WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Monday, October 11, 2010

KANAK-KANAK DAN MAAF


Salam buat semua..hari ini sekali lagi aku tak mahu bercerita tentang kisah hidup aku. Kali ini aku nak berrcerita kisah-kisah motivasi dan membawa mesej yang cukup mendalam. Mood untuk bercerita kisah-kisah motivasi  tiba-tiba meluap walaupun aku bukannya pakar motivasi.


Di sebuah rumah, dua orang adik-beradik  sedang berebutkan permainan robot yang baru dibelikan oleh ibu  mereka kepada si abang..

“Mainan ini miliku!” kata si abang sambil menarik robot yang dipegang adiknya.


Adik pinjam sebentar!” kata si adik sambil memegang mainan tersebut.

Tak boleh, abang nak  main!”  Kata si abang. Kerena tidak sabar, si abang  telah memukul kepala si  adik.


Waaaaaaaaaaa, abang jahat, abang  jahat!” si adik menangis dan berlari menuju ibunya.
 Si Ibu terlihat berusaha memujuk si adik dengan mencarikan mainan lain sebagai pengganti.

Tak lama kemudian, si  adik mendekati abangnya, dan menunjukkan  mainan barunya kepada abangnya.

“Robotku lebih bagus!” dengan bangga si adik memberitahu abangnya.

"Ah, biasa aja! Jom kita main perang!” ajak si abang  kepada adiknya.

Kemudian si adik bermain bersama abangnya semula dengan canda dan tawa. Si  adik melupakan rasa sakitnya kerana dipukul oleh abangnya tadi.


Wahai Sahabat-sahabatku.. seharusnya kita malu kepada sikap anak-anak kecil. Mereka mudah sekali melupakan dan memaafkan kesalahan saudaranya sendiri. Tidak perlukan  waktu yang lama untuk bertaut kembali. Bahkan mereka tidak memerlukan  kata maaf dari saudaranya..

Sungguh berbeza dengan diri kita orang dewasa... Berat sekali kita memaafkan kesalahan seseorang. Jangankan yang belum meminta maaf, yang sudah meminta maafpun kita merasa berat untuk memberikan kata maaf. Bahkan kita enggan menatap wajahnya. Memendam kemarahan hingga bertahun-tahun. Tanpa sadar kita telah memendam banyak bara amarah dalam diri kita.

Sahabatku, belajarlah utuk mudah memaafkan orang lain. Lupakanlah kesalahan mereka, dan sebaliknya ingatlah selalu jasa mereka. Buanglah bara-bara amarah dalam diri kita ini dengan pemberian maaf yang tulus dan ikhlas. Bahkan ketika mereka belum meminta maaf kepada kita.

Yakinlah, suatu saat anda akan terkejut, hidup ini ternyata sungguh jauh lebih indah dari biasanya, Insya Allah.

Jazakumullah telah membaca cerita ini, semoga bermanfaat...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

19 GENTA RASA:

Zamz said...

orang tua emo lebih hehe

a kl citizen said...

orang dah tua ni lain sikit, cepat terasa hati dan menyimpan ...itu yang payah nak bermaafan dan melupakan

Dinas Aldi said...

boleh memaafkan tapi sukar melupakan. takut kepedihan tu berulang. sakit woo. once bitten, twice shy.

ckLah@xiiinam said...

ckLah 10 beradik kecik-kecik dulu, kalau bergaduh sampai berbirat-birat badan......tapi apabila sudah dewasa, Alhamdulillah syukur kepada Tuhan...kerana melimpahkan kasih sayang di antara kami.

imanshah said...

Zamz..chill sudah, hidup pasti gumbira

imanshah said...

Kak Normah...ni penyakit orang tua ni

imanshah said...

Dinas Aldi..terpulanglah ya pada diri masing2..mungkin ada kenangan yang terlalu sukar untuk dilupakan kan..

imanshah said...

CkLah..wah ganas juga ye..tapi alhamdulillah, semuanya selamat

soffea said...

saya pon sedang cuba untuk belajar menjadi mudah memaafkan. masih. belajar.

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

bebudak masih suci bersih lagi
orang dewasa dah banyak tumpuk2 hitam di hati masing2

Wassalam

imanshah said...

soffea, saya doakan awak berjaya menjadi pemaaf

Izzuddin Shabudin said...

style entry nh.yg muda bukan xnk mntk maaf.tp takut kesalahan dy x dimaafkan lalu btambah2 la marah dan dendam :p

btw,sy mintak maaf sgt2 segala salah silap ye cikgu-cikgu !

lillies said...

orang dewasa ni EGO tinggi...biasala...sesape pun x akan mengaku..tapi cuba kita letakkan ego tu ketepi..insyaAllah semuanya akan ok dan x akan timbul pun isu dendam di dalam hati..

memangla sekali terluka kita bimbang akan terluka lagi..setiap yang berlaku ada hikmahnya...tinggal kita saja yang lambat atau pura2 x memahami maksud disebaliknya...

imanshah said...

izzudin, saya dan guru2 lain dah lama maafkan korang

imanshah said...

lilies,,, tak ramai yang boleh ketepikan ego masing2...semoga Allah mengurniakan kita satu daripada sifat yang dimiliki oleh rasulullah iaitu PEMAAF

sonata anak kancil said...

yang tua2 ni bukannya tak pernah jadi kanak2 dulu...tak perlu diajar - sendiri mahu ingat la...!

Hariz said...

InsyaAllah... Memang betul kata bro zamz org tua sangat emo.. huhu

imanshah said...

kak sonata...siapa yg makan gulu dia yang rasa manisnya

Hariz..thanks jenguk blog saya, ni 1st time kan komen?

Ummi Humaira said...

salam iman...

paling mudah nk lakukan , setiap malam sebelum mata lelap , sebut jer , daku maafkan semua kesalahan org lain terhadap ku ...

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget