WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, October 3, 2010

MASUK MAJALAH? DAH BIASA..

Alhamdulillah, semalam aku mendapat sms dari budak Afiq yang memaklumkan  program kami ke Rome bulan Jun lepas dah masuk majalah. Awook..terlompat-lompat macam kera, Gembira mendengarnya, bukan apa, sebab pengetua kami ni mintak highlights program-program yang dibuat supaya satu malaya orang luar khususnya para pelajar sekolah lain dapat berkongsi pengalaman melaluinya. Seriusly, bukan nak menunjuk-nunjuk na..


Aku nak ucapkan terima kasih buat team  E-siswa yang selama ini banyak memberi ruang kepada para pelajar sekolah aku untuk enterframe menghiasi berita-berita pasal E-siswa. Seingat aku dah dua kali para pelajar aku menjadi jejaka penghias  kulit depan E-siswa.Manakala berita-berita lain pasal kejayaan sekolah sudah acap kali juga menjadi penghuni tetap E-siswa. .Cewah walaupun bukannya majalah-majalah hebat seperti Galaxy ke, Newsweek ke, Playboy, Maskulin ke..tapi sekurang-kurangnya mereka yang gila glamour tetap hebat dalam dunia dan zaman mereka sendiri. Tahniah buat guru-guru (akulah tu) yang banyak memberi pendedahan. Bukan apa, bukan cikgu yang dapat nama pun, di akhirnya nama sekolah juga yang terkenal. Tapi yang tak boleh tahan, budak2 ni juga yang dapat teman-teman tapi mesra yang baru dari sekolah, sekolah lain..cikgunya?huhu...kekal bachelor terhebat..hukhuk


Inilah berita program ke Rome yang keluar dalam edisi Oktober. Kami ke sana selama 9 hari membuat koloborasi dengan Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya. Wah sekolah lelaki dengan sekolah perempuan memang saja cari pasangan serasi.Walaupun beritanya tak sehebat kisah pembunuhan berprofil tinggi Dato' S......., namun sudah memadai buat kami yang tidak berfrofil tinggi ini untuk sekali -sekala menjadi tatapan para peminat rakan-rakan seangkatan dalam dunia pendidikan. Terima kasih buat rakan2 di E-siswa dari zaman Encik Saharom sehinggalah sekarang zaman Azli sebagai penerbitnya.Juga buat Jaja Ismail..InsyaAllah koloborasi kita akan diteruskan oleh cikgu gila glamour dari semasa ke semasa.


Antara kenangan manis berkampung selama 9 hari di Italy..Terima kasih buat semua di Italy terutamanya Danniella dan Anna. Juga rakan-rakan dari Malaysia Fuziah, Adzu, Zai, Fauza, Rahim, Puan Ummi dan Puan Rasyidah. Para pelajar Rome, SSPian dan STARIAN.

Dan akhirnya aku cukup menyedari bahawa untuk berjasa dan memberi khidmat kepada sekolah bukan hanya bertungkus-lumus mengajar di kelas sahaja mengajar kalkulus atau sejarah dunia sahaja,  ataupun sibuk di padang melatih bakal-bakal atlit negara sahaja.Ini  juga platformnya, mempromosikan alma mater kepada khalayak sana. Justeru yang berada di atas silalah juga jenguk  apa yang dibuat oleh guru yang biasa-biasa seperti aku dan rakan-rakan yang lain. Kalau tak percaya jenguk TENTANG BINTANG..Rasanya website sekolah pun tak seupdate ini..Lu fikirlah sendiri...


TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

15 GENTA RASA:

lillies said...

bagusla...dapat jugak membuka minda budak2 ni..nak pulak remaja yang sedang mencari identiti mereka..

bab cikgunye yang xdpt kawan tapi mesra tu..heheh..x dptla nk nolong..melainkan carik sendiri..hehehe....

anyway, congrats la pada semua yea..dapat pengalaman baru & tambah kenalan...

all d best to all..

imanshah said...

lilies, wah rumah baru ye..

haha, kawan tapi mesra perlahan-lahan kot..Alhamdulillah, nak jadi pemimpin kena promosi awal2..hukhuk..jangan jadik artis AF pulak la deme lepas ni

sonata anak kancil said...

hu hu hu...gelamornya cikgu dengan anak muridnya... macam kita sekolah2 dulu jugak...sekolah ni pasangannya dengan sekolah tu! ade je nak mengena...dah sampai ke Rome...best-best!


pssttt: charian kalau tak slah dapat sponsor Bank Negara - A-Level...geng baik jugak tu dengan anak akak

++:::dY[a]::::++ said...

haha..tahniah dik!
smoga berjaya lagi!

imanshah said...

kak sonata..sekali sekala jalan2 ke eropah kan..haha..owh charian dapat Bank negara juga..ok lah tu..banyak kelebihan budak bahas ni

imanshah said...

dya..thanks kak

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

Syukur...glemer
taniah cikgu dan murid2

Wassalam

imanshah said...

bro Rozali...terima kasih dari saya yang glemer ni..ala tak glemer pun, saja menghitkan blog

Idalara said...

Tahniah buat cikgu dan anak2 didik..bukan mudah nk dapat peluang ke luar negara mencari pengalaman baru..mudah2an dapat peluang lagi ke tempat lain pulak..

imanshah said...

Kak Ida, insyaAllaj saya berharap dapat ke tempat lain pula

Un Phat Lee said...

wah.cayalah star

sahromnasrudin said...

salam ziarah..trime kasih sudi anta komen dan melawat blog sy..sy folo blog cikgu..semoga cikgu sudi folo blog sy ye..tenkiu :-)

imanshah said...

shahrom, insyallah saya akan memolow..

hukhuk betoi ke word tu

imanshah said...

Un pat Lee..biasalah namapun STAR,,huk huk

ayat berlagak dan poyo

aiman sanudin said...

ada button like x? aha

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget