WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, October 19, 2010

KEINDAHAN TANGAN IBU

Petang ini aku terkenangkan ibu.. Terkenang saat terakhir bertemu ibu di  Majlis Konvokesyen adik bongsuku. Sempat ku pegang tangan dan  kucium tangan ibu. Ibu memaklumkan tangannya tidak sekuat dulu..Selalu kebas dan lenguh-lenguh. Tangan yang digunakan untuk membanting tulang membantu ayah mencari rezeki membesarkan kami tujuh beradik..Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapikan aku, memandikan aku, memakaikan aku baju dan lampin,  membelai dan memelukku dan terlebih dari itu,  selalu berdoa untukku..

Sekarang tangan itu telah menyentuh hatiku dengan cara yang paling membekas dalam hati ku.. Tangan ibu yang kasar, berkedut, lemah dimamah usia..Ingin sekali aku memberitahu ibu  bahwa bagiku  kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Aku sangat bersyukur bahwa Allah mengurniakan insan yang sangat  bernilai dan berharga...Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan yang begitu agung, tetapi tak satupun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu…

 Ingin ku selalu disampingmu...

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

14 GENTA RASA:

makdara TERdiva said...

dah jadi ibu ni, baru tau susahnye ibu nak membesarkan anak2..huhu!

imanshah said...

wah mak dara..ibu yang vouge

Dinas Aldi said...

kasih sayang seorang ibu memang tak terbanding indahnya!

imanshah said...

kak dinas...kalau saya boleh gantikan nyawa ibu..

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

tangan ibu untuk suami, anak2 cucu cicit dan masyarakat

Wassalam

imanshah said...

tangan ibu banyak jasanya!!

ckLah@xiiinam said...

Tangan Puan Ramlah...




Menadah syukur kini...
Melihat kemenjadian putera dan puteri...
Tinggalan marhum suami...



Semoga Puan Ramlah yang ini juga begitu nanti...

Atikah said...

Salam Cikgu iman...

Tangan ibu bisa memberi ketenangan dan kedamaian saat diri gundah...

imanshah said...

CKLah..yang sama nammya dengan ibuku..
'kudoakan agar putera dan puterimu juga akan membahagiakan dirimu

imanshah said...

Atikah..tangan itu jualah yang mencubit perutku

gabbana said...

saje je kan nak buat org nangis pagi2 kat opis ni. tensen btol...! =S

lillies said...

jasa ibu yang tiada tolok bandingnya...

x dapat nak bayangkan apa akn terjadi andainya mama saya xde...
bersyukurla kerana kita masih lagi mempunyai ibu untuk disayangi dan dikasihi....

imanshah said...

gabbana..haahaa

terkenang pada ibi anda ka??

imanshah said...

lilies..

alhamdulillah, kita masih punyai ibu..terima kasih mak, ibu, mama, ummi

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget