WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, October 17, 2010

GOOD OLD DAYS

Petang tadi sambil belek-belek gambar lama dalam MUKA BUKU ternampak gambar-gambar murid-murid aku  yang telah keluar dari sekolah semenjak dua menjak  aku mula mengajar pada tahun 2003. Maknanya dah 7 batch yang telah keluar dan akan menyusul 2 bulan dari sekarang satu lagi batch. Ya Allah!! Terasa diri ni dah tua dan tak sangka pejam celik-pejam celik dah 8 tahun aku berada di alma mater ni. Pejam celik-pejam celik juga dah 8 tahun ghopenya aku berkelana di Ipoh. Usahkan awek Ipoh, janda Ipoh pun tak sangku-sangkut  lagi!! Ni entry ni kalau budak2 aku yang dah kuar (2003-2009) terbaca,  cikgu dedikasikan khas untuk anda semua. 

 Batch 2004. 

 
Batch 2006

Batch 2007

Batch 2008

Batch 2009

 Batch 2010 (menyusul)

Sorry guys untuk  batch 2003 ngan 2005  cikgu tak jumpa gambar. Puas godek-godek..Nanti jumpa karang cikgu masukkan gambar korang. Apapun banyak cabaran mengajar budak-budak lelaki ni. Ya lah kalau kita kat rumah ada anak lelaki dan perempuan. Mana satu susah nak jaga? Begitu juga kami. Dengan kudrat 10 orang warden, nak jaga 600 orang pelajar yang 24 jam berada di asrama. Belum campur faktor geografi kedudukan sekolah di tengah bandaraya. Hanya mereka yang ahli yang mengerti cabarannya..Haha..Budak2 STAR pun korang tahu kan macam mana perangai masing2 ?

Hari ni, ada antara mereka dah mula memasuki alam kerjaya seperti EN GABBANA Tak kurang juga ada yang dah berkahwin (hampeh cikgunya belum)..namun sedih juga mengenangkan ada segelintir dari mereka yang karam di pertengahan jalan, destinasi yang dituju tak berjaya mereka temui. Semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing.

Apapun setiap pelajar telah memberi sumbangan masing-masing dalam segenap segi. Akademik khusunya, kokurikulum, kepimpinan, sukan dan banyak lagi. TANPA PELAJAR SIAPALAH GURU, dan jangan lupa TANPA GURU SIAPALAH PELAJAR!!

Semoga kalian berjaya dunia akhirat!!

Rouse up rouse up young Starians all,
Through out the land our voice resound,
It's Tuanku Abdul Rahman's call,
To win for him our youth our town,

Stand stead fast Starians for your right,
Your word your dignity your pride,
Come march along we'll conquer all the world,
Young Starians side by side,

To this glorious school we give,
Our pledge of loyalty and love,
Oh teachers always in our heart,
Behold the golden age of Star,

Stand stead fast Starians for your right,
Your word your dignity your pride,
Come march along we'll conquer all the world,
Young Starians side by side....

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

30 GENTA RASA:

abid_PM said...

TANPA PELAJAR SIAPALAH GURU, dan jangan lupa TANPA GURU SIAPALAH PELAJAR!!

Terima Kasih Cikgu! ;D

imanshah said...

sama2 abid..saya suka blog anda..banyak berubah ye!!huhu

mdynani said...

Oh teachers always in our heart

Thanks Teacher..

Man : Batch of 2004

imanshah said...

man..mana ek..hazman kot..teka je

eszol said...

Oh teachers always in our heart

thanks cikgu

imanshah said...

eszol...welcome..hang ada ucap kat cg hang tak??

imanshah said...

eszol..mula2 konpius sapa..baru realize, adei..teringat tag line hang masa form 2 or 3..

eszol said...
This comment has been removed by the author.
eszol said...

ceh,cikgu baru sedar rupanye

kah kah kah

ingatkan selama ni da sedar

kah kah kah

tagline time form 2

time tu cikgu yg cover line saya dari pengetua

kalau x da kena da saya

a kl citizen said...

pasti banyak kenangan indah kan...

imanshah said...

eszol..ha ah..kocik je dunia ni, then besar pulak bakat kau..apapun tahniah la..penulisan dari kacamata remaja hari ini!!

imanshah said...

Kak Normah..sudah tentu, tak bleh lupa adengan kejar mengejar

imanshah said...

Kak Normah..sudah tentu, tak bleh lupa adengan kejar mengejar

gabbana said...

terima kasih muka saya tiada dalam gambar. -___-"

pape pon, terima kasih cikgu! ;)

Haziq AlFarisi said...

jangan sampai saya pun dah kawin cikgu x naikpelamin ye cikgu...ahakz...oppss!!^_^

imanshah said...

gabbana..sory adam itu je pic yang ada dalam simpananku ini

imanshah said...

Haziq, kau 10 tahun lagi kan?takkan lah aku nak emmbujangkan diri sepuluh tahun

Atikah said...

Salam Cikgu imanshah,
Wah ramai anak murid follow blog cikgu ya.... cikgu nie mesti favorite teacher....

darkbatman said...

ramainye anak murid.. mesti dh ramai jd insan bergune..byk pahala bro

eszol said...

haha

da tua da cikgu ni

nasib baik boleh ingat apa yg jadi time f2 tu

kalau x da boleh mkn ubat alzheimer

kah kah kah

happy teaching ok cikgu

kirim salam dkat sesapa yg mengenali saya di ipoh sana

- abdul hadi abdul muti - said...

grekserekderek!!
(Bunyi kerusi bergerak)

Terime kasih cikgu!!(suare class manager)
Terime kasih cikgu!!(suare murid murid)

imanshah said...

Atikah, ramai juga lah, dengan blog depa buleh tahu apa yg berlaku kat sekolah

imanshah said...

darkman..ramai la jugak..tq moga dapat gak saham

imanshah said...

eszol, setiap apa yg berlaku kat star tu saya inga..saya yg pertahankan kamu!!!

imanshah said...

Hadi..huhu kamu dah tak berpeluang membuatnya lagi

imanshah said...

Hadi..huhu kamu dah tak berpeluang membuatnya lagi

lillies said...

wah...!!lamanya awk dh mengajar...mesti awk ni cikgu peberet kan...anak2 murid pun jadi follower neh...

mesti banyak kenangan terindah yg awk x dapat lupakan kan??nak plak kebanyakkan anak2 murid awk dah jadi insan yg berguna pada negara & bangsa...

tahniah cikgu kerana berjaya mendidik mereka menjadi insan2 yg berguna..

baik lelaki ataupun perempuan ,semuanya macam2 ragam yg ada..baik yang di sekolah rendah maupun di sekolah menengah...pokok pangkalnya budak2 tu sendiri yg harus memilih acuan mcm mana yg mereka nak ikut..kita sebagai pendidik hanya bole tunjukkan jalan sahaja...

imanshah said...

lilies..alhamdulillah, takde lah lama sangat, org lain dah berpuluh2 tahun..

tentang feveret tu, saya biasa je, yg penting kita buat amanah kita..

lagi satu jika kita ikhlas, insyaALlah ALlah permudahkan kita..saya harap lilies juga akan jadi guru yang disanjungi

akhiran said...

terima kasih di atas didikan cikgu selama ini.tanpa guru siapalah kami

imanshah said...

tkasih akhiran..semoga tak lupa pada semua guru yang telah mengajar anda!!

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget