WAJAH KESAYANGAN HAMBA

Tuesday, October 26, 2010

RAJA KUTU TURUN TAHTA

Semalam gaji Bulan Oktober sudah selamat berada di dalam akaun bank.. Haha perkara pertama yang WAJIB dilakukan pada setiap bulan ialah mengirim wang kepada ibu di kampung.  Alhamdulillah, semenjak gaji pertama, itulah perkara pertama yang akan aku lakukan. Meski mungkin sumbangan sedikit itu tidak mampu membalas selautan kasihnya ibu..namun sekurang-kurangnya itulah tanda terima kasih aku terhadapnya yang telah banyak bekorban jiwa dan raga dalam membesarkan aku. Tambahan pula, tok guru mengaji aku pesan, untuk cari keberkatan pada duit gaji dan hidup kita, jangan sesekali lupakan ibu bapa. 

Petang ni aku nak tulis pasal KUTU. Dah tentu ramai dalam kalangan kawan-kawan semua merupakan peminat setia KUTU atau pemain TEGAR kutu. Ni bukan kisah kutu rayau atau kutu yang atas kepala tu. Haha.. mengikut sejarahnya mengapa dipanggil KUTU?  Waktu dulu-dulu di kampung-kampung wanita yang main kutu ni bila cukup bulan akan datang menyerahkan duit kepada ketua KUTU. Kebetulan waktu tu, si ketua KUTU sedang mencari kutu anaknya di atas tangga. Itu yang dinamakan KUTU tu. Haha jangan dok percaya lawak yang tak berapa menjadi dari aku ni. Aku tipu je semua tu. Tapi aku mula mengenali main KUTU ni sewaktu darjah 4 lagi. Waktu ni kami main kutu dengan menyimpan sepuluh ringgit sebulan. Semua geng mengaji aku menyertai permainan ni. Haha ramai juga sampai dua tahun baru nak habis. Bosan nya masa tu. Mak-mak kita pula sibuk main kutu pinggan mangkuk ngan cadar. Masih ingat lagi, mak akulah selalu jadi kepala KUTU tu.

Berbalik kepada kisah hari ini, aku masih lagi bermain kutu sehingga kini. Hari ini merupakan hari terakhir kami membayar KUTU. Terima kasihlah kepada Kak F yang sudi menjadi kepala kutu.  Bukan apa bukan senang nak jadi kepala ni.  Kadang-kadang terpaksa mendahulukan wang sendiri dahulu. Kalau jenis yang liat nak bayar tu, faham-fahamlah nak kena rajin-rajin sound. haha, kalau aku orang yang jenis liat ni tahun depan jangan harap nak masuk senarai pemain kutu. Satu kagi, jika ada dalam kalangan ahli kutu yang telah berpindah tempat kerja, itupun satu hal untuk memungut wang kutu.


Apa agaknya tujuan orang main kutu? Kalau aku sah-sah nak bayar Insuran Kereta dan Cukai Jalan (road tax) yan gsah-sah hampir 2000. Kiranya berbaloi jugalah sebab memang aku main dua kepala, dan dapat 2000. Nak kumpul sendiri bukan senang tahu. Tapi baru-baru ni kerajaan umumkan betapa main kutu ni menyalahi undang-undang. Pihak yang menganjurkan kutu boleh didenda sehingga RM5,000. Wah banyak tu, tak berbaloi sungguh. Tapi terfikir juga tentang risiko yang mungkin dihadapi. Buatnya penganjur melarikan diri atau dirompak? Kan kes naya..

Apapaun kami ni bermain kutu kecil-kecilan sahaja. InsyaAllah tahun depan aku nak main lagi. Persoalannya, Raja Kutu dah turun tahta hari ini, siapa pula yang nak menggantikannya.


Mood : mengendeng geng yang dapat 2000 hari ini..hehe

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENGUNJUNGI HOK SENGOTI. SEMOGA KUNJUNGAN INI BUKAN UNTUK YANG TERAKHIR KALINYA. BERTEMU KERANA ALLAH, BERPISAH PASTI TIDAK GELISAH.

27 GENTA RASA:

Adinda Amy Sensei said...

salam..

tak penah main kutu...walaupun kawan keliling dok sibuk main kutu...hehhehe...

imanshah said...

cik Amy..cari kutu pernah kot!!

khadijah said...

oww.kenapa kerajaan tak bagi main kutu???haram ke main kutu ni
note:pernah main kutu dulu2 je.tapi tidak lagi sekarang.hehe


btw anda cikgu??cikgu sekolah sbp ke??:)

Tukang cerita said...

akak pun main kutu tuk bayar road tax dan insurans...
tp tak suka jadi ibu kutu...

ibuintan said...

akak pun main kutu juga, tujuannya sama untuk road-tax dan insuran kereta...

hari ni tutup buku kutu untuk tahun ini.. tahun depan ada umur, main lagi..

ala bukan juta-juta pun, sesama sendiri saja

Fello Ariza said...

salu mandi sungai time kecik..xpenah main kutu..hehe :P

qamarul said...

tak pernah main kutu. tapi kalau dapat turn yang first skali dpt duit tu mmg laa best!! ahha

imanshah said...

Khadijah..

menyalahai akta apa ntah..haha
takut berlaku penyelewengan..

saya guru sbp..

imanshah said...

kak nurul..

haha saya pun tak mau jadi bapak kutu, penat nak mengutip

imanshah said...

ibuintan..alamak, kami main juta-juta..haha

ye kan, setakat dapat seribu je kan..ayatu paling banyak dua ribu..takde pulak charge perkhidmatan

Mohammad Aiman said...

selalu dgr kutu. tgk orang main kutu. tapi kecik2 dulu je main kutu..
xpernah pulak main bile dah jejak masuk sekolah menengah.. apatah lagi musim U

imanshah said...

fel..apa kaitan madi sungai ngan main kutu..hahaha

imanshah said...

qamarul..dapat 1st kang 9 bulan lagi asyik dok bayar orang je..haha

Dinas Aldi said...

tu diaaaa, mahalnya insurans & road tax ketaaaa Iman! takot!

imanshah said...

aiman, ala cg2 selalu lah main..ko dah jadi org besar kat MAS ke nanti mana mau main kutu

sekamar rindu said...

salam...

saya juga tak penah main kutu adinda amy sensei...

tapi kalau main ok juga..

imanshah said...

jangan kita jadi kuktu udah ye sekamar rindu

sahromnasrudin said...

lidah aku dh gatal rasa ikan bakar ko hahahahha

imanshah said...

sahrom, kau nak makan ikan bakar ke, kambing bakar ke mai turun ipoh

Amy Syaquena said...

morning..

amy pun pernah main kutu tapi cari kutu x pernah, geli hehehe...

bUdAk kEnTaNg said...

tak penah main kutu.. slalu simpan duit dlm bank jer.. huhuhu... cukup tahun kluakan bayo insurance.. huhuu

Abd Razak said...

Salam...

Tak pernah main kutu walaupun perkaranya harus..

ckLah@xiiinam said...

ckLah pun tak pernah main kutu....
Dengar perkataan kutu tu pun terus kepala gatal.

:D

darkbatman said...

jrg dgr laki men kutu..tp bgs gak bende ne.. leh wt simpanan mase depan.hee

imanshah said...

Darkman..join sekaki sebab makcik2 kat sekolah ni ramai yang main..haha

imanshah said...

CkLah, geli ke ngan kutu..hukhuk..

cuba beri peribahasa dengan perkataan kutu

Un Phat Lee said...

Lu lah betul tak? ehe

PENCINTA BULAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MONOLOG


Kepada kau yang ditendang murid...
Kepada kau yang menendang murid...
Kepada kau yang lari tak nak ke pedalaman..
Kepada kau yang tak mau pulang ke semenanjung dari pedalaman...
Kepada kau yang makan gaji buta...
Kepada kau yang ajar orang buta...
Kepada kau yang 'mengipas' guru besar...
Kepada kau yang jadi guru besar...
kepada kau yang denda murid merokok...
kepada kau yang merokok dalam stor...
kepada kau yang yang marah murid mengorat...
kepada kau yang mengorat anak murid...
kepada kau yang sepak murid x makan saman...
kepada kau yang disaman ibu bapa

TANPA KAU SEKOLAH SERBA TAK KENA

PING SANA, PING SINI

My Ping in TotalPing.com | Blogged.my | Syoknyer Blogging blogr.my

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis, tidak mewakili aspirasi mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah "KECIL HATI" yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini..terima kasih

ShoutMix chat widget