WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Saturday, October 2, 2010

KAMI NI BELAJAR TAK BERAPA PANDAI


Assalamualaikum buat semua rakan-rakan dan para pengunjung HOK SENGOTI.. Hari ini agak penat sedikit kerana semalam aku bergegas ke KLIA untuk bertemu pramugari  menghantarbekas  anak murid aku iaitu Farid Al Azim di KLIA yang akan menyambung pengajian Ijazah Sarjana Mudanya dalam bidang undang-undang di University of Bristol, United Kingdom. Alhamdulillah, aku berkelapangan kerana Farid dari awal lagi beria-ia mengajakku ke sana. Walau pun tidak berapa sihat, aku gagahkan diri juga kerana ada perkhidmatan bas terus Ipoh-KLIA. Aku bergerak pada jam 3 petang dan sampai dalam jam 7.00 malam, dan pulang semula pada jam 11.30 malam dan sampai di Ipoh pada jam 2.30 pagi. Alhamdulillah, di sana aku juga berkesempatan bertemu bekas-bekas pelajarku yang turut hadir bagi memeriahkan majlis mengucapkan selamat tinggal kepada Farid.

Aku cuma nak berkongsi secangkir cerita buat anak-anak muda khususnya anak-anak muridku sedikit tentang Farid. Beliau hanyalah seorang budak kampung (rumahnya tak jauh dari rumahku)..Diterima masuk ke SBP atas dasar kuota luar bandar. Walaaupun hanya dipelihara oleh seorang ibu  dan nenek (single parent), Farid membuktikan usaha keras akan membuahkan hasil. Dengan keadaan keluarga yang biasa-biasa sahaja, beliau membuktikan tiada apa yang mustahil. Begitu juga kakaknya juga ke oversea mengambil bidang perubatan. Pernah gagal apabila tiada penaja yang sanggup menajanya untuk mengikuti program A-level selepas SPM tahun 2008.

Namun, beliau berkataa, Allah ingin berikan rezeki yang lebih baik di masa hadapan. Farid memasuki UiTM dan mengikuti program Asasi Undang-undang. Sedangkan ramai rakan seangkatannya sudah mengikuti Program A-Level di kolej-kolej terkenal. Namun tekad dan keazaman yang tinggi akhirnya Farid berpeluang memperolehi keputusan cemerlang dalam Program Asasinya dan akhirnya Bank Negara Malaysia bersetuju membiayai pengajiannya ke UK. Alhamdulillah..Allah maha kuasa.

Apapun sebagai orang yang selalu menumpangkan beliau dari Ipoh ke Pasir Mas, dari Pasir Mas ke Ipoh sewaktu cuti sekolah, dan sama-sama terlibat dalam pasukan bahas sekolah, aku sangat berbangga bukan sahaja dengan Farid tetapi seluruh anak muda yang memiliki semangat waja yang tinggi, tahu di mana kedudukan mereka, dan tahu apa yang diinginkan dalam hidup. Semoga berjaya di bumi orang, jangan lupa asal usul dan yang penting JANGAN LUPA ALLAH.

Sebelum pulang, terngiang kata-kata salah seorang bekas pelajarku yang belajar di Universiti Tempatan.

"Cikgu, beruntunglah sapa-sapa yang dapat pergi oversea.. kami ni tak berapa pandai, belajar je lah dalam negara"..Hurm..terpaku seketika aku mendengar keluhannya. Pada cikgu, di mana kita menuntut ilmu, bidang apa yang kita belajar (jangan ilmu sesat sudah) tak penting. Yang penting usaha bersungguh-sungguh dan yang paling penting semoga ilmu yang dipelajari DIBERKATI ALLAH S.A.W




TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

22 GENTA RASA:

lillies said...

belajar kat mana pun sama saja...cumanya jadi 1 kelebihan la pada yg dapat belajar d negara org..dapat merasa suasana negara org...
walau di mana pun kita berada ingatlah, di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung...

semuanya bergantung pada nawaitu kita..

imanshah said...

LILIES..satu lagi dapat hantar gambar kat paper kan, salam dari perantaun..huahuaha

imanshah said...

LILIES..satu lagi dapat hantar gambar kat paper kan, salam dari perantaun..huahuaha

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

taniah untuk iman..bekas anak murid terus bejaya

taniah untuk farid...anak kampung bukan tanda ketinggalan

Wassalam

sonata anak kancil said...

Tahniah atas kejayaan anak murid cikgu ! Anak akak ade balik...tunjuk kat dia gambar ni...rupa2nya dia kenal sebab dia sebagai debater STAR! sama dengan anak akak ni...Anak akak dulu debater MOZAC

Haziq AlFarisi said...

ahahaha....sentap bace ayat yg last tu...huhuhu^_^

imanshah said...

Bro Rozali..memang, saya setuju, kita semua anak2 kampung memang boleh berjaya

imanshah said...

Kak sonata..rasanya budak2 mozac saya kenal gak..antaranya charian, yang lain xingat

imanshah said...

Haziq, awat hang nak sentap2 plak..wah terasa ke..

ke kau yg cakap semalam, erk!!

imanshah said...

Haziq, awat hang nak sentap2 plak..wah terasa ke..

ke kau yg cakap semalam, erk!!

Haziq AlFarisi said...

Bukan I ok?? Zu yg dok merendah diri dari semalam...I ngna zho cite2 tinggi...huhuhu

imanshah said...

Haziq, ye ke..haha, napa saya tak leh kumen kat blog kamu ye..dah try, xdapat2

a kl citizen said...

dulu2 teringin nak blaja kat over the sea, tak dapat.... sekarang pulak teringin nak bershopping over the ea gak... masih belum kesampaian...

:(

*bab blajar tu sama je... yg penting dah kerja nanti berupaya atau tidak membuktikan kemampuan diri

imanshah said...

Wah kak normah, shopping sampai ke paris ke

ikan emas said...

semoga farid dipermudahkan da berjaya balik dgn kejayaan.Sentiasa ingat asal usul, ibunenek , guru dan kemudian menabur jasa kat negara sendiri..

ikan emas said...

opps lagi sutu...

Tahniah juga kat cikgu-cikgu nyaa

soffea said...

bestnye dpt peluang mcm tu. yelah, rezeki masing2. n it also depends on hard work.

sy pula yg rase mcm bangga bile anak murid berjaya macam tu ;)

tibe2 semangat guru berkobar2. eceh.. poyo. haha ^__^

nway, best of luck to him =)

imanshah said...

Ikan emas..tulah ramai profesional kita yang belajar kat overseas tak balik2 dah

imanshah said...

Sofea, semoga awak juga jadik guru yang terbaiks!!

ckLah@xiiinam said...

Semoga anakanda itu terus mengukir kejayaan...

imanshah said...

CikLah..thanks ya

shfqemir said...

congrats farid :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget