WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Wednesday, October 6, 2010

NOTA HATI SEORANG LELAKI



"Menerusi Nota Hati Seorang Lelaki ini juga saya cuba menyorot "sisi gelap" daripada kisah dan peristiwa. Bukan untuk mencela, jauh sekali untuk menghina. Namun, apabila gelap, barulah terserlah gemerlapan cahaya. Al-Quran sendiri memaparkan kisah-kisah manusia durjana sebagai "gandingan" dan "bandingan" manusia-manusia yang mulia.

Begitu al-Quran mendidik, begitu juga kita cuba mencontohinya. Segala-galanya daripada perspektif seorang da'i - yakni melihat sesuatu dalam kerangka seruan dan pendidikan agar manusia lebih dekat dengan Allah dan agama-Nya. Bertanyalah, di mana Allah dalam kehidupan seorang lelaki yang bernama anak, suami dan ayah.

Marilah kita belajar di "universiti kehidupan" dengan gugusan kisah dan rencah peristiwa sebagai teks kuliah yang tidak bernokhtah. Kita amati nasihat daripada "guru pengalaman" yang bersyarah tanpa suara dan kata.

Nota Hati Seorang Lelaki ini adalah suara hati anda sendiri yang cuba saya ungkapkan bagi pihak anda. Yakni, suara "hati kecil" kita yang lebih murni, tulus dan insaf, tetapi sering ditenggelamkan oleh "hati besar" kita yang ego, bangga dan alpa.

Bacalah... bacalah dengan nama Allah. Rendahkan hati dan diri anda. Pedulikan sama ada saya yang menulis ini baik atau jahat, jahil atau ilmuwan kerana jika anda tawaduk, anda bukan sahaja boleh belajar daripada orang yang baik dan berilmu, tetapi juga daripada orang yang jahat dan dungu!"-
Pahrol Mohd. Juoi


Alhamdulillah saya telah selesai menghabiskan bacaan sebuah buku lewat karya Pahrol Mohd Juoi, seorang penulis buku-buku motivasi dan agama untuk kali ke-3. Saya sering mengikuti perkembangan penulisan Ustaz Pahrol yang begitu santai, namun sarat dengan mesej yang cukup mendalam. Di kulit belakang buku ini tertulis, "carilah sesuatu yang 'luar biasa' di sebalik buku yang kelihatan biasa-biasa ini!" Ya..memang buku ini nampaknya macam biasa-biasa tetapi apabila disoroti kandungannya, ia adalah luar biasa.



Nota Hati Seorang Lelaki dipecahkan kepada 4 bahagian. Ia memaparkan empat peranan yang harus ada pada seorang lelaki  iaitu, Nota Hati Seorang Anak , Nota Hati Seorang Suami, Nota Hati Seorang Ayah dan Nota Hati Seorang Da'i (pendakwah). Bahasa yang digunakan mudah dah ringkas, namun banyak yang dapat dipelajari. Begitu juga kisah-kisah yang dipaparkan, semestinya wajib dijadikan iktibar dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah di muka bumi ini.


Di hujung nota setebal 272 muka surat ini, Ustaz Pahrol sempat menukilkan sajak ringkas tetapi begitu dalam maksudnya. Perlu sebagai lelaki untuk kita hayati ;



Hati seorang lelaki...
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera
Ah, lelaki...
jika jiwamu tulus kerana Ilahi
Pasti lurus perananmu sebagai LELAKI!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

8 GENTA RASA:

sonata anak kancil said...

salam....akak dah baca nota ini!


pssstt ...pernah gak dapat nota dari seseorang lelaki ! - sape lagi .... dari BOSS!

n@m@n said...

kawe meme susoh nok abis so buku sekalipun ..eheh

imanshah said...

kak sonata..alhamdulillah, ada gak pengajaran dalamnya untuk kaum hawa..wah boss kat sekolah ke, boss kat rumah?

imanshah said...

naman, takleh macam tu, nak jadi penduduk negara maju sekurang2nya satu buku seminggu,,haha

Mohammad Aiman said...

buku die semua best2.. =)
especially di mana Dia di hatiku..

huhu..

Un Phat Lee said...

kene bace nih.cam best je.

imanshah said...

aiman, kita berkongsi minat pada penulis yang sama

imanshah said...

Un Phat lee...selamat membaca, tak rugi

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget