WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, October 21, 2010

LELAKI RETRO

Selamat malam semua..Entri kali ni agak santai. Malam ni tetiba bersemangat nak tulis dua entri serentak..tetiba terkenangkan satu entri yang tak sempat ditulis. Memang terlupa, bila belek-belek semula gambar-gambar kat Muka Buku (FB), baru teringat. Entri ni pasal satu anugerah yang aku dapat masa Sambutan Hari Guru yang lepas. Masa sambutan hari Guru 16 Mei yang lalu, kami  telah telah diberi tema Cetusan Warna Retro..nak tak nak, takde pilihan. Terpaksalah aku mengunjungi satu kedai ke satu kedai yang lain di Ipoh Prade untuk kelihatan retro.. Walaupun zaman retro pun aku tak pernah hidup. Ya lah masa dah tahun 90-an dah zaman rock lentok tangkap leleh. Nak pulak sesuaikan dengan title cikgu, takkan nak over-over acting pulak kan..haha

Akhirnya inilah saja yang mampu aku pakai hari tu..Sebenarnya aku ni jenis sporting je.. Maklumlah dulu nak jadi artis tapi cita-cita tak kesampaian. Haha. kira berhabis jugalah dengan baju jalur warna warni (dah namanya cetusan warna), seluar beggy ngan kasut putih..Berpegangan tangan dengan awek cun pelajar aku tu jangan pula tak tahu. Budak tu dipasangkan dengan aku waktu lalu red carpet..semua guru dipasangkan dengan pelajar tingkatan satu. hehe

Finally, setelah bertumbuk-tumbuk aku dapat juga anugerah Retro Man..haha berbaloi.. Apapun seronok, meriah dan terharu dengan majlis yang dianjurkan..Maaf gambar ni agak kurang senonoh kerana aku berjalan agak "KANGKANG". Mulut juga agakmuncung-muncung itik..


MOOD : RETRO, tengah dengar lagu Seiring Sejalan dendangan Latiff Ibrahin duet dengan Tok Pah!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

29 GENTA RASA:

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

sekima cigu berjalan
murid pun boleh tahan juga ..
memang patut boleh menang
he he

Wassalam

imanshah said...

salam atok..haha skima kebenda KAnGKANG tu

gabbana said...

erk... *pitam 5 minit*

eh jap, saya lupa la. cikgu umur brapa eh..? wahahahaha.. ;p

soffea said...

wah cikgu.. jalan pon dah gaya retro gitu.. hehe ;)

Ikmal Fayadh said...

Rahimah Rahim - Gadis dan Bunga

imanshah said...

Gabbana..21..

hehe campuq 9..30 doh

imanshah said...

soffea..haha ketat seluar tu, adei malu i..hikhik

imanshah said...

Fayyadh, selalu terpanggil nama adikmu Faizadh dengan namamu, tertukar rupanya..baru saja bermain ping poing tadi bersamanya..

ogy mat daud la best...

Atikah said...

Salam Cikgu,

Agaknya baju tu pakai sekali jer kot... hehehe

Abd Razak said...

Salam...

Harus lepas tu gelak tak sudah erk!

Cik_Noor said...

Salam
Tahniah dapat anugerah Retro Man

Darkbatman said...

macho ouuu. hahaha..cikgu harapan ne!

nabilah_2908 said...

hehehe..smart juga walau pun jln kengkang...mulut mucung itik...hehehe.. :P

jom ke APA KATA HATI pulak,
CERITA APA TU ?

abid_PM said...

Dato Seri! :D

Dinas Aldi said...

seluar bell bottom ka tu? kahkahkah! cayalah Iman, cikgu sporting camni la best!

imanshah said...

Atikah, ahah saya dah tak pakai baju ngan seluar tu lagi

imanshah said...

Abe Jak..bukan saya gelak, tapi kawan2 yang gelak kan saya..huhu

imanshah said...

Cik Noor..ahah terima kasih..sekali seumuq hidup tu

imanshah said...

Darkman, macho ke?? haha

takdenye..terketat2 jalan

imanshah said...

Nabilah

muncung2 itik pun paling kuat dapat sorakan

imanshah said...

Abid..dato' seri mana lak ni?? haha

imanshah said...

Kak Dinas, seboleh2nya saya tak mahu mengecewakan budak2 yang bertungkus-lumus seminggu nak meraikan kami

::FAIZ FARISH:: said...

klakar gila gambar

imanshah said...

Faiz farish...apa yang kelakarnya tu..jalan kangkang atau moncung itik?

a kl citizen said...

memang kalau nak mengikut tema ni kena berabis jugak lah kan...
tapi berbaloi

Fello Ariza said...

nak mintak sign artis lah kalo camnih..haha

imanshah said...

Kak Normah, sya habis 200..ngeee

imanshah said...

fello, wah nak sign?? boleh je

buat fan club sekali

Yatre Hayati said...

cikgu cool.!! apa adiahnya cikgu?

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget