WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Sunday, October 17, 2010

PUKUL GAMBAR

Bersama wanita-wanita penting dalam hidup aku..

Petang tadi aku sempat hadir di UPSI untuk meraikan majlis konvokesyen adik aku. Terkenang pulak zaman-zaman menerima ijazah sarjana muda tahun 2003 dulu. Tapi serius, konvo UPSI kurang sikit 'kick" nak dibandingkan dengan alma mater aku USM walaupun  perkara ni dah  8 tahun berlalu. So, hari ini nak aku ceritakan pasai loghat Kelantan..Perbulan ini aku petik sewaktu aku ngan adik- beradik aku dok amik gamba lepas majlis berlangsung..

A : Cepak lah kito PUKUL GAMBA..
B : Sini huduh la, kite gi denung kak depe auditorium..

So, kebetulan mak angkat adik aku juga terdengar..Dia tanya kami, kenapa nak pukul gamba.Gamba mana yang nak dipukulnya tu..gamba banner ke?? kuikui...

Macam mana agaknya perkataan AMBIL  boleh jadi PUKUL dalam loghat Kelatate..kalau sekali dengar macam orang Kelantan ni ganas, samseng je..asyik nak pukul-memukul, huhu bakar membakar. Kan baik kalau istilah bakar-membakar STADIUM tukar jadi bakar-membakar LEMAK.

Ini pula kisah di restoren mamak..

Mamak : Mau makan apa?
Member aku : TOK SE lagi..tungu kawan jap.
Mamak : OK kawan

Tetiba 10 minit kemudian, mamak tu dengan selamba datang bawak TOSE..adei mana tak terguling-guling kami dibuatnya, tergelak kat member tu. Satu lagi kekliruan berlaku. Biasalah kalau dah nama kelantan, mesti pekat punya dialek jawa kelantan. Sedangkan TOK SE tu maksudnya TAK MAHU.

Langsung kita tengok pulak situasi ini

Jenab : Jom kita pergi makan.
Joyah : Ala, aku GADUH ni..kau pergi dulu
Jenab : Aii kau GADUH ngan sapa pula??

Fenin si Jenab bila kawannya JOYAH cakap dia gaduh..sedangkan GADUH  dalam loghat Kelantan maksudnya dia NAK CEPAT..huhu

Setakat ini sahaja ruangan belajar Loghat Kelate pagi ini murid-murid. Terima kasih!!


Gambar yang takde kena - mengena dengan entri..Ni pukul beduk bukan pukul gambar!!huhu

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

18 GENTA RASA:

Mohamad said...

Salam tuan,
Adik ipar saya juga ore kelate.. macam tulah, kadang2 kami cakap lain dia fikir lain.. begitu lah sebaliknya. Sekarang saya di Sarawak, anak2 semua cakap sini, bila balik ke Kedah, perkataan yang mereka keluarkan kadangkala di ketawakan kerana maksudnya lain.. tapi di sini ok je..

Paling lawak habis.. kat Tok Se tu.. hahaha..

sonata anak kancil said...

bila sy dengar org tak cakap bahasa standard....sy diam aje...try dengar2 apa yg dicakap utk difahami...bila org macam ni "speaking" ternganga la saya !!!

imanshah said...

Mohammad : bagus juga anak2 merantau..selain dari tahu loghat asal mak ayah mereka, dapat pula belajar loghat baru seperti sarawak tu.. tulah saya pun macam nak terguling bila mamak tu bawa tose

imanshah said...

kak sonata panadai tak cakap kelantan??

imanshah said...

kak sonata panadai tak cakap kelantan??

n@m@n said...

kawe pun suko pukul gambar..siye ko gamba..haha

imanshah said...

naman, tulah koyok habis lah gamba dok pukul dia

Abd Razak said...

Salam...

Hahaha...tak larat nak gelak..

Dinas Aldi said...

akak ingat lagi, masa pi bcuti ke kota baru dgn family thn 1990, sandal akak putus, so bapak akak bawak kami pi kedai kasut. bila dah bayar, taukeh kedai tu tanya, "nok paka slalu ko?" akak kata, "taklah, kadang2 ja." kahkahkahkahkah! Iman sure faham, x payah akak explain dah.

Atikah said...

Salam cikgu iman,

Hobi kawe pukul gamba.... hehehe

lillies said...

hahaha...kenala mamak tu mmg x faham kecek kelate...dah keno make tose..hehehe..

dlm malaysia kan bnyk jenis loghat...seskali kalau kita dengar memang klakar....

tapi tu la pengalaman manis & cara nak belajar bahasa baru...hehehe..

imanshah said...

Abd Razak..lawak pagi ahad

imanshah said...

Kak Dinas..haha memang lawak..satu lgi kalau perakatan JURUS tu maknanya baik..


contoh ayat : kamu ni nampak jurus la...

Kalau translate BM jurus tu apa plakkan..macam oukulan silat je

imanshah said...

Atikah, pukul jgan tak pukul

imanshah said...

lilies..tapi memang ada berlaku, kalau kat universiti , ramai student2 kelantan yang memang pekat pahit dok buleh kecek luar

sahromnasrudin said...

dulu mase aku study mmg ramai member kelantan..alhamdulillah, dh kje nie takde la plak...org utara plak yg ramai hehehe

++:::dY[a]::::++ said...

haha...pukul gamba!!hok siye kalu sep klate kecek pekat dooh..siye kow sep luar..
kak ipar org jawa..klate n jawa..MATCH!!hihi..

Sha-na.Szied said...

salam singgah dari bumi morooccco..

hihihh kelako la.. mohon share..

penah dengar first time pasai pukul gmbar nih..lawak gile!!

hihi ape pun klantan mmg macam bahasa yg kasar.. tp x kasar pon maksud dia..

sbb sy selalu je dgr ore kelate kecek hok kasar.. hehhe tp bukan kasar ponn :)

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget