WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Thursday, October 14, 2010

LENGKAP SUDAH!!

Salam buat semua.. Entry kali ini cukup bermakna.. Setinggi ucapan syukur dipanjatkan ke Hadrat Ilahi atas izin Kasih-Nya akhirnya kedua-dua adikku telah berjaya menggenggam segulung ijazah.  Maka hari ini lengkap sudahlah anak-anak pasangan Allahyarham Abdul Ghani Abbas dan Hajah Ramlah bt Awang Teh berjaya menamatkan pengajian mereka. Alhamdulillah, mereka telah dikurniakan 7 orang cahaya mata. Dan 6 daripadanya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading. Bukan untuk berbangga dan bermegah-megah, namun aku sangat bersyukur walaupun dalam kepayahan, dalam kesusahan hidup sebagai orang kampung, ayah dan emak berjaya membesarkan anak-anak dan memberikan pendidikan yang cukup buat kami.


Wajah bonda di samping anak-anak dan cucu.. Tak tahulah apa yang tersirat di sebalik wajah tua bonda. Mungkin sedih mengenangkan betapa saat bahagia tidak dapat dikongsi dengan suami tercinta yang telah pergi mengadap Ilahi  setahun yang lalu. Terima kasih buat bonda dan arwah ayahanda kerana membesarkan kami dan memberikan segalanya kepada kami.


Adik bongsu, AFIQAH merupakan graduan Universiti Perguruan Sultan Idris  (UPSI)   dalam bidang Kimia manakala MASITAH graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam bidang pendidikan Bahasa Melayu. Selamat terjun ke dunia pendidikan. Wah dalam keluarga aku, sudah ada empat orang bergelar "CIKGU"...

"Kita bukan mewah, namun kita tidak juga merempat
Kita tidak kaya, namun kita juga tidak hina
Kita diberi bekal tentang hidup untuk hari esok
Kita diberi akal untuk mengubah nasib keluarga.."

........Walau budimu ayah dan bonda tidak bisa dibalas hatta dengan lautan yang luas sekalipun..Kutitipkan doa moga Allah mengampunimu, merahmatimu dan mengasihanimu sebagaimana dikau mengasihani kami sewaktu kami masih kecil..Restuilah kami anak-anakmu, kerana di situlah terletaknya syurgaku.....

Nayolah, Norhasikin, Tharmizi, Shahnun, Munirah, Masitah dan Afiqah..
 
 


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

37 GENTA RASA:

Atikah said...

Salam...

Tahniah buat adik2 anda...

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

Tahniah
Syukur
Alhamdulillah
kepada kedua adik iman

Al Fatihah untuk Allahyarham bapa anda

Wassalam

imanshah said...

Thanks Tikah

imanshah said...

Rozali..alhamdulillah, allah yang memberi rezeki, allah jua yang menarik rezeki..Allah yg menghidupkan, Allah jua yang mematikan

Abd Razak said...

Salam...

Alhamdulillah..
Tahniah buat adik-adik sdra..

imanshah said...

Abe Jak, syukran

ckLah@xiiinam said...

Tahniah kepada abang mereka berdua....
Kejayaan abang mereka terlebih dulu pastinya menjadi pendorong...

Dinas Aldi said...

tahniah buat adik2 Iman! syukur alhamdulillah atas kurniaNya

imanshah said...

CkLah, saya hanya buka lorong je..seterusnya depa berdua lah punya peranan

imanshah said...

Kak Dinas...kak dinas dulu u mana ekk?

ckLah@xiiinam said...

Samo namo mak demo denge namo ambo!

imanshah said...

CkLah..haha kebetulan, CkLah mudo lagi, mok kawe tuo doh...

CkLah kijo kerajae, mok kawe kijo kat bende

soffea said...

congrats ya untuk adik2 anda ;)

wah. sume cikgu. welcome to the club. hehe.

iqbalsyarie said...

Tahniah...saya pula yang tumpang berbangga :)

imanshah said...

soffea tu lah depa semua nak jadik chekgu macam kita

imanshah said...

Iqbal..thanks, cg pun nak tengok iqbal pakai jubah konvo nanti dalam blog anda!!

prince kais said...

congretz

naz said...

beb. tahniah buat ibu bapa awak sebab melahirkan insan yang berjaya :)dan tahniah juga buat anak anak nya. adik tu single lagi ke? hahahaa

syahbandar87 said...

tahniah untuk keluarga tuan rmh..muga tuan sekeluarga berjaya dunia akhirat..amin.. :)

Arash Libra said...

congrats! :)

Shifu67 said...

Tahniah kepada adik2 yg telah berjaya.. juga kepada abangnya yg membuka 'lorong'.... susah payah ibu bapa jangan dilupa walaupun mereka tidak meminta apa2.. bersyukur kepada Allah yang menentukan segala2nya.... berterima kasih kepada 'kerajaan' yang berwawasan memajukan 'anak bangsa'

... kalau ada rezeki, insyaAllah petang ni dapat bonus, dapat berapa, tak kisah la

::FAIZ FARISH:: said...

tahniah

imanshah said...

prince kais..thanks bro

imanshah said...

naz,,sorang dah kawen, sorg lagi on the way..

abngnya ni je belum

imanshah said...

Shahbandar87..tksih

imanshah said...

ArashLibra..10q bro

imanshah said...

ArashLibra..10q bro

imanshah said...

Shipu67..betul, saya dan adik beradik semuanya dapat biasiswa dari zaman kemi sekolah hinggalah zaman universiti..dan saya tak lupa jasa kerajaan,,

Semoga petang ni ada berita baik dari parlimen

nabilah_2908 said...

wah...mereka konvo pada hari yg sama yer..?

tahniah.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak,
OH MALAYSIA

lillies said...

tahniah pada adik2 awk yg dah berjaya menggenggam segulung ijazah...semoga sukses di alam pekerjaan...
tahniah jugak pada ibu dan ayah anda kerana berjaya melahirkan insan2 yang berjaya....

Dinas Aldi said...

akak study kat USM, Iman.

waruna said...

tahniah iman dan adik2 serta bonda tercinta. Jangan lupa jasa bonda

imanshah said...

Nabilah, tak, yang bonsu tu eksen je ngan jubah konvo dia..konvonya esok

imanshah said...

lilies..alhamdulillah, semoga anda juga tak akan lupa jasa bonda

imanshah said...

dinas..wah kita satu u la pulak..dulu desasiswa mana

imanshah said...

kak waruna..ibu adalah segalanya

Dinas Aldi said...

harapan. tapi akak duduk asrama minggu orientasi saja, peh tu berulang dari rumah, akak kan orang Penang.

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget