WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Friday, October 15, 2010

PTK PUN EKSPERIMEN JUGA NAMPAKNYA


Hurm tatau nak kata apalah bila pengumuman oleh Y.A.B Dato Seri Najib Tun Abdul Razak petang tadi dalam pembentangan Bajet 2011 mengenai pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan.. Macam kartun pulak rasanya. Kejap ada, kejap ubah, kejap mansuh. Terkenang pada Ustaz Mohtar Omar, seorang rakan karib seperguruan yang pencen hanya dengan DG 41. Bayangkan PTK ini telah menyebabkan hak seseorang dirampas. Apa taknya beliau hanya lulus tahap 2 untuk kertas umum dan tahap 2 untuk kertas generik..Bertahun-tahun beliau mencuba. Akhirnya kerana tak berjaya memperoleh tahap 3 untuk umum , dan tahap 3 untuk generik sebagaimana yang disyaratkankan, maka setakat itu sahajalah rezeki sahabat saya ini.. nak naik ke DG 44 memang tak dapat walau beliau telah time based..hanya kerana PTK. Minta maaf, aku memang anti PTK walau pun aku dah lulus..hehehe.


Esok pula ada exam PTK. Sampai sekarang aku tak bersedia lagi. Entahlah, kalau waktu kita bersedia, jawab bagai nak rak tak juga lulus cemerlang. Namun kalau tak bersedia, jawab pun ala kadar, lulus cemerlang pula. Ni bila cikgu-cikgu nak exam, macam ni lah.  Ada yang malas, yang ambil sambil lewa, yang tengok ala gtu-gitu je. Kalau murid malas, kita membebel sampai tak ingat dunia.. hahaha.  Bila diumumkan dah dimansuhkan PTK, rasanya macam kartun lagi sekali..Masa kita sibuk-sibuk nak 'berperang", tetiba kata perang ini merupakan perang untuk kali terakhir. Ya aku akui banyak kelemahan yang ada pada PTK, dan memang patut dihapuskan. Cuma aku kesian pada kawan-kawan yang terkena dengan PTK ini. Apapun terima kasihlah PM atas keperihatinan. Dan sebagai penjawat awam, mohon supaya satu mekanisme yang terbaik digunapakai dalam menilai kakitangan kerajaan.

Buat teman-teman serta rakan-rakan yang akan menduduki PTK terakhir esok, selamat berjuang. Bak kata pepatah, kalau ada rezeki, tak ke mana. Malam ni kita study sampai lebam...Pasal bajet 2011 ada pro dan kontra..biasalah mana kita mampu nak puaskan hati semua pihak. 

Mood : Syukur kerana dapat 
bantuan kewangan RM 500. Sapa-sapa tak nak yang dok bising-bising tu, mai bagi kat cek na!!


update 12.30 pm..huhu susah juga kali ni, cek pulang awal...tak mengharap

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

20 GENTA RASA:

lillies said...

percubaan untuk menjadi kerajaan popular...dan 1 lagi sebab nak meraih undi rakyat...

terlalu banyak benda yang kerajaan ubah dan membuatkan kita kadang2 tertanya2 apa kesudahannya...

ppsmi yg dulu diagung2 kan pun dah nak mansuh...lepas ni PMR plak...hmm....

imanshah said...

pmr tunggu lah 2016..tiba2 kerajaan kalah PRU13, tibe2 tak jadi mansuh pulak..sapa tahu??

imanshah said...

harap2 benda ni kekal lah kan mansuh 2016..tak lah susahkan budak2 sekolah...apapun tq lah pembentangan bajet 2011..bajet rakyat..

p/s..biasalah tentu ada yang tak puas hati

eszol said...

kah kah kah

sabar jela cikgu

hidup ini umpama berpelampung di tgh lautan

imanshah said...

eszol..tahap sobar ku tinggi..chewah

eszol said...

siapa kak mah tu cikgu?

imanshah said...

eszol..RM lah..rosmah mansor

eszol said...

ceh, bik mama rupanya

imanshah said...

haha ye lah..big mama..permata got RM 111 million l0rgh

n@m@n said...

kawe tok dan merasa PTK weh..hehe

sah pun dok lagi..

imanshah said...

Naman,, ye ke kawe ingat demo ngaja 5 tahun doh...huhu selamat2

soffea said...

saye tak sempat nak merasa amek pTK.. hehe..

yup. syukur dpt imbuhan tu ;)

imanshah said...

soffea...alahai rugi, xsempat study sampai lebam

Rozali said...

Assalamualaikum Iman

PTK!!!!!!
dari awal ada orang cerdik pandai dah beri pandangan
tak nak ikut

Wassalam

Darkbatman said...

tp kdg2 ptk memberi ruang utk mereka dpt gaji lebih dengan usaha yg lebih.hehee

Dinas Aldi said...

alhamdulillah dapat RM500 dari tak dapat langsung. selamat menghadapi PTK ye dik.

imanshah said...

Darkman..tapi tak memberi gambaran menyelurug atas usaha kita, kerja buat kita..setakat baca buku, lulus..huhu

imanshah said...

Kak Dinas...tkasih, tengah siap2 ni..ilmu takde pun..kahkah

waruna said...

dalam byk2 eksperimen, yg PTK ni belum sempat dapat result dah nak mansuh. Ekpsperimen yg dulu2 macam gaji melintang menegak dan APC sempat gak merasa.. Benda2 eksperimen ni org2 yg mula2 dapat je dapat merasa.. setengahnya tak pernah merasapun.. tup tup dah nak buat eksperimen lain pula..

imanshah said...

saya hanya sempat PTK ngan APC je

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget