali kalau dia nak ke sekolah harian. Agaknyalah. Maafkan ckLah kalau salah...ckLah tak pernah ada pengalam an begini, sebab sejak posting 20 tahun dulu....memang tak pernah minta tukar. Asyik tengok orang keluar masuk dan membuat majlis memencenkan orang...

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

Insyaallah
ada masa dan ketika yg paling sesuai untuk iman kecapi nanti

Wassalam

imanshah said...

Mohammad..ye saya akan sabar selalu..itulah kehidupan

imanshah said...

Kak dinas..

Ahah dalam 20 orang yang isi, sejarah tu..selalynya 5, 6 orang sahaja

imanshah said...

CkLah...nak senang saya kena mintak sekolah jauh macam SABDA tu kan..haha nanti bertemu ngan anak Ck lah pula..

Saya pun takut pencen di sini sahaja

imanshah said...

Rozali, memang betul Allah sebaik2 perancang

Tukang cerita said...

sabar...
ada hikmah lah tu...
mahu 'ketemu' dgn org peghok barangkali....
:)

Darkbatman said...

sbr bro.. lom rezeki lagi 2.. kdg2 tuah dtg tanpa kita mhrpkannya dtg..

imanshah said...

darkman...alhamdulillah, tengah bersabar ni dan masih berharap

imanshah said...

kak Nurul, kat seri manjung takde org perak yg kosong ke??huhu

imanshah said...

kak Nurul, kat seri manjung takde org perak yg kosong ke??huhu

lillies said...

salam....
insyaAllah...sekiranya di izinkan awak akan dapat bertukar...sapa kaka kabel awak x kuat?? Kabel Allah lagi kuat sekiranya diizinkanNya...

semoga awak dapat ape yang awak impikan...

eszol said...

kah kah kah

chill la cikgu

ade hikmah punya

mana taw nanti kahwin dengan mak segala kabel ke

kah kah kah

sonata anak kancil said...

Buat banyak bersabar...semuanya ade hikmah dalam ketentuan Illahi...kalau tak dapat pindah - ade makna tu...Bos sayang la tu !!!


Akak ni setelah hampir 15 tahun baru dipindahkan...tapi tak lah mintak pindah...suke di tempat lama...sama lah macam CK Lah....asyik memencenkan - asyik memindahkan orang !!!

imanshah said...

lilies..betul tu kabel Allah paling besar

imanshah said...

eszol, indiabeng kau gelakkan gua

imanshah said...

kak sonata..kalau gembira di satu sekolah apa salahnya

tapi masalahnya kurang gembira sekarang..

takpe saya amik sebagai cabaran

iqbalsyarie said...

Uhuk...ya, mungkin ini yang terbaik buat guru dedikasi seperti cikgu Shahnun :)

Teruskan perjuangan!

Entry Baru:
-Insaf sekejap

soffea said...

owh... mohon pertukaran ke?

takpe. sabar ye cikgu. ade rezeki, ade la tu.. insyaAllah...

tibe2 rase mcm nk mohon pertukaran jugak. tp rase mcm tak layak je lagi? haha.

imanshah said...

Iqbal..dedikasi ke? semasa saya jadik cikgu kamu dulu kamu tak pern ah cakap pon..hahhaa

Tukang cerita said...

nak ke? ramai je ni...
hahhahahhah.....

imanshah said...

Tc..wah malu lah i

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget