WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, October 5, 2010

HARI INI HARI MALAS SEDUNIA

Assalamualaikum W.B.T, dan salam ceria buat semua peminat-peminat teman-teman blogger jauh dan dekat, utara dan selataan, jua di timur dan barat. Sesekali menerima kunjungan jua dari pembaca luar negara terutamanya anak-anak murid yang menuntut di seberang benua. Apapun entry kali ini berfokuskan kepada satu kata adjektif MALAS..


*
*
*
*
*

Antara pekerjaan yang paling malas aku lakukan bila tibanya musim-musim menuai peperiksaan ialah menyiapkan material untuk peperiksaan.. Nah kat bawah ni selambak kertas soalan peperiksaan yang perlu disediakan..



Ok murid-murid mula-mula kita susun mengikut muka surat..kemudian kita staple kannya. Selepas staple kita bilang dan susun ikut kelas. Selepas itu kita masukkan ke dalam fail mengikut kelas masing-masing. Mudah kan? Haha tapi ya Allah part nilah yang paling malas nak buat sepenjang 8 tahun bergelar cikgu. Kan senang kalau ada orang yang nak ambil upah, bayar je lah sikit kan.. Nak suruh anak murid buat kang terkeluar pula dari etika perguruan.. mananya  KESAHAN soalan kan.


Nilah part yang paling geram bila dah selesai peperiksaan. Ponat-ponat den menyiapkan kertas soalan ekau boleh hantar kertas kosong. Ekau hantar keatas kosong, hah eden dengan bangganyo bagi ekau telur hayam..tapi dalam hati seronok sebab cepat kan menanda. Haha nakal nya cikgu.

Dah-dah!! Teman nak sambung staple kertas yang masih bertimbun ni..Jam dah 5.00 pagi baru terhegeh-hegeh nak menyusun nya..alamak HARI INI lah exam..nanti dapat surat letak jawatan dari boss sebab tak siap kertas soalan..Chow!!

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

9 GENTA RASA:

relevan said...

Hari malas sedunia?..uiks! ada kaa..

Abd Razak said...

Salam...

Anak muridnya dapat kosong mesti hati cikgunya geram kan! Tension abis..

imanshah said...

Releven... ada, baru dicadangkan oleh PBB..haha

imanshah said...

Abdul Razak..memang geram dan sakit hati macam tak pernah mengajar pulak..

imanshah said...

Abdul Razak..memang geram dan sakit hati macam tak pernah mengajar pulak..

ckLah@xiiinam said...

Hai anak muda!
Bangun!
Bangun!
Bangun!
Jangan malas!




:D

***Hari ini hari Guru Sedunia cikgu. Selamat Hari Guru!

imanshah said...

CkLah, dah bangun la ni..selamat hari guru gak untuk puan

Dinas Aldi said...

Salam. ingatkan akak sorang ja yg menyampah bab ni, rupanya ada geng, kehkehkeh. malas2 pun, kita buat sampai siap jugak, hehehe.

imanshah said...

Dinas..hehe btol2 macam mana merungut ke, membebel ke..kita akan siapkan juga

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget